Sunday, May 24, 2009

Nilaian manusia itu...kdg2...




Cuaca yg tak menentu sejak akhir2 ni turut mengganggu kesihatanku…tambahan pula aku terpaksa kerap kluar untuk menghadiri kelas dan macam2 lagi pogram pada waktu matahari tgh tegak kat atas kepala…Allahuakbar…peritnya rasa…

“Jaga2 skit kos ben kat uia tu,budak2 dia sosial sangat”,tiba2…kata2 abangku tempohari terngiang2 dalam telingaku… Aku hanya diam,mengiyakan tidak,menafikan pun tidak…

Sosial sangatka kos yg aku amik ni….entahla…mungkin aku sendirik yg kurang menyedari hakikat ini…yalah,aku mana campuq sangat ngan budak2 ben ni,kawan2 aku pun banyaknya dari irk ngan econs….tapi kata2 abangku pada hari itu telah menyebabkan aku teringat pada satu kisah semasa aku di matrik uia dulu…

“Jannah,free tak malam ni,bleh tak gantikan Taufiq untuk meeting ngan president2 bar,irk ngan ben,Taufiq mintak tolong sgt coz esok taufiq ada mooting esok,banyak kena hafal ni”,msg Taufiq,President Fscc nilai kos law…


Sebenarnya,ketika itu,aku dalam keadaan yg kurang sihat,demam panas yg kdg2 melampau2….Tapi memandangkan,kebanyakan dari anak2buah aku terdiri daripada budak2 law yg ada mooting esok,aku tak bolehla nak selfish..jadik,mahu tidak mahu aku try jugala untuk menggantikan posisi Taufiq …

MEETING

Malam tu,sesudah solat maghrib,aku berjalan seorang diri menuju ke blok c,dimana disitulah dewan kuliyyah,kelas dan aktiviti plajar2 uia nilai di jalankan ..Teringat kata2 Arina,salah seorang kawanku yg agak alim dari yg lain…”pompuan ni tak elok jalan sorang2,nanti timbul fitnah”…

Bagi aku,jalan sorang2 ni dah menjadi kebiasaan…so,agak susah untuk aku tinggalkan amalan ni…huhu..Lagipun aku tak suka ditunggu dan menunggu…masa tu emas..

Sampai2 saja aku kat tempat yg dijadualkan,aku melihat beberapa plajar lelaki yg berkopiah dan berjubah sedang menunggu di luar…Aku tahu mereka sedang menunggu aku,huhu…..Aku hanya memandang mereka dan terus masuk ke dalam bilik mesyuarat sebagai tanda mesyuarat boleh dimulakan..Segan lak aku nak bramah mesra ngan pak2 lebai ni…sogha pun takdak…

Aku pun terus mendapatkan kerusi yg diletakkan dihadapan tanpa menoleh mana2 lagi….Agak malu sebenarnya kerana membiarkan orang menunggu aku…Tapi aku wat muka tak bersalah ja….huhu..Tiba2 telefon bimbitku menunjukkan isyarat msj masuk..

“Amboi Jannah,jalan tgk bawah ja sampai tak tgk kiri kanan,hehe”..terkejut gak aku…rupanya2 Aisyah,vice president kos Islamic Reveal Knowledge(IRK)..Dia rupanya yg ntaq msj kat aku…aku memalingkan skit kepala untuk melihat barisan banat di blakangku…Sempat aku memberikan senyuman sebelum aku beralih semula kat depan…

“Baiklah,sebelum kita memulakan musyawwarah kita,ana cadangkan supaya kita wat halaqah…kita duk dlm bulatan…senang skit nak wat reja” tiba2 Amiruddin,Presiden Mahalalah Representative Committee(MRC) bersuara…

Aku hanya terdiam…Nampak gayanya aku kena bertentang muka jugakla ngan depa2 ni…

“Baikla,memandangkan sumanya sudah ada disni,elokla ana memberitahu terlebih dahulu tentang agenda mesyuarat kita pada malam ini..Rasanya suma sudah maklum tentang pertukaran semula kos BAR,BEN dan IRK ke PJ…Oleh sebab itulah,ana terpanggil untuk mengumpulkan antum sekalian untuk membincangkan hal ini bersama2..”ujar pngerusi majlis malam tu…aku pun tak kenai sapa dia…

“Ana memulakan dengan wakil dari FSCC sebagai pimpinan tertinggi..”

Aku agak terkedu dengan permintaan pengerusi majilis ni…Bukan apa,aku sendiri pun kurang membuat persediaan untuk mesyuarat kali ni dan yg paling jelas,aku sendiri tidak diberikan maklumat yg tepat berkenaan dengan pertukaran kos2 ni…hadui…Ya Allah tenangkanla hatiku..

