Sunday, January 17, 2010
rindu...
Wednesday, January 13, 2010
Aku kena Attack...
Monday, January 11, 2010
Sentiasa di hati.........
Suatu masa dulu...
Satu masa dulu,tym aku kat matrik Nilai…Aku ada explore satu tempat ni..Betul2 berhampiran dengan Masjid Nilai..Depan hostel aku..Tempat tu sangat cantik..Disebalik luaran dia yg nampak semak dan hutan rupa-rupanya ada satu khazanah berharga yg jarang diterokai orang terdapat kat situ…Aku suka sangat pi tempat tu sebab tak ramai orang tau pasai tempat tu and takdak budak2 laki yg melepak kat situ..Boleh kata takdak sapa pun kat situ..
Antara orang pertama yg aku bawak pi tempat tu ialah Syarnissa…Aku bawak dia sambil suh dia tutup mata…Aku pimpin tangan dia sambil kata yg aku akan bawak dia pi satu tempat yg sangat special..Sampai kat tempat tu..Aku suh dia bukak mata n reaksi dia macam tak percaya..Sebab aku tau,dia n sapa2 pun pasti akn terkejut..Ada jugak tempat macam tu kat Uia Nilai..Tepi masjid lak tu..
Kat tempat tu… Aku boleh berbaring sambil tengok langit tanpa perlu was2 kalu ada org lain lalu kat situ.. ….Aku dengan Syar sama2 berkongsi impian tentang macam2..Syar dengan lelaki idaman dia,aku plak dengan cerita aku senirik..Aku ingat lagik ciri2 lelaki idaman kawan aku tu ialah..lelaki yg pakai songkok , alim,salu pi masjid n yg paling penting merokok..Aku kata yg alim tu oklah..tapi yg merokok tu bukan calon suami,tapi calon nak kasik mampus dia sebab kawan aku tu ada pnyakit lelah..bong betui…fes time aku dengaq orang yg nak kawen ngan laki hisap rokok..kahkahakah..Aku ngan dia pernah jugakla bercadang nak tanam time capsule..Kapsul Masa yg menjadik bukti persahabatan aku dengan Syar..Kapsul masa yg mengetahui betapa peritnya hidup sepanjang 20 tahun kami..Tapi sayangnya..Kapsul Masa yg diimpikan terkubur macam tu ja..
Kadang2 aku tertanya jugak..Adakah aku diberi peluang untuk menjadik sahabat Syarnissa kat akhirat nanti?Aku pun taktau..Kadang2 aku takut..Aku tkut akan mnjadik musuh Syarnissa kat Akhirat kalau sepanjang aku berkawan dengan dia,kami tak saling ingat mengingati…
Saturday, January 9, 2010
Separuh jiwaku pergi...
MP3 tu tak pernah tinggalkan aku bila kawan2 tinggalkan aku..
MP3 tu tak pernah menghinakan aku...
MP3 tu akan bersama aku bila aku berjalan seorang diri kat mana2 sahaja...gelap,hujan,panas,sejuk...................................
Rindunya Ya Allah.............................tenangkanla hati aku......Tenangkan hati aku...
Mp3...Kudin..
Hilang tanpa dikesan...
Pemberian abgku yg sangat aku sayang..
Membawak luka yg sangat dalam..
Mp3ku berwarna putih...
Pengisi kekosongan tatkala akusendiri..
Hilang semasa aku sedang mendaki..
Mp3...Kat mana engkau...Aku rindu...
Biar harga engkau bukan beribu
Biar engkau bukan mp4 atau mp5
Tapi aku tetap sayang..
Kata ustaz Kabuye...Kalau kita dapat sesuatu,kita jgn terlalu gembira,tapi anggapla ia sebagai satu amanah yg perlu dijaga..nanti bila dia hilang...Kita xkan rasa sedih sangat..
Tapi aku betui2 rindukan mp3 aku...Aku takmau yg baru.......aku takmau!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!Aku nak mp3 aku balik...Mp3 putih aku yg aku namakan "Kudin"..
perlu ka aku pi ke gunung datuk untuk mencari kudin aku?ada lagi ka?dia rindu ka kat aku?
KUDIN.................;''''''''''''(
Satukan mereka........
Tuesday, January 5, 2010
Monday, January 4, 2010
berdebar
Thursday, December 31, 2009
Bye2....
Tuesday, December 29, 2009
Aku dulu...Aku sekarang..
