Friday, December 24, 2010

Mati itu pasti....Al-Fatihah buat Dr. Marzuki..

Ehm....dah lama rasa tak menaip...rasa taktau nak mula...huhu...Ehm..nak bagik salam ke ha,nak kata hai jakah..Ehm...dah tak reti...takpa...Harini,before aku bermaraton blog (Sebab banyak benda nak cerita) Kita berbicara tentang kematian dulula ya...Aku suka tajuk ni....Dan berbual mengenai kematian menyebabkan aku sedar yang aku ni bukan setakat hidup dunia ja...tapi bakal duduk di "dunia" yang lain.... Dalam dunia tu...Mungkin aku boleh jumpa ngan arwah Tok wan aku,Tok Wan Karrim yang sangat aku sayang, ayah abah aku..Tok Wan Wahab,ayah mak aku yang aku tak pernah jumpa (Yang meninggal ketika umoq mak aku 12 tahun)  n boleh jumpa ngan macam2 orang terkenal lain...Sheikh Ahmad Yassin, idola aku...P Ramlee, Sudirman...dan macam2 yang ada kat "dunia" tu...(Apala aku merepek malam2 Jumaat nikan)
  
Sebenaqnya..aku baru ja balik daripada menziarahi kematian salah seorang daripada Dean A& R UIA.. Dr. Marzuki...Diorang buat semayang n majilis bagi penghormatan kat Masjid UIA ni...Ehm....Suasananya.........ehm......Tak tahula bagaimana jika aku diletakkan di tempat mereka....Walaupun aku langsung tak mengenali arwah namun... dengan menghadirkan diri ke majlis ini, aku mendapat terlalu banyak pengajaran yg aku tak pernah dapat....Insaf...takut, sayu..Sedih dan sebak..Gambar2 di bawah.. ehm..sekadar ingin berkongsi...



  Dahulunya...Sesetengah daripada kita mungkin berbangga menaiki Merc,Porc,Honda Civic dan Ferrari....Tapi di akhir waktu itu....Kita semua..Datuk2,Datin2,Tan Sri2..President2, akan menaiki kenderaan yang sama jugak....Van jenazah..

 Di sini...Di satu sudut...Aku melihat seorang wanita...Agak tenang raut wajahnya...dan..sedang membelek-belek gambar yang bru ditangkapnya melalui telefon sambil menyapu air mata... Wanita tersebut ialah isteri Allahyarham Dr.Marzuki, yang sempat merakam gambar wajah arwah beliau semasa arwah dikapankan...Tiada raungan yang kedengaran..Hanya air mata yang kelihatan..Semoga Allah menjadikan kita,aku dan semua...setabah wanita itu...Amin..

Selepas itu...Alhamdulillah,aku diberi kesempatan untuk masuk ke dalam bilik mayat untuk melihat wajah Allahyarham buat kali terakhir....Sejujurnya...Bau kabur barus itu dan air mawar...benar2 membuatkan aku agak gerun dengan apa yg berlaku di hadapan aku......Namun situasi itu...Pasti akan dirasai oleh semua orang...Belangsungkawa sekali lagi aku ucapkan kepada ahli kluarga jenazah...

 Rektor yang turut hadir memberikan penghormatan terakhir...

 Jenazah dibawa ke tingkat 2 untuk disolatkan selepas solat asar..

 Dari Allah kita datang...Dan dari Allah kita pulang.....

 In memory....
Semoga Allah menempatkan....Allahyarham..Assoc. Prof. Dr. Ahmad Marzuki Hj. Zainuddin bersama kalangan orang2 yang Dia Kasihi...Al-Fatihah...

~Keep on walking~

7 comments:

  1. salam,

    alfatihah buat allahyarham..
    Saya anak saudara kepada Dr.Marzuki dan saya memanggilnya Uncle Ju. Saya tak berkesempatan untuk menziarahi dan memberi penghormatan kerana tidak berada di KL tapi saya rasa Gambar kanak-kanak lelaki tu bukan cucunya kalau cucu saudara mungkinlah. Anak2 beliau masih muda dan itu yang membuatkan saya tumpang bersimpati dengan auntie Qaseh..

    Semoga dia tabah membesarkan 6 anak arwah. Arwh seorang yang sangat baik..sebab tu meninggal dalam usia yang muda..

    ReplyDelete
  2. al-Fatihah..semoga keluarga beliau tabah..

    ReplyDelete
  3. Salam takziah kepada ahli kluarga Dr Marzuki..Maafkan saya sebab saya ingat yg kecik tu ialah cucu Allahyarham kerana saya difahamkan oleh orang2 sekeliling saya yg ada di tempat kejadian, yg kecik tu ialah cucunya...

    Maafkan saya sangat2..Ehm..Untuk pengetahuan anak saudara Dr.Marzuki, sesudah selesai memandikan mayat, Puan Qaseh ada membawakan seorang kanak2 masuk ke dalam bilik tersebut untuk menatap wajah arwah buat kali terakhir..dan semua yg hadir menyangka itu ialah cucunya termasukla saya..Cuma yg kanak2 laki yg seorang itu sahaja yg tidak mahu masuk melihat jenazah dalam bilik...Takut barangkali...walaubagaimanapun...

    saya mohon maaf atas kekhilafan saya...Takziah warga Edu IIUM ucapkan..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,

    Saya cucu saudara kepada arwah. Nenda saya sepupu dengan arwah. Doakan Tok Zu ditempatkan di kalangan yang beriman Insya ALLAH.

    Wassalam.

    Zylia

    ReplyDelete
  5. Semoga ruhnya sedang berbahagia bersama kekasih-kekasih Allah kerana kebaikan-kebaikan dirinya yang amat banyak.Takziah buat Dr Kaseh Abu Bakar dan keluarga, moga Allah memberi kekuatan buat beliau menempuh ketentuan ini. Amin.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih Dr Jannah atas blog Puan. Saya adik kepada arwah yang juga tidak berkesempatan menghadiri pengkebumian kekanda saya. Setibanya di UIA, jenazah telah selamat dikebumikan. Terima kasih warga UIA di atas kepantasan warga UIA, maka arwah dapat dikebumikan di hari Jumaat yg berkat.
    Ironiknya, arwah mengabadikan dirinya di UIA, menghembuskan nafas terakhir di UIA, di kebumikan berdekatan UIA dan setiap ahli keluarga kami (7 siblings) berkumpul di UIA selepas pengkebumian arwah.
    Semoga Dr Ahmad Marzuki akan sinonim dgn UIA...semoga rohnya aman di alam barzah...amin.
    Semoga anak2 arwah dapat meneruskan legasi ayahandanya...amin

    ReplyDelete