Aku cuba berpura2 tenang……dalam hal ni,aku cuba memujuk diri untuk tidak cepat melatah,tambahan pula aku sedar ramai yg sedar memerhati dan menilai kemampuanku sebagai seorang pemimpin disitu…Perempuankan…apa sangatla yg dia tau..
Salah satu statement yg aku kerap sangat dengaq…ehm…


Dalam keadaan yg kurang mengizinkan dan suara yg agak perlahan,aku memulakan mukaddimah yg agak panjang…

”Alhamdulilahillazihadana lihazawamakunna,linahtadiyalaula an hadanallah,ashadu allailahaillah,wa asyhadu an namuhammadan abduhu warasulihil amin,Uhaiyikum bitahiyyatalislam,tahiyyatan,toyyibatan…Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

“Terima kasih saudara pengerusi majlis,yg saya hormati pimpinan2 irk,bar,ben dan rakan2 sekalian…Terlebih dahulu sy ingin myampaikan salam dri saudara taufiq kpd rakan2… Dia tak dapat dtg atas sebab2 yg tak bleh dielakkan..”

“Baiklah…Berkenaan dengan pertukaran kos2 ni..Sebenarnya,saya difahamkan terdapat hanya satu kos saja iaitu Ben yg akan ditukarkan di PJ,perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Lecturer sy baru2 ni..Hal ini disebabkan oleh rata2 lecturer Ben majoritinya datang dari PJ,jadi agak sukarla bagi mereka berulang-alik menaiki bas dari PJ ke Nilai..Dan sy kurang pasti samada kos IRK dan BAR juga terlibat dalam pertukaran ni…”perlahan saja suara aku kedengaran..


Baikla,kita teruskan pula kepada saudara Amiruddin,selaku presiden MRC MARA..

Aku mengerling ke arah wakil pimpinan yg menjadi sebutan ramai ni termasuk rakan2ku…” budak pandai ni”,Hatiku trus berbisik..Seingat aku dialah antara budak ex-SMAP Kajang,Sekolah brasrama penuh yg agak tesohor kat Malaysia ni..huhu…Yaka..skolah aku pun tak kurang gak hebatnya…huhu

“Ana sebagai wakil MRC MARA baru saja menerima khabaran tentang pertukaran kos2 ni,yg mana ana senirik pun blum confirm samada btul ataupun tidak,Cuma selepas ana menrima satu surat petisyen tentang bantahan pertukaran kos2 ni,barulah ana rasa memang btul2 jadikla pertukaran ni dan,ana difahamkan petisyen ni dikeluarkan senirik oleh FSCC dan di sini ana ingin bertanyakan dengan lebih jelas lagi kepada FSCC mengenai petisyen yg dikeluarkan tu… “..jelas Amirudin sambil menunjukkan beberapa helai petisyen yg sudah ditandatangani oleh sejumlah besar pelajar..

“Sudah…sapa yg wat petisyen tak ketahwan hala ni…awat tak habaq kat aku pun,”aku hanya diam..otakku mula meligat..

Aku dh kematian kata2…Taufiq senirik pun tak mention apa2 pasal ni,macammana petisyen ni dikeluarkan tanpa pengetahuan aku…

Dalam kecelaruan tu,aku meminta Amiruddin menghulurkan beberapa helai petisyen untuk aku tgk…Sambil membelek, aku memberitahu mereka yg aku tidak tahu menahu langsung mengenai petisyen ni…

Aku meminta confirmation dari mereka berkenaan dgn hal ni samada petisyen ni benar2 dikeluarkan oleh society aku…Ada yg mengangguk dan ada yg menggeleng..

“Jadik betullah,FSCC senirik pun taktahu pasal ni…Tapi kami memang difahamkan yg petisyen ni dikeluarkan sendiri oleh FSCC”,sinis Presiden mrc ni sambil memberitahu nama anak buah aku yg terlibat dalam pengeluaran petisyen ni..


“Ehm,takpa,nanti sy akan try tanya pasal ni kat dia”,sambil dalam hatiku agak bergelora tym tu….sabar2…Tapi aku percaya ngan anak buah aku,dia takkan amik tindakan sebarangan tanpa consult ngan aku n taufiq dlu..

“Baiklah,kita truskan pula dgn perwakilan seterusnya…”ujar mc malam tu…mungkin agak kebosanan sebab matlamat meeting malam tu hampir lari disebabkan permasalahan petisyen haram yg tak berkesudahan tu..

Beberapa perwakilan trus2san menyatakan kekesalan mereka terhadap pihak pengurusan tentang pertukaran kos berkenaan…

“Ana cuma nak anta anti bayangkan,macamna yg kita tau,kos2 irk dan bar ni merupakan kos agama yg tinggal kat uia nilai ni,kalau sekiranya kita pindahkan,makanya,akan timbullah pelbagai lagi akibat atau natijah buruk,tambah pulak kat nilai ni dah disiplin dia berada dalam keadaan teruk”,tambah salah seorang pemimpin paljar di situ

“Ana pun bersetuju jugak,bagi ana kalau nak pindahkan lebih baik kos ben saja..Bukan apa,kos ben ni memang terkenal dgn budak2 dia yg salu menimbulkan masalah dan agak social”,ujar salah seorang lagi dari wakil pimpinan..