*Suka main dalam longkang n cari ikan karin dengan budak2 laki
*Pernah ada kak angkat yg ramai...Tapi xsampai shari depa jadik kak angkat aku,aku kata..Stop!Jangan ganggu aku.. aku wat tak layan sebab aku geli!
*Suka main atas rail ketapi tym aku kat Bagan,Penang
*Aku suka bela ayam daging...Aku bela sampaila depa besaq..
*Aku ada rumah pokok..Aku salu tidoq atas pokok,bapak aku wat..Sampaila bila kerengga datang menjajah kawasan aku..trus aku tak duk situ dah...Sedih...
Malu aku nyah,pastu..
Esok tu,trus aku tukaq baca Al-Quran..kahkahkahkah..
*Pemain drum and Tublock kat skolah...Jangan main2 ngan aku..Aku main sampai pecah stick2 tu...kahkahkah.."Ewa2,ewa bule...ewa bule teraju tigo"hehe
*Pernah terbakaqkan kening aku ngan bunga api buatan senirik..
*Pernah rambut aku kena spray ngan ridsect sebab banyak kutu..Adik aku r,dia pi kutip natang kutu kat Tadika dia,aku lak kena!huh!
*Johan ptandingan bercerita zon utara..Aku cerita pasai "Batu blah,blahla Engkau"hehe..Aku kalah kat pringkat negeri sebab aku wat cerita batu belah senirik..
*Aku.. kaki bangku,kaki meja,kaki kerusi..Aku tak pandai main apa2 olahraga melainkan lompat tinggi..Itupun lalu kut bawah ja..Janji aku landing atas tilam dia..Masa aku mula2 men bola tampar,aku kena ganti orang..Baru ja aku nak serve ,coach tu dah ka,"Ok,next..Ganti orang len..(kuanghajau) Nampak sgt aku ni TERLALU "PANDAI" MAIN
Cukup r........Aku dh insaf sekarang..Kepada yg pernah aku terlempang,terterajang and ter...and ter...Maafkan aku ya..Aku nak jadik budak baik..Sob sob sob sob..
Thursday, December 24, 2009
Hujan...
Monday, December 14, 2009
aku..sedih

Sunday, December 13, 2009
Aku sakit gigi.....
Thursday, December 10, 2009
Akukah yg melalui peristiwa itu...
Masih terbayang2 saat2 aku diusung ke bilik pembedahan kemarin..Perkara2 yg tak pernah aku bayangkan dalam kamus hidupku..Aku sangat takut…Takut berseorangan disitu…Para jururawat dan pembantu doctor menyuruh aku menanggalkan pakaian untuk persediaan pembedahan..Malu..,aku terlalu malu kerana terasa hijabku ditarik satu persatu…Namun,itulah harga untuk aku bayar sebagai cara untuk menyembuhkan penyakit yg aku hadapi selama ini…
Terang Dr.Mohammad pada tengahari itu ,”ok,petang ni kamu boleh masuk wad..Kita akan cuba buat pembedahan secepat mungkin…Sebab kalau dh lebih dari pkul 5,maknanya kamu kena stay sini la semalam..Sat lagi kamu bleh pi ikut nurse tula untuk register ya”,ujar Dr.Mohammad,satu2nya Pakar Bedah berbangsa Melayu di Kedah Medical Centre(KMC) kepada aku..
Aku akur sahaja dengan penerangan doctor tersebut..Operation ini memang sudah lama digesa oleh ibu-bapaku…Cuma aku sahaja yg tidak mahu kerana aku masih menunggu prosedeur dari Hospital kerajaan yg ternyata mengenakan bayaran yg lebih murah berbanding hospital Swasta..Aku terlalu risau yg aku akan membebankan ibu dan ayahku sekiranya aku dibedah di Hospital Swasta..
“Takpa ceq…Dwit, mama abah boleh carik,tapi kesihatan ceq tu yg penting…Abah ngan mama ni duk risau kat Nurun..Nurun duk jauh daripada kami,”ujar ibu dan ayahku panjang lebar…Mungkin mereka sedar sebab kenapa aku salu mengelakkan untuk berubat di KMC..
Aku hanya diam membisu..Hanya diam..Cuma aku mengenakan syarat kepada ibu-bapaku yg sekiranya aku dibedah pada hari itu,aku mahu balik pada hari itu jugak..Aku tidak mahu langsung bermalam disitu kerana aku tahu semakin lama,bil pembiayaan perubatan aku akan meningkat..
