Monday, March 28, 2011

~Nyanyi ngan A'dnin...Entri terakhir untuk tahun ini~

video

Due to some technical problems with the Blogspot, i 've to close my blog for a while...Hurm..Maybe forever...I don't know..Almost  3 years, i have been together with this blog..Starting from Tengku-Jannah until akulahjannah.. A lot of memories here and  i have no plan to delete all the entries but for this year....this entry gonna be the last entry in my blog: akulahjannah.blogspot.com..Sorry for any shortcomings from me..any mistake or sins that i've done in this blog, i hope that all of you can forgive me k..Insya Allah, i will try to display the URL for my new blog later...gudbye,Pray for my Final.. and Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh ;-)

Saturday, March 26, 2011

~cerita aku dan buku~


Okay...Kalau tanya aku,apa yang aku suka buat kalau aku ada masa lapang, aku akan jawab...membaca...Hehehe...Baguskan aku..perasan nook..Ehm.. Sebenarnya..Memang dari dulu,dari zaman aku kanak2 lagik...membaca ni memang dah sebatila dalam hidup aku...Sebut ja buku jenis apa,semua aku baca..Dari darjah satu lagi,kalau ada Majlis Penyampaian Hadiah tu,..Ha,kalau ada Anugerah Pembaca Paling Banyak...memang bukan orang lainla,akula orang yang akan dapat hadiah tu...cewah..riakla plak kan huhu...dak aih..tak riak,tak riak..hehe...Saja nk eksyen sket...;-B


Eh,ter"menunjuk" plak dak...kahkahkahkahkah
Ni masa form 4..Cikgu tgk buku Nilam pastu dia pun bagi hadiah.........hehe..Ni kalau schoolmate aku tengok ni saheh menyampah gila ngan aku..kuikuikui..

Errr...kamilah pemenang Power Root!! HEHE..Aku nak cerita pasal buku2 yang aku pegang tu ja..bukan keta meksi ni...bahaha

Orait..Ni hadiah aku dapat last week dari cikgu BM aku...Dia bagi untuk ganti buku aku yang hilang sebab kena curik haritu masa ada cabutan bertuah.Time cabutan bertuah tu, aku dapatla dua buah buku dari syarikat buku, sekali time bergambar, ada orang ter"ambil" hadiah aku.........huhu...Sedih sangat,nak nangis aku cari buku2 tu..Sekali, ditakdirkan Allah,aku terserempak ngan "Pengambil" buku aku tu,aku yakin memang dia yang amik...Pastu aku tanyala ada tak nampak...Dia cakap ada, n dia kata apa lagik tau nyah,

"Sy dah bukakla hadiah awak tu, awak nak  ker",sambil buat muka roti canai basi kat depan aku...

Aku apa lagik, terus rasa nk terajang dia sampai Jepun,biar kena radiasi. Tapi sebab takmau mengotori kasut aku yang baru ja beli kat Pasar Malam tu, trus aku batalkan saja niat aku nak wat camtu....Huh Ya Allah..Geramnya..Kalaula aku bleh buat dia camtukan..
 
Tapi xpa..Cikgu BM aku yang baik hati, merangkap saksi yang menyaksikan muka aku yang bersedih akibat kehilangan buku2 tu telah menggantikannya dengan buku2 kegemarannya...hehe...thanks cikgu Noraini,sayang cikgu...hehe


Dua buku...satu tajuk dia Travelog Syahadah...Best sangat buku ni...Buku ni menceritakan tentang 
perjalanan hdup seorang mualaf sebelum dia Islam....Sangat menarik...


Ya....semoga saya jugak jumpa jalan yang saya kehendaki...Dah habes baca semalam...isi2nya yang sangat menginsafkan...


Hadiah besday aku dari kakak aku.....Aku sayang sangat kat diari ni...Memang sangat memberi motivasi..