“Ana Cuma takut UIA jadik disko Nilai ja bila kos IRK dan BAR dipindahkan kat PJ”,kat masjid pun,budak2 yg datang dari kos ni jugak yg mengimarahkan masjid..kalaula diorang takdak,masjid tu takdak orangla,ana rasa”usul sorang lagik wakil pimpinan..

MC mengeluh panjang…”Jadik,ana harap,antum suma bolehla bagi cadangan smada kita wat bantahan supaya ketiga2 kos dikekalkan saja,ataupun hanya kos ben yg dipindahkan di PJ..”

Aku hanya diam….Tercari2 jugak manalah Presiden Ben ni…kenapalah dia senirik tak datang untuk mempertahankan kos Ben ni..

Aisyah yg pada mulanya diam sedari tadi mula mencelah,”Ana rasa kalau kita pindahkan kos2 IRK dan BAR ni,agak susahla bagi kita nak wujudkan Bai’ah solehah kat bumi Nilai ni..Skrang kita tgk,UIA dah macam tandus dah ngan keadaan2 yg elok,ana harap kita sama2 leh pikiaq r baik buruk dia,”kata AISYAH dengan loghat utagha dia yg agak pekat…

Aku menahan ketawa ngan budak ni…Bukan apa,aku senirik pun brusaha untuk menyembunyikan loghat aku,bukan aku malu,tapi aku tahu,bilamana aku sudah mula bercakap utagha,hanya golongan tertentu yg boleh memahami aku..Terlalu pekat…(umah tepi bendang saja)kahkahkahkah..

Selepas Aisyah,ramai lagi dalam kalangan depa yg nak bg pendapat…Rata2nya mengeluarkan buah fikiran yg hampir sama iaitu kekalkan saja kos bar dan irk dan bersetuju jika kos ben saja yg dipindahkan…Alasan mereka,takut bumi nilai menjadi gersang dengan aktiviti2 keagaamaan..

Dalam kesamaran tu,masing2 mengharapkan aku sebagai pimpinan tertinggi untuk mewakili mereka untuk berjumpa dengan pihak atasan uia untuk menyuarakan pendapat mereka itu…

“Ana ni hanya wakil MRC saja,apa2 pun keputusan,ana rasa FSCC lagi berhak untuk menentukan dan paling layak untuk berjumpa dengan Madam Siti..,”celah Amiruddin yg diam dari tadi..

Aku agak kaku dengan mereka2 ni….Bukan apa,mungkin mereka tidak tahu apa sebenarnya fungsi FSCC…Memang society ni merupakan society yg tertinggi di CFS tapi untuk mengusahakan benda2 yg melibatkan suma2 ni,memerlukan prosedeur yg agak rumit…Mengadakan sesuatu bantahan yg bertentangan dengan pengurusan uia adalah sesuatu yg agak sukar untuk diusahakan…Hanya Allah yg tahu..

Ketika itu,aku berasa amat kesorangan….berhadapan dengan manusia2 yg terlalu mengharapkan sesuatu…Tambahan pulak,aku langsung tidak ditemani dengan kawan2 aku yg lain sebagai penguat aku…Terasa mereka meletakkan berpuluh-puluh guni batu di atas bahuku..

Aku menarik nafas panjang…Aku tahu keputusan yg aku buat ni mungkin menyebabkan aku kehilangan jawatan aku dan menjejaskan reputasi aku…Tapi aku mesti membela nasib pelajar2 UIA..Adakalanya kehendak pihak pengurusan perlu sedikit diubah..
Cuma aku mahu membuat beberapa pembetulan terhadap mereka….Pembetulan…Ya,pemikiran mereka tentang kos aku perlu dibetulkan…

Suasana menjadi agak bising kerana masing2 berbincang mengenai hal ini..
Aku mengangkat tgn untuk bersuara memandangkan pengerusi dari tadi tidak mendengar suara aku..Masing2 diam..

“Ehm…boleh sy nak tambah skit?Sebenarnya sy mewakili kos saya,iaitu kos ben ingin memohon maaf kepada antum semua andai kos sy ni banyak memburukkan nama uia…Sy mengakui pada hakikatnya,bdk2 kos sy memang agak teruk,dengan sosialnya,free hair toksah nak cakapla..sleeping outsidela…n banyak lagik..,”ujar aku dengan nada kesal…

Pengakuan aku menyebabkan sebahagian dari mereka agak terkejut,mereka tidak menyangka aku adalah plajar BEN..Mungkin based on dressing aku yg kurang menampakkan aku adalh plajr dari jurusan itu..Mungkin juga mereka terlupa siapa aku..

“Sy sebenarnya bersetuju sekiranya kos sy dipindahkan ke PJ bukan sebab apa, sebab sy lebih yakin dan selamat sekiranya mereka berada di situ..Kawalan disiplin di sana agak terkawal di samping majority mereka adalah plajar2 Darul Quran yg mana kita tau tarbiyah mereka cukup kuat di PJ… Berbnding disini,walaupun ada plajar dari kos2 agama tapi sy kurang mempercayai kalian,saya minta maaf.”,sambung aku..

