Sunday, November 29, 2009

Jodoh itu bukan milikmu

Pemandangan sekitar kundasang pada waktu pagi

Masih terngiang2 lagu 25 minutes too late nyanyian Michael Learns To Rock ketika aku menulis blog ini..Entah kenapa,pertama kali aku mendengar lagu ni,aku dapat rasakan yg..Lagu ini mempunyai banyak kaitan dan persamaan dengan apa yg berlaku disekelilingku..


25 minutes too late..

Lagu ni sebenarnya menceritakan tentang seorang lelaki yg menyimpan perasaannya sekian lama terhadap seorang wanita..Lelaki ini mengambil masa yg agak lama untuk meluahkan perasaannya itu kerana kurangnya keyakinan terhadap wanita tersebut..

Namun begitu..Setelah,lelaki ini benar2 bersedia untuk meluahkan hasrat kasih dan cintanya terhadap wanita tersebut,dia mendapati wanita itu sudah tiada…Tekad untuk meluahkan isi hatinya dan ingin memohon maaf atas segala kesilapan yg telah dilakukannya kepada wanita itu, dia trus mencari dan tetap mencari wanita tersebut di setiap penjuru kota..Akan tetapi,apabila lelaki itu tiba di sebuah gereja,satu2nya tempat yg dia tidak pergi..Dia mendapati bahawa wanita tersebut baru sahaja melangsungkan perkahwinannya 25 minit yg lalu..

Wanita tersebut dilihatnya memang kelihatan gembira dengan gaun pengantin yg dipakainya..Nmun wanita itu menangis apabila memberitahu lelaki itu yg dia pernah juga pernah menyimpan perasaannya terhadap lelaki itu…Wanita tersebut masih menunggu lelakit ersebut…Nmun 25 minit yg lalu telah mengubah segala-galanya…Lelaki itu terlewat..Jodoh itu..Bukan miliknya..

Hanya kerana klewatan 25 minutes…

Ehm……Agak sedih apabila mendengar dan memahami setiap bait2 lagu ni…

Pernah suatu hari aku bertanyakan kepada kak eja,kakak iparku…

”Kak,kak rasa sedih tak kak,kalau kita ni ada perasaan kat orang lain tapi kita akhirnya kena kahwin dengan orang lain?”saja aku mahu berkongsi dengan org yg lebih berpengalaman..

“Eh sedih nurun!!!!Misti la sedih sebab kita dh ada perasaan kat orang lain..Lainla kalau kita ni kena berkahwin dengan orang yg kita tak cinta dalam keadaan kita yg natural(tiada menyimpan perasaan kat sapa) tu takpala…Cinta tu leh dipupuk,”ujar kak iparku bersungguh-sungguh..

Ehm..Mungkin inilah agaknya mengapa agama Islam melarang umatnya untuk bercinta sebelum kawin..Takut bila tak jadik,akan memberi kesan kepada rumahtangga di kemudian hari..

Hanya kerana kelewatan 25 minutes…Mengingatkan aku tentang sebuah kisah..Kisah seorang sahabatku di Matrik Uia yg pernah menyimpan perasaan terhadap seorang lelaki..

Lelaki ini seorang yg agak tampan, berpelajaran tinggi serta mempunyai pengaruh yg agak kuat di Uia..Tambahan pulak lagik..Title.. Pelajar Perubatan yg disandangnya menjadikan lelaki itu nampak begitu gah di mata pelajar2 wanita disitu..

Namun,ditakdirkan tuhan satu hari,lelaki ini terpandang kelibat rakanku yg dilihatnnya agak lain dari wanita lain..Sopan dan sangat menawan..Dikatakan lelaki itu,inilah cinta pandang pertama..