Second book from her...Nice content but unable to finish it yet..;-)


The knowledge is still valuable although it contained in an old book.........Thanks cikgu Noraini;-)


Ok..Habes...Aku nak study, esok lusa...Tengah Final ni...Doakan aku ngan kawan2 aku na..Doa kami dapat 4FLET jadikla...Tenkiu..;-)

P/S: Semalam roomate aku sambut besday aku....Hepinya dapat makan Kek  Pandan Cipon dari Giant...kehkehkeh...Sedap...Makasih roomateku sayang.......

Thursday, March 24, 2011

Makcik2 cantik dan kuat !


Baru pulang dari berjumpa dengan Dr Mumtaz untuk pulangkan buku yang dipinjam, sempat mengadu dengan beliau berkenaan dengan kerisauan aku untuk menghadapi subjek "Methods of Da'wah" ni...Ustaz cakap,jangan terlalu risau..Cuma, fokuskan sahaja apa yang diajar dalam kelas serta kerja2 yang diberikan..Ustaz ada memberikan lagi beberapa pesanan yang membuatkan aku menarik nafas yang lega sedikit...hehehe..Nila untungnya kalau pi consultation..

 Sampai di bangunan ICT, tiba2, aku ternampak makcik2 ni sedang mencakaq sampah...Taktahula apa yg menarik perhatian aku untuk pergi berhampiran dengan mereka..Mungkin sebab aku nampak ada iras2 nenek aku di wajah mereka..

 " Makcik..Tak cuti ka?",aku saja nak beramah..Tercari-cari modal untuk bersembang..

 "Mana ada cuti nak..," jawab makcik tu...

nampak agak kaget dengan kehadiran aku tiba2..

" Mak cik orang mana?" tanya lagik budak ni...

"Batu 8...anak?soal makcik tu plak..

" Saya orang Perlis...hehe," sambil terenyeh kat makcik tu..Suka sebab dia dah mula bagi respon kat aku..

" Ooo..Perlis tu dekatla dengan rumah Siti Nurhaliza la yer?" makcik tu tanya tiba2..

Uiks...Bila masa lak Siti Nurhaliza duk kat Perlis ni?Setahu aku suami dia pun duk Kedah..heran gak aku tiba2,tpi aku senyum ja..

" Takdala makcik...Saya duk kat Perlis,Siti Nurhaliza tu duk Pahang..Kat Kuala Lipis.. hehe"

"OOoo..Perlis dengan Pahang tu jauhla ya.." tanya makcik tu lagik..

"Jauh gila kot bro Perlis dengan Pahang, mau senak perut 2,3 kali jugak nak sampainya",ni aku cakap dalam hatila..hehe..Ok...

Aku suka sangat kenal2 dengan orang tua2  camni...Dorang banyak pengalaman,banyak cerita dan banyak kisah.........Bila kita kenal orang2 macamni kan, barula kita tahu, betapa bertuahnya kita..betapa bertuahnya kita dilahirkan dalam keadaan yang agak berkemampuan..Betapa ramainya masyarakat kita yang jauh lebih susah dan terpaksa mencari rezeki dengan cara yang sangat2 susah, bukan di pejabat, bukan jugak dalam air cond, tapi di tepi-tepi jalan...di tengah2 ramai yang lalu lalang...Tanpa malu dan segan serta niat untuk mencari rezeki yang halal, mereka teruskan jugak mengutip sampah2 serta memotong rumput2 disekeliling kawasan kampus aku... Cantikkan makcik2 ni...Ya,cantik dan kuat..

Jum kenal2 ngan makcik2 cantik dan kuat ni..

Ni Makcik Aminah ;-)

Rajin makcik ni kerja...
Ni kawan dia...Nama Makcik Latifah..

"Makcik...Senyum skit",request aku kat makcik tu...kehkehkeh...sajala aku suka gambaq2 yang buat aku rasa "hidup" kat dunia ni..

"Alaaa..Makcik dah tua lah..hehehe.."ujar makcik tu malu2 nk amik gambaq..tapi sambil2 tu dia pose jugak makcik ni...hehehe..

 Bila aku tahu umur dorang........aku memang rasa teringat....dorang memang hampir sebaya ngan mak aku...Malah lebih tua......Dalam 55-60 la...Ehm.....