Kata2 aku disambut dengan senyuman oleh beberapa org plajar yg aku rasakan berasal dri darul quran jugak…

“Ish DQ lagi”,sampuk Amiruddin sambil berpura2 mengepal tgnnya menunjukkan isyarat marah buat2…haha

Mungkin diapun agak menyampah dengan pujian2 yg selalunya diberikan terhadap budak2 DQ..

Aksi Amiruddin menyebabkan sebilangan mereka ketawa..

“Yalah,dah hangpun bukan budak DQ”,aku duk ngumpat dalam hati..

“Sy mintak maafla sekiranya apa yg sy cakap ni akan mengguris hati sapa2,Cuma sy nak dedahkan skitlakan …Tentang…Tentang…Apa yg berlaku tym spot check baru2 ni..”terasa agak sukar untuk menceritakan hal ini..

Suma orang terdiam….Mungkin kerana tertarik dengan ayat “SPOT CHECK”…

“For ur information,during spot check recently,the most student were caught because of pornographic material/cd are came from religious course…”saja aku berbahasa inggeris dalam statement ni…bukan aku mahu menunjuk-nunjuk tapi aku agak sukar untuk menyatakan sesuatu yg negative dalam bahasa melayu…Aku takut bahasa yg aku guna kedengaran kasar..

Kata2 aku amat mengejutkan sebilangan mereka..Buntang benar mata mendengarkan kata2 aku tadi..Ramai yg berkerut-kerut…

“Mana dapat cerita pasal ni,sapa yg bgtaw,fellow ka yg bgtau?”,celah salah seorang wakil kos yg aku sebutkan tadi dengan kelam kabutnya..

Yalah,dah aku kluaqkan statement yg kos dia yg paling banyak bawak cd lucah…Bukan aku yg reka2 crita tapi ustaz yg merangkap fellow senirik yg bgtw menda ni dalam kelas…

“Kenapa jadik macamni ya…Sedangkan suma tahu yg kos ni merupakan kos yg disegani dan dihormati,mungkin betullah,semakin kita dekat dengan agama,semakin banyak syaitan dan iblis yg menguji kita..”,aku cuba membuat sedikit provokasi..

“Kat sini sy bukanla,datang untuk membela kos sy ataupun memalukan kos2 anda semua…Cuma sy mengharapkan agar kita jgnla terlalu stereotaip dan wat judgement yg kos ni jahat dan kos ni baik….,”saja aku aplikasikan beberapa perkataan yg pernah aku pelajari dalam subjek CCT..

“Dalam Ben senirik,bukannya semuanya jahat,ada ja yg Quran Sunnah,Syariah dapat A1 lg baik daripada kos2 agama ni,”jelas aku lagi dengan bersahaja…

“Ya btul,tgk macam Jannahla”,celah Amiruddin sambil tersenyum..

Aku hanya tersenyum pahit,aku langsung tak berniat untuk merujuk kepada aku kata2 aku tu tapi kepada sebilangan kawan2 yg sama kos dgn aku yg sememangnya cemerlang agama dan seiring dengan akhlak mereka yg baik..

“Sy cabar antum semua…Sebagai pemimpin2 agama disni…Sekiranya antum semua dikekalkan di Nilai ni,sy mahu antum semua wujudkan perubahan di sini..Sy nak tgk..Dalam al-quran seniri Allah dh kata yg Dia sangat benci kepada orang yg hanya tahu bercakap tapi tak menjalankan apa yg dia cakapkan”,tegas aku sambil memetik sebuah ayat dari surah al saff yg selalu menjadi pegangan aku…

Semua orang terdiam..Mereka hanya tunduk membisu…Mungkin agak termalu sendiri dengan apa yg mereka katakan sebelumnya..

“Bercakap biarla ada evidence,ada dalil…,”bisik aku dalam hati..

Sesungguhnya apa yg aku katakan ni bukanla semata2 untuk menghina golongan yg belajar agama…Adalah berdosa sekiranya aku menghina golongan yg diangkat oleh Allah S.W.T ni…Aku juga manusia yg lemah..Hina yg amat sangat..Tetapi aku mahu saling ingat mengingatkan antara satu sama lain..

”Innazikra tanfa’ul mukminin”,bemaksud…Sesungguhnya ingat mengingati itu,memberi manfaat kepada orang2 mukmin…

Sebelum mesyuarat berakhir,aku berjanji kepada mereka yg aku akan berjumpa sendiri dengan pihak atasan bagi meneyesaikan masalah2 ni secepat mungkin…Cuma aku meminta mereka untuk tidak terlalu meletakkan harapan yg tinggi kepada aku..Aku juga mengharapkan supaya jgn mendedahkan apa yg dibincangkan selagi keputusan belum lagi di tetapkan dan diberitahu dari aku sendiri..

Selepas mesyuarat berakhir,aku menerima msj sekali lagi dari Aisyah…Kali ini Aisyah menyampaikan salam dari presiden kosnya..

“Salam Jannah,presiden kami kirim salam kat anti,dia kata,perwakilan kami menyambut baik cadangan anti tu,terima ksih yer..hehe..”,msg yg ringkas tapi penuh makna..