Kemudian bapaku mnyuruh aku menunaikan solat zohor terlebih dahulu sebelum aku mendaftarkan diri.Di surau itu aku hanya mendiamkan diri..Saja mahu menunjukkan tanda protes kepada ibuku kerana aku benar2 tidak mahu melakukan pembedahan disitu..Tapi perkara itu berlangsung tidak lama sebab aku tak sampai hati..
Selesai menunaikan solat zuhur,aku trus ke bilik mengambil darah..Sakit jugak..Tapi aku tahan dan aku berlagak seolah-olah aku kebal di depan ibu dan ayahku sedangkan perkara sebaliknya berlaku..
“Ok,kat sini bilik awak,jap lagik makan ubat yg Dr Mohammad ni kasik,ni ada ubat tahan sakit dan ubat2 lainla,”kata salah seorang nurse sambil menunjukkan beberapa bijik ubat yg perlu aku habiskan..
“Satgi tukaq baju ni ya dik..buang suma2…Pakai baju ni saja..,”ujar seorang lagik nurse sambil memberikan aku “BUSANA” menarik…Taktaula rekaan dari pereka mana..Tak mungkin dari Bernard Chandran ataupun Jovian Mandagie..kerana rekaannya terlalu”WOW!!!” IN BRACKET(huhu)..Nilah baju aku...jenama Paris lagik kowt..Bernard Chandran pun kalah seh..hehe..
Mak aku hanya ketawa melihat tingkah laku dan memek muka aku ketika memakai baju itu…Baju tiga suku dan separas beberapa inci dari lututku menyebabkan aku terasa seperti Pesakit dari Wad Bahagia,Tanjung Rambutan..
Namun dalam keadaan tersebut aku masih lagik memakai tudung..Menyerlahkan lagi kegilaan aku..hehe..
“Adik sekejap lagik kena tanggalkan suma ni ya..Sambil merujuk kepada seluar panjang dan tudung yg aku masih belum tanggalkan..
“Hah?Suma ni pun kena buang jugak ka?Pakai tak bolehka?”,ujar aku separuh menjerit
“Tak boleh dik,ni prosedeur..Adik kena tanggalkan suma,”tegas kak nurse tu..
“Ya Allah,ampunkan aku Ya Allah..Ampunkan aku,”ucap aku berkali-kali dalam hati sambil melihat kelibat orang yg berada sekitar bilik itu,takut jugak kalau ada orang laki..
Lepas selesai pakai blouse tu,aku trus cepat2 naik atas stretcher n suruh nurse selimutkan kaki aku..
“kak,tudung ni saya pakai dulu ya,”ujar aku kat kak nurse tu..
Segan ngat aih kena usung dalam keadaan free hair ni..Rugged2 aku pun,tudung aku takkan aku buang..
“Ok,tapi dalam Operation Room,kamu still kena tanggalkan,”jawab nurse tu bersahaja..
Sempat aku melambai2 kepada ibu-bapaku sebelum aku masuk ke dalam Operation Room..Ya Allah,selamatkan aku.. Wajah teman2 rapatku hadir bersilih ganti dengan ketakutan aku..Sengaja aku tidak memberitahu mereka kerana aku hanya mahu mereka melihat aku dlam keadaan sihat dan ceria bukan dalam keadaan yg begini..Namun segala2nya asing bagiku…Saat2 diusungkan ke dalam lif dan melihat kelibat2 ibu dan ayahku yg semakin hilang di pandanganku
Sebelum aku dimasukkan di bilik pembedahan ,aku diletakkan di ruangan yg sangat asing bagiku..Tiba2 datang seorang lelaki…Terasa bagai didatangi MUNGKAR dan NANGKIR
“Assalamualaikum Nurul Jannah,nama saya DR.AMINUDDIN,saya Doktor Bius kamu,sebelum tu saya nak tanya beberapa soalan and nk check skitla..,”terang doctor tu
Banyak soalan yg dia tanya,bukan skit..YG aku masih ingat,pkul bopa aku amik last meal,adakah aku ada alergik terhadap sebarang ubat dan penyakit2 lain yg berkaitan..
Selepas itu barula aku dimasukkan ke dalam bilik pembedahan…Disitu aku disoal pula dengan seorang pembantu doctor.
“Nurul Jannah Binti Othman,no I.c 8903……….,betul?Kamu tahu tak kamu sakit apa?