Makcik-makcik ni mungkin tidak bernasib baik suatu ketika dahulu..Mereka tidak mempunyai banyak wang dan peluang untuk melanjutkan pelajaran yang membolehkan mereka mengubah nasib mereka ke aras yang lebih baik..Tetapi bezanya dengan kita, kita ada wang, kita ada buku, malah kita ada komputer riba untuk belajar.Namun, sejauh mana kita mampu melonjakkan diri kita ke mercu kejayaan? Hanya kita yang tahu..Nasib kita,kita yang ubah...Kerana Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka yang mengubah nasib mereka sendiri..

Truskan usaha makcik..Keep on working
Kita senirik taktaukan nasib kita macam mana 30,40 tahun akan datang...

Full of motivation..

Aku tinggalkan mereka dengan suatu perasaan yang sukar digambarkan.......Tertanya-tanya bagaimanakah nasib aku kelak..Sama atau berbeza?Lebih atau Kurang? Wallahualam... Yang aku tahu sekarang,aku semakin bermotivasi untuk mencorakkan masa hadapan aku ke arah yang lebih baik!Gudluck Jane!!

Wednesday, March 23, 2011

~Bilik oh bilik~

Okay...Sekarang ni, aku tengah konpius,mana satu bilik yang aku nak register sem depan...Sebab tak amik short sem,aku dh tak boleh sebilik ngan roomates yang 2tahun aku sebilik..huhu...sedihla jugak,tapi LIFE MUST GO ON! cewah...hehe...
  
 Orait yang aku dah register sekarang ialah bilik kat ground floor...Meh kita tgk,apa pros and cons duk kat GF ni compared to other rooms.

Kebaikan

  • Dekat ngan Kafe( Sangat bagus untuk kesihatan dan kecerdasan aku)
  • Senang nak angkut barang time pindah
  • Senang nak pegi kiosk
  • Senang nak pergi Mahallah Office
  • Senang nak tengok2 motor aku
  •  Senang nak jemuq kain
  • Senang nak pergi kelas
  • Senang kalau Kak Eja datang untuk salin pampers A'dnin.
  • Dapat berkenalan dengan roomate baru.
  • Dekat ngan alam semulajadi...dengan ngan bukit...rasa tenang
Macam tu ja.....meh tgk keburukan plak uk kat Ground Floor ni..
  • G Kafe senang sangat..Nanti  badan jadik  Shrek trus!
  • Banyak nyamuk, mati kering darah aku kena sedur.
  • Banyak lipas..Kencing manis aku tgk lipas bnyak2 ni..
  • Tikos!!!!!
  • Banyak beruk!
  • Banyak anjing yg suka wat volunteer service untuk jadik guard depan pintu bilik..tak pasai2 aku kena tokok
  • Orang duk membuang "hajat" kat atas,nanti kita akan dengaq,lalu membantutkan selera untuk makan..
  • Senang nak dimasuki pencuri sebab pencuri senang panjat kat area2 ampaian
  • Tingkap macam penjara.
  • Roomate tak kenal.. 

Ya Allah.........Aku dalam dilema!!! Patutkah aku truskan niat aku nak pilih gound floor ni..........huhu...

Monday, March 21, 2011

Bila orang yang anda tidak suka menyanyikan lagu"For The Rest of My Life"kepada anda

Ehm...Dalam dunia nikan, dah jadik lumrahla...Ada setengah orang yang kita tak suka, tapi suka plak kat kita...Ada plak tu.. orang tu kita suka sangat2,xdapat jumpa dekat,tgk dari jauh pun jadikla...tapi dia plak yang juai mahai kat kita... huhu...Hidup,macamtulah,susah nak dapat semua benda yang kita mau...