Selepas pulang dari meeting,aku trus semayang isyak dan berdoa semoga Allah membantu aku pada keesokkan harinya…Sempat jugak aku menghantar msg kepada Taufiq untuk memaklumkan apa yg dibincangkan dalam meeting pada malam tersebut..
Sambil memikirkan apa yg bakal aku tempuh keesokkan harinya,aku terlelap…


“Ya Allah,hanya Engkaula yg tahu apa yg kau rancangkan ini.. Kasihani mereka Ya Allah…Berikanla yg terbaik buat mereka…Kekalkanla Ya Allah…Kekalkanla mereka disini jika itu yg terbaik buat kami…”

PERJUMPAAN DENGAN REKTOR..

Keesokkan harinya semasa lunch hour aku mengambil kesempatan untuk berjumpa dengan Madam Siti Humaiyah,selaku Deputy Dean Stad

“Madam…Sori ganggu..Saya nak tanya,jadik ka ketiga2 kos ni dipindahkan ke pj?Kenapa yg sampai 3 kos yg terlibat Madam?Lecturer saya kata kos Ben ja yg pindah?”,soal aku bertalu-talu..

“I don’t knowla Jannah, perhaps you should ask Madam Siti Rohimi for this question because her department is actually responsible for this matter..,”jawab madam yg kelihatan agak terkejut dengan soalan2 aku…

“But Jannah,yg madam tahu,keputusannya memang dah ditetapkan n dah terlambat untuk diubah…So,I don’t know about the final decision,better awak consult ngan madam siti Rohimilala..Petang ni Datuk Seri nak datang nilai,so mybe diorang nak wat final decision dgn dia petang nilah,”tambah madam yg kelihatan agak keletihan..

Aku rasa dia sedang sibuk membuat persediaan bagi menyambut kedatangan Rektor Uia petang ni..

Aku trus bergegas menuju ke Admin punya office..Hanya ada kerani ngan beberapa orang staff ja kat situ..Tiba2,aku nampak kelibat madam siti..Dari gayanya nampak macam agak kelam kabut jugaklah..

“Kak,Madam siti Rohimi ada?Sy nak jumpa ngan dia jap?,”tanya aku sekadar berbasa-basi..

“Ada dik,tapi madam tengah sibuk skrang,yelah sebab rector nak datang petang nikan..,bley akak tahu,ada apa ya nak jumpa ngan madam,nanti kak bgtau ngan dia?”,tanya kak tu….ramahla plak…

“Kak,bleh sy tanya…Kak tahu tak pasal perpindahan kos2 bar irk ngan ben tu?Jadik ka kak nak pindah sebab ramai dh tanya sy ni”..tanya aku resah…Aku tahu kak ni kalau aku cerita pun bukan dia bleh wat apa…

“Entahlah dik,itu kena tanya madam senirikla…kak pun tak berani nak cakap sebab working paper tentang ni dia yg wat..”jawab kak tu..

Aku dah agak….but I really need to talk to her!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!..Aku hanya berani menjerit dalam hati…Kang dia kata aku gila plak jerit2 tak ahwan hala ni..

Aku pun balik ke bilik dengan perasaan yg agak hampa…


“Eh wey,jgn lupa kemas bilik,petang ni dengar kata rector nak datang tgk bilik2 kita r..”jerit salah seorang rumateku…

Aku ketawa saja melihat keletah rumateku yg terkocoh2 mengemas barang2 dalm locker dan bju2 yg disidai diluar tingkap..

Bilik yg memuatkan hampir 20 orang rumateku tu sangat meriah tym2 tengahri..Bilangan 20 orang sebilik agak menampakkan kesesakkn sedikit pada mulanya..Aku akui,di Nilai,kemudahannya tidakla semewah di PJ di mana hanya 4 orang ditempatkan sebilik..
Inilah salah satu penyebab utama mengapa pihak pengurusan mahu memindahkan semula sebahagian kos2 di Nilai ke Pj

“Jannah,dah baca dahka CCT?Malam ni kita ada kuiz tau,Sir Abas nak combine class kita ngan budak2 kelas IRK,”ujar Farah Salwani…Salah seorang rumateku merangkap Personal Assistant aku dalam bilik dan kelas…Seringkali dia mengingatkan aku tentang assignment dan kelas2 tambahan yg diadakan..hehe…dah macam secretary aku pun ada gak…

Aku melepaskan keluhan yg panjang…Kuiz lagi….dahla CCT…

CCT atau nama panjangnya Critical and Creative Thinking merupakan salh satu killer subject yg terkenal dalam kuliyyah IRKHS…Sem lepas takdak siapa pun yg berjaya mendapat A bagi subjek ni..Paling tinggi pun ialah B-..

Aku hanya terdiam dengan soalan Farah…bukan apa…sememangnya aku langsung tak menyentuh buku sepanjang aku mengalami demam panas ni..Hanya menghadiri kelas sekadar memenuhi attendant..Takpalah,jap lagi aku belekla apa2 yg patut…

“Jannah,ptg ni,awak ngan mira kena datang tau meeting dengan rector,kita pi sama2 k”,tiba2 masuk msg dari Fazilah..