Aku tumpang gembira apabila mendengar cerita love story ini dari kawanku itu senirik..Rasa bahagia apabila melihat rakanku bahagia..KUfikir..Dongengan Cinderella itu wujud jua akhirnya..Namun pada masa yg sama,aku jugak turut mengingatkan rakanku agar mejaga batas pergaulan samada melalui msj dan sebagainya…Aku takmahu rakanku itu terlibat dalam sebuah balang hitam yg dinamakan ZINA..Walapun pada hakikatnya umanya sampah belaka..

Walaubagaimanapun…Rakan aku masih trus bermain tarik tali dengan lelaki ini..Dek kerana kuatnya pegangan agama kawanku ini..Dan merasakan kaple itu adalah haram serta jurang perbezaan kos dia dan lelaki itu…Maka sampai ke akhirnya dia tetap berkeras untuk menyimpan tanpa meluahkan perasaannya terhadap lelaki itu..Walaupun lelaki itu berulang kali berkias2 tentang hasratnya kepada rakanku…

Selepas aku meneruskan pelajaran ke Uia Gombak..Aku sudah lama tidak mendengarkan cerita love story itu..Sampaila beberapa hari sebelum aku exam Final..Rakanku menceritakan perihal yg sebenar..Dan sebagai bukti..Dia mahu aku add lelaki itu dalam satu ruang kenalan yg aku sedang guna..

Dan apabila aku dibenarkan untuk mengakses ke profil lelaki tu..Aku agak tergamam, apabila melihat foto2 perkahwinan si lelaki itu dengan pilihan hatinya…Dan yg paling mengejutkan aku..Wajah pengantin perempuan itu agak mirip dengan wajah kwanku itu..Terlihat jugak aku kelibat plajar2 perubatan yg aku kenali, turut sma menjayakan majlis perkahwinan tersebut..

Lelaki itu memilih untuk berkawin dengan permpuan yg sama kos dngannya…Sekufu agaknya..

Akui kwan aku…Dia agak sedih dengan lelaki tersebut yg dirasakannya telah mempermainkan perasaanya..Terlalu banyak kata2 manis yg ditaburkan lelaki itu terhadapnya..Namun dia bersyukur yg satu perkataan sayang pun tidak pernah di tuturkan kepada lelaki tu menandakan yg dia masih lagi dalam zon yg selamat..

Aku yg masih dalam keadaan terkejut trus menasihatkan kawanku agar segera menghindari segala msj2 ataupun berjumpa dengan lelaki itu..Kerana aku tidak mahu rakanku itu menjadik orang ketiga..Terutama kerana mereka sudah berumah tangga..Mungkin,Allah ada menyimpan pengganti jauh yg lebih baik dari lelaki itu..

Orang yg ketiga..

Wahai wanita di luar sana…Aku berpesan kepada diriku dan jugak kalian agar segera menghindari dari menjadik orang ketiga…Sedalam manaapun perasaan kalian terhadap lelaki itu,jika kalian menyedari yg dia sudah berpunya,maka janganla sesekali kalian cuba2 untuk rapat..Kita wanita mulia…Janganla kita digelar perampas kasih seorang suami kepada isterinya dan pemusnah ikatan bapa dan anak2nya..

Aku berpesan kepada diriku dan kalian..Jika orang lain membina kebahagiaan atas air mata kita,redhala perkara tersebut dan segera memperbaiki kelemahan diri..Mungkin sudah tertulis di Luh Mahfuz yg namanya bukan untuk kita,akan tetapi janganla sesekali kita merendahkan maruah dengan membina kebahagiaan dia atas air mata orang lain..

Ingatla…..

BARANGSIAPA YG MATI DALAM KEADAAN RAHSIA CINTANYA YG DISIMPAN SERTA TIDAK PERNAH DIDEDAHKAN SEMATA2 INGIN MEMPEROLEH KEREDHAAN ALLAH DAN DEMI MENJAGA KEBAJIKAN ORANG LAIN,MAKA DIA DIKIRA MATI SYAHID..

No comments:

Post a Comment