Cumanya,kalau bagi orang2 perempuan nikan,orang lelaki pun samala...kalau kita tak suka kat seseorang yang approach kita,elokla sekiranya,kita menolak dia secara baik2...Janganla hina,kutuk,maki atau cerca plak..Bukan apa takut kang, kalau anda HINA2  orang yang suka kat anda tu.takut dia wat nasik kangkang ..sapo yang susah...Tak pun Tempe Kangkang..huhu...sapo nak menjawab eh..Nasik kangkang ni sebenarnya satu perbuatan khurafat yang  dilakukan oleh isteri( selalunyala) untuk menundukkan suami mereka..Selalunya dilakukan oleh isteri2 yang takut dimadukan atau untuk mengajar lelaki mereka yang suka bermain kayu,3,4 dan 5...Hukumnya dalam islam ialah HARAM yer..Masuk api merangker nanti baru tau...jgn buat yer..

Kalau kita tgk, zaman sekarang ni..dah macam kembali pada Zaman Jahiliyiah dah..Orang kita suka kangkang mengangkang,dagu mendagu dan juga santau menyantau..Perkara tersebut bukan sekadar akan memberi kesan terhadap diri kita malah juga orang lain..huhu..Oleh sebab itulah, sebarang rejection atau clash harusla dilakukan secara berhemah.....

Di sinikan ada situasi yang saya nak kongsi dengan anda semua,apa yang anda boleh lakukan sekiranya lagu yang anda suka,dinyanyikan oleh seseorang yang anda tidak suka semata-mata untuk memikat hati anda..

thanks to mr goo!!!! hehe

  1.  Jika dia menelefon anda dan terus menyanyikan lagu itu..Anda jgnla offkan telefon tu terus..Tapi mungkin anda boleh biarkan sahaja dia dengan dunianya,menyanyi untuk anda di bawah bantal..( Bubuh ja telefon bawah bantal,elok2 rasa senyap tu, cakapla terima kasih pastu baru letak). Sambil2 tu, anda bolehla mencuci pakaian ataupun mengulangkaji pelajaran. 
  2.  Jika anda terlalu jahat...sila "loudspeaker"kan nyanyian tersebut untuk menghiburkan rakan-rakan sebilik anda...Maher Jen Live in Concert...bahahahahaha..Sila berikan tepukan secara berjemaah kepadanya setelah habes persembahannya itu.
  3. Jika ibu atau ayah anda berada berdekatan, beri sahaja telefon itu kepada mereka..Mungkin ayah anda berminat untuk berduet sama dengan orang tersebut di telefon..kahkahkahkahkahkah. Cara ini saya rasa agak efektif untuk memonopauskan terus niat lelaki itu untuk mengorat anda.
  4. Last sekali, yang paling jahat...Rakam dan jual kat E Bay..

Sekian,terima kasih 

Internet.Manfaat atau mudarat.

 Alhamdulillah....pidato sebentar tadi dapat juga saya selesaikan dengan jayanya....Agak keletihan juga bercakap tanpa henti dalam tempoh sepuluh minit. Tapi demi tugasan kelas,saya dan sahabat-sahabat lain berjaya juga menyampaikan pidato-pidato kami dengan baik..Bak kata cikgu Noraini, rakan-rakan  kami seronok mendengar pidato saya dan sahabat saya,Khadijah.Insya Allah,saya akan  cuba meletakkan video pidato tersebut di blog tidak lama lagi.

Di sini juga, saya ingin berkongsi teks yang saya telah guna dalam pidato saya sebentar tadi..Walaubagaimanpun,teks ini bukanla 100% dibuat oleh saya tetapi telah saya perolehi melalui rujukan-rujukan  daripada Internet serta diolah mengikut kesesuaian diri saya. Saya letakkan di sini sebagai rujukan untuk adik-adik yang mungkin ingin menggunakannya...Yang baik daripada Allah,yang buruk itu disandarkan kepada kelemahan saya sendiri.


Mendongak ke langit,bukan bermakna lupa akan daratan,mendongak dengan harapan agar setiap butir impian menjadi kalungan kejayaan.
.
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis,barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana,penjaga masa yang tidak pernah lupa akan saat-saat indah bersama saya,  rakan2 seperjuangan seterusnya sidang dewan,pewaris generasi gemilang. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dari Perlis saya ke mari,
Untuk bertemu Cikgu Noraini.
Jika warga dewan masih tertunggu-tunggu lagi
 Internet.Manfaat atau mudarat?,Tajuk pidato saya pada harini.