Kalau dh meeting petang ni,masa bila plak aku nak baca CCT n untuk kuiz malam ni…aku duk mengomel sorang2…

Petang itu,selepas solat asar,aku terus trun ke stad bg menyambut kedatangan rector uia,Datuk Seri Prof.Dr Syed Arabi Idid…

“Amboi lawa ngat aih minah dua ekoq ni,macam nak menyambut pak mentua ja”saja aku mengusik mira n fazilah…Dua orang anak buahku dalam fscc yg sma kos iaitu law dan agak terkenal dengan sikap mereka yg memang suka melaram..Tak hairanla jika salah seorang dari mereka pernah mendapat gelaran Queen of the Night pada malam Sister’s nite sem lepas…hehe

“Besala,sekali sklakan nak grand…bila lagi,”balas Mira sambil ketawa..

“Mana agaknya rector nikan…dah lama tunggu ni,kita duk beratuq2 ni dah macam nak nasyidla plak,kahkahkah”,aku ketawa berdekah2..

Kata2 aku tadi di sambut dengan hilaian tawa oleh kawan2ku itu…

“Eh Taufiq mana ha?Patutnya diala yg kena mai,ai….takkan mooting tak hbeh2 lagi kowt,Fazilah habaq dak kat dia?,”tanya aku kat Faz…

“Dah…dh msg dh,tapi taktaulah…tadi dengar kata dia nak datang,sat2 nak kol dia,”tambah faz sambil duk membelek hensetnya..

Heran jugak aku ngan taufiq ni..dahla semalam tak mai,ni dengan rector pun takmau mai gakka…tadi adala Kd kol aku tanya kat mana tempat meeting,dia kata Taufiq yg suh tanya…

“Eh,marilah makan dlu,banyak ni kuih atas meja ni…,”Kak Seri,salah seorang staff dalam admin mengajak aku dan kawan2 aku yg len makan..

“Wey,btui gakkan,lapaq ni,stg dalam bilik meeting bukan boleh nak makan apa dah,nak makan pun kena kontrol2,jum2!!,”aku yg memang lapaq gila dari tadi duk tarik2 tgn kawan aku..

“Ish dan ka wey,stg Rektor tu mai nak kata apa?” kata mira yg kelihatan agak gelisah..

“Allah….kata ja..Err Datuk, sat na kami nak mkn dulu ni,sapa suh hang mai lambat?”celah aku sambil disambut gelak tawa yg tak pernah berkesudahan..Konon itulah dialog yg akan aku gunakan kat rector uia bilamana dia melihat aku makan..hehe..

Aku dan rakan2ku pun dengan tak bopa segan silunya memakan hampir separuh dari kuih2 yg diletakkan di atas meja oleh Kak Seri…

“Dapnya kuih2 ni…dap hangak!!Mana Kak Seri beli?,”tanya aku ramah smbil menguyah kuih2 yg bg aku sangat sedap…

“Ala,kat kafe belakang ni ja”,kata kak seri smbil tersenyum…Mungkin dia terhibur melihat telatah aku dan kawan2 aku yg melahap kuih2nya seperti pelarian Somalia ja..hehe…nasib r…sapa suh ajak…

“Eh cepat2 get ready,Datuk dh on da way,”tiba2 Brader Salmee yg sedari tadi menunggu di luar memanggil aku dan rakan2ku dalam bilik admin…

“Alamak,camana ni….makanan tak hbeh telan lagi,”ujar aku sambil menunjukkan pipi aku yg kembung kat kawan2 aku…

“Alah,biaqla..bukan dia nak wat apa pun,tula nak mkan sangat,haha…,”berletiaq mira sambil ketawa..

Aku terkocoh-kocoh berlari kluar mendapatkan kawan2ku….

“Ish2,reja makan ja,haha…,”perli Brader Salmee sambil menggeleng-gelengkan kepalanya apabila melihatkan mulutku yg tak henti2 menguyah..

Brader Salmee adalah salah seorang staff Uia yg bertanggungjawab dalam memilihku untuk menjadi salah seorang perwakilan plajar uia…Dia jugak yg menjadi hakim semasa aku bermanifesto dan ditemuduga…huhu..Thanks Brader..

Kelibat Rektor Uia sudah kelihatan dalam kereta bersama drivernya…

“Wuih hebat no jadik orang kaya ni,drebar pun ada,xlama kita plak no,”bisik aku kat Mira..

Brader Salmee trus mempekenalkan aku dan rakan2ku sejurus selepas Rektor tu kluar dari keretanya…

“Eh where is ur president?”tanya Datuk Seri yg nampak agak keletihan..

Aku dah agak dah….Rektor ni misti r tanya pasal Taufiq..Aku cuba memberikan alasan mooting bg menjelaskan soalan rector tu walaupun aku tahu jam sudah menunjukkan angka 5.30 dan tak mungkin mooting masih dijalankan lagi waktu2 begini..

“Tak bgtau dia ka yg rector nak datang petang ni,”tanya brader salmee perlahan kepadaku sambil mengiringi Datuk di belakang..

“dah,tapi tapi dia kata nak datang,”bisikku..