“Betul dan tahu,”jawab aku terketar2 sambil menyebut sakit aku tu..Aku rasa bagaikan berada di Tali GANTUNG.
“Ni ,pakai TAG nama ni ya n amik cap ni..”,UJAR nurse tu sambil menyuruh aku menanggalkan tudung dan menggantikannya dengan cap..Dihadapan aku terdapat bebrapa orang lelaki lagi yg membantu doctor tersebut…Ampunkan aku ya Allah..Ampunkan aku..
ni name tag aku...jenama Prada...hehe
Kemudian diletakkan disebuah bilik yg sangat cerah..Terang berderang dengan lampu bulat2 dalam mangkuk macam mangkuk Maggie Syarnissa..
”Nilah kut no namanya bilik pembedahan..Macam cerita House pun ada gak…hehe..,”bisik aku dalam hati..
Tiba2..Datang plak Doktor Aminudin tu sekali lagik..
“Ok,Nurul,sy nak bius kamu ni…sakit skitla ya..,”kata doctor tu sambil inject jarum dekat blakang tapak tgn aku..
Bius dimasukkan kat dalam natang ni...Sakit nak mamp#$..HUHU
Ketika itu,aku hanya termangu-mangu…Tiba2 aku nampak seorang nurse datang memasukkan sesuatu dalam mulut aku…Bekalan Oksigen mungkin…Aku semakin takut dan berdebar,Kalimah Syahadah sudah ku alunkan beberapa kali kerana aku takut..Terlalu takut akan sebarang kemungkinan dan komplikasi..Lampu2 itu terus menyilaukan aku dan..
Nama aku disebut beberapa kali,n aku masih lagi menyahut..Selepas itu.. aku sendiri tidak sedar apa yg berlaku seterusnya……………………………………..
“Nurul,Nurul jannah…,”terdengar suara seorang memanggil2 namaku lembut..
Aku cuba menangkap suara itu, dan cuba untuk menyahut sambil mataku masih lemah untuk dibukak..Seakan tidak percaya apa yg berlaku…Sekejapnya n aku memang tak sedarkan diri langsung..Banyak perkara bermain kat kpala otak aku..Hidup lagik ka aku..Mana aku ni?kat neraka ka syurga?Sapa yg panggil aku?Bidadara Syurga mana?huhu
“Dah Nurul Jannah ..pembedahan dah selesai..,”kata suara itu lagik….Yg pasti dia lelaki..
Dalam kesamaran,aku terpandang jam didinding dewan pembedahan menunjukkan pukul 4 petang..
“Blajar lagi ke dik,kat mana?”tanya lelaki itu…Aku dengar hanya samarr2..
Ya..Kat..Kat.. UIA..,”jawab aku perlahan dalam keadaan yg masih bingung2 dan separuh sedar..Aku benar2 letih dan tak laghat untuk menyahut panggilan lelaki itu..Tym2 ni jugak nak interbiu aku blajaq mana...Tadi takmau tanya..
Kemudian aku tertidur seketika sebelum aku sedar yg aku diusung semula ke bilik aku..
"Alhamdulillah,dh selamat..,"kata ibu dan bapa aku yg setia menunggu aku sambil tersenyum..
Aku yg masih terbaring pun turut tersenyum keletihan…Sambil tangan aku menyuakan untuk bersalam dengan ibu dan ayahku..
“Tima kasih mak,abah sebab buat suma ni,”ucap aku perlahan..Terasa mahu mengalirkan air mata tapi ditahan..Terlalu banyak pengorbanan mereka kepadaku selama ini..
Memandangkan aku adalah pesakit yg tak stay kat situ,so aku dibenarkan untuk berehat beberapa jam disitu..Namun satu pemandangan yg membuatkan aku tidak dapat tidur ialah apabila melihat ibu dan ayahku turut tertidur keletihan di kanan dan kiri ku…Aku merenung mereka seorang demi seorang bersilih-ganti..Setianya mereka pada aku..Kesian mak ayah aku..Dari pagi berkejaran menghantar aku ke hospital sampai tiada masa untuk berehat dan makan..Adakah aku mampu berbuat sedemikian pabila mereka tua nanti?
Pemandangan yg membuat aku termenung seketika..Abahku yg tak jemu2 menunggu aku..
Semoga Allah memelihara mereka seperti mana mereka memelihara aku..Amin..Tima kasih mak,tima kasih banyak2..
Abah yg keletihan..
Setia menunggu aku...Terima kasih mak..Terima kasih..