Meeting pun dimulakan…Pelbagai persoalan diutarakan dan banyak agenda yg dibincangkan oleh dekan2 bg setiap department…Ada diantaranya menyentuh mengenai pergaduhan pelajar2 Uia Nilai dan PJ pada mlam pertandingan akhir bola sepak dipj semasa berlangsungnya Program SMAC..

Aku hnya mendengar sambil mncuri-curi baca nota2 CCT yg sempat aku bawa dalam bilik mesyuarat itu..

“Sesibuk mana pun,pelajaran jgn dilupa…,”pesanan mak dan abah terngiang2 tiba2..

“Eh,takdapat lagi ek kol Taufiq,”tanya Fazilah kat aku…

Aku menggeleng,yg aku tahu dia dh off henset,arghh biaqla…bukannya aku takleh handle meeting ni tanpa dia..

Tiba giliran aku sebagai mewakili pelajar untuk bersuara..Agak gementar sebenarnya berhadapan dengan semua dekan2 dan rector uia ni…dahla kena speaking…huhu..sehinggakan…


“Assalamualaikum and a very good morning to…

“hai morning apanya…dan nak dkat maghrib dh…”,tgur rector sambil ketawa

Semua orang dalam bilik mesyuarat itu sedang ketawakan aku….Manakan tidak,aku tersasul mengucapakn good morning kepada jemaah mesyuarat sedngkan jam sudah menunjukkan pukul 6.oo petang..malunya…macam nak hilangkan diri aku ketika itu jugak…hadui…..


Banyak jugak yg aku perkatakan kepada Rektor,mjur dia memberikan respon yg baik..Sehinggalah aku menceritakan tentang agenda meeting aku bersama2 dgn wakil2 society malam semalam…

“Datuk,last night, I was attending a meeting organized by irk,bar n ben society…Many of them are refused for being transferred back to PJ. ”,jelas aku bersungguh2

“What2….i did’nt get what r u trying to say?soal Datuk kembali…

“Err,Jannah,actually we r not mention clearly yet to Datuk about this matter,so Datuk still do not know about the transferation,”sampuk dean stad tiba2..

“Aik,jadik,Datuk sebagai rector sendiri masih tak tahu pasal perpindahan semula kos2 ni ke PJ,tapi madam kata dh wat declaration pasal ni,kalau macamtu…..Benda ni masih boleh di negotiate lagilah ,”bisik aku dlm hati…ada bunga2 harapan muncul dalam hati aku ketika itu…

“Datuk,the main purpose for this meeting actually to discuss about our plan to transfer a few courses back to PJ because of limited space problem here,there are IRK,BEN and also BAR.”,jelas Dean kpd Rektor lagi

“Ooo,about that,I always been asked in Parliment,why the campus for iium always transferd here and there…Until I feel very tired to answer this kind of question,”keluh Datuk..

“Ok,continue,”ujar Datuk kepada aku…

“They said Datuk,if we transferred the IRK and BAR to PJ back,so our discipline here will become worst..Furthemore,many of religious activity were organized by their society..Honestly, as a student I can say that even u have placed us around 20 person per room but there is no space problem in our room because the room is big enough for us..,”admit aku kat Datuk dengan bersungguh-sungguh..

Kata2 aku tadi mencetuskan kejutan dalam kalangan Dean2 yg ada,manakan tidak,selama ini mereka hanya mendengar rungutan dari pelajar2 dan ibu-bapa berkenaan dengan ruang dan tempat belajar di Nilai yg tidak efektif,tapi kenyataan yg aku berikan adalah bertentangan sama sekali..Bagi aku,rungutan2 ini sebenarnya kedengaran pada awal2 perpindahan plajar dari Pj ke Nilai dahulu…Biasala,baru2 lagi,memangla tak biasa.. Tapi.. Cuba tanya pada mereka sekarang..Mana yg menjdi pilihan,PJ atau NILAI?

“ Because, my first sem is in PJ and i’m the first batch who are coming to Nilai. I also have tried both of mahalah in Pj n also Nilai,but what I can say is Nilai is beter than PJ in term of the room,furthermore the toilet is in the room and we also have been provided with big and comfortable study room for each.. In the end I can say that we r really did’nt have any problem with this condition”,tambah aku lagi…

“Yalah,that’s why I have to spend a lot of money to pay all of ur luxurious thing here u know,hehe..”sampuk Rektor dengan nada berseloroh…

Sekali lagi,bilik mesyuarat gamat dengan hilai tawa...

“U should say this earlier,”kata Madam Siti Rohimi sambil tersenyum.. ..
Mungkin kalau aku cakap benda ni awal2 lagi,pihak Admin tak perlulah bersusah-payah untuk merangka proposal perpindahn kos2 ini..

As a member of FSCC,I can say that the biggest problem we faced here is about discipline..
Because of this area is opened for the outsiders,it is very difficult to apply all the rules to our student… Some of them came from USIM and Nursing college nearby..,”aku cuba berterus-terang kepada Datuk..

Sememangnya agak sukar untuk mengawal keadaan disiplin plajar2 di Nilai oleh kerana ia adalah kwasan terbuka yg menjadi kawasan kluar masuk orang2 luar..

“Datuk,our mission in IIUM is not only to build the strengthen among brotherhood but is also to create and existing Bai’ah Solehah here..About what I’ve been told last night by all the representatives,our mosque is totally filled with students from Irk and Bar..So,what will happen to this mosque if they were placed in Pj back,”tambah aku dengan nada yg kesal..

“Wuih,ustazah rupanya…,”usik Brader Salmee yg dari tadi khusyuk mendengar aku bercakap..

Aku tersipu-sipu malu bilamana aku menyedari yg lagak aku seperti seorang khatib membaca khutbah di mimbar saja kat rector ni..hehehe..

“So,Datuk what is your final decision about this,”soal Madam kepada Datuk..

“Final decision about what?’,soal Datuk yg masih kelihatan samar2..mungkin kerana terlalu banyak agenda yg diutarakan kpdnya dalam mesyuarat tu..

“About our proposal on this transferation for the three courses?Are u apporiving it?”,tanya madam skali lagi..

Aku berdebar-debar menunggu jawapan darinya..

“No,I don’t think this is a good solution for this problem..No…I don’t agreed with it,I dun want to answer many tym again in Parliment about transfer here and there..In addition, we will waste a lot money to handle this process because it’s involved so many thing,not only our students but the library also will be affected,”jawab rector bersahaja…

Jawapan datuk itu melegakan hati sebilangan yg hadir dalam mesyuarat berkenaan..Manakan tidak,ada diantara mereka yg terdiri dari fellow2 dan dean2 yg sudah membeli rumah di Nilai..Jadik,adalah sesuatu yg mengarut jika pihak pengurusan mahu memindahkan semula mereka ke PJ…

Ustaz Majid yg menjadi principal MRC tersenyum kepadaku..

“Jannah,congratulation,u did a good job”,ucap madam Humaiyah sambil tersenyum kepadaku..

Sesudah meeting tu, aku trus meminta izin untuk bergegas kluar bg bersiap2 untuk menghadapi kuiz CCT…Aku sempat menjamah sedkit saja kudapan yg disediakan oleh pihak mesyuarat..

Malam itu sebelum ke kelas,aku telah mengumumkan kepada kesemua presiden2 mengenai pembatalan pertukaran pelajar2 kos IRK,BAR dan BEN…

Dalam keadaan tergesa2 sebelum masuk ke kelas,tiba2 telefon bimbitku berbunyi..

“Salam,ana ingin mengucapakn tahniah kepada perwakilan FSCC atas kejayaan menyesaikan masalah kami ni..Cuma ana ingin memberikan sedikit nasihatla mengenai anak2 buah anti,ana harap,anti dapat mengingatkan mereka dalam membuat sebarang keputusan,jgn decide apa2 tanpa berbincang dengan mainboard fscc dlu supaya kredibiliti anti sebagai pihak tertinggi FSCC tidak akan terjejas..,”msj dari Amiruddin,perwakilan MRC..

Mungkin dia merujuk kepada petisyen haram yg dikeluarkan oleh anak buahku tanpa merujuk kepada aku terlebih dahulu…Sebenarnya..Masalah itu,sudah aku selesaikan dgn anak buahku…Benarla telahan aku,petisyen itu memang dibuat oleh anak buahku,tapi telah diedarkan tanpa kebenarannya…Jangan bersangka buruk dengan orang tanpa bertanya terlebih dahulu,SUUZZON…

Aku hanya menjawab ringkas saja msj2 yg diberikan sebelum aku memberitahunya bahawa aku ada kuiz pada malam itu..

Alhamdulilah..Kuiz yg diberikan oleh Sir Abas pd malam itu aku dpt jawab dengan agak baik…Mujur soalan2 yg diberikan bukanlah berkenaan dgn definisi tapi teori2…Tambahan pulak,Cik A yg salu bersama2ku turut membantu aku menjawab,kerana dia tahu aku tak sempat membaca keseluruhan bab dalam CCT tu…hehehe…Itula gunanya kawan…

Malam itu,buat pertama kalinya setelah sekian lama,aku dapat tidur dengan lenanya..Setiap masalah dan ujian yg Allah timpakan kepada hamba2-Nya sebenarnya mempunyai rahsia yg sangat terlindung…Ada hikmah yg tesembunyi…

Apa yg aku sedari,bilamana aku berasa yg aku btul2 fight untuk menjaga kepentingan org lain..Aku berasa Allah berada dekat dengan aku..Aku tak pernah keseorangan rupanya..Dia ada..

“Jum kluar, dah sampai,”suara Kak Eja,kak iparku mematikan lamunanku yg sedari tadi mengelamun dalam kereta..

Aku hanya tersenyum sambil mengikut kak ipar dan abangku ke rumah mereka..


*Orang yg blajar agama jgn cakap tak supa bikin, orang yg tak blajaq agama jgn duk pandai2 bikin..



-Taufiq xdapat dtg kerana tak jumpa bilik meeting..

















No comments:

Post a Comment