Hadirin yang dihormati Allah sekalian,

Seperti mana yang kita ketahui,
Internet merupakan satu penemuan teknologi yang mula mendapat tempat dalam kalangan manusia kini. Malahan,  penggunaan internet sudah dianggap sebagai satu perkara lumrah dalam  kehidupan kita , sehingga mereka yang tidak tahu menggunakan internet dianggap sudah kuno,ataupun  ketinggalan zaman.

Namun begitu, persoalannya, adakah internet ini menyumbangkan lebih banyak manfaat atau lebih menjurus kepada kemudaratan dalam kehidupan kita? Naah,oleh sebab itulah berdirinya saya pada hari ini adalah untuk mengupas dan mengulas antara kebaikan dan keburukan Internet ini kepada masyarakat sejagat.

Saya mulakan dengan kebaikan internet dahulu ya? Sepertimana yang kita ketahui..
Kehadiran internet ini adalah satu anugerah istimewa kepada dunia pendidikan.Tugas pendidikan menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan adanya teknologi Internet ini. Berbekalkan sebuah komputer riba,serta tanpa perlu ke kelas ataupun berhadapan dengan guru, seorang itu boleh mendalami ilmu pengetahuan yang pelbagai melalui penggunaan internet. Selain itu, pelajar juga tidak perlu bersusah payah untuk ke perpustakaan serta meminjam buku yang tebal2 untuk dibuat rujukan.Hal ini disebabkan, dengan hanya dengan satu klik,pelbagai jenis nota boleh dimuat turun dengan mudahnya melalui penggunaan internet ini. Selain itu,melalui jaringan social yang disediakan di Internet seperti Facebook,Myspace dan sebgainya,pelajar2 boleh bertukar-tukar pendapat mengenai pelajaran mereka dengan pelajar-pelajar yang bukan sekadar di dalam negara malah di luar negara. Sangat bagus bukan penggunaan internet ini dalam bidang pendidikan? 
Ya....Tak tumbuh tak melata,tak sungguh saya tak kata.  

Hadirin yang budiman,
Di samping itu, kemajuan internet juga meningkatkan kualiti dan produktiviti keluaran industri kita. Perkembangan internet secara langsung atau tidak langsung telah membantu meningkatkan produktiviti manusia. Mana tidaknya, melalui Internet,  segala kerja dapat dijalankan dengan cepat, tepat  dan berkesan.. Tanpa internet,sudah tentunya , kita akan mengalami kesukaran untuk bersaing di pasaran antarabangsa. Produk kita akan dilabel sebagai produk yang tidak berkualiti serta  ketinggalan zaman. Namun begitu, Mujurlah, awal2 lagik kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif untuk memberi tumpuan kepada pembangunan Internet ini. Malah ketika melawat MSC, Bill Gates (MicrosoftCorporation), insan terkaya di dunia, memuji Malaysia sebagai negara yang paling serius dalam membangunkan pusat multi medianya. Beliau menambah, di luar Amerika Syarikat pembangunan seumpama ini (seperti di Malaysia) sukar didapati. Jadi terbukti bahawa pembangunan multi media membolehkan Malaysia “berdiri sama tinggi, dan duduk sama kompetitif” dengan negara-negara maju yang lain. 
 
Hadirin yang di hormati,
Selain itu, dari segi ekonomi, urusan perniagaan dapat dijalankan dengan efektif dan efisien dengan adanya kemudahan internet ini.  Peniaga tidak perlu lagi pergi dari rumah ke rumah untuk menjual produk2 mereka.HANYA satu Klik,sesuatu produk itu dapat diiklankan bukan sekadar di dalam Negara malah di selurh Dunia. Hal ini telah membuktikan bahawa nternet ini membawa kesan positif dari aspek perniagaan. 

Hadirin sekalian,
Tuah Dr Rozmi kerana Jusmate
Tuah peniaga kita kerana Internet,

Hadirin sekalian,
Walau bagaimanapun, Internet ini sebenarnya tidak bebas daripada implikas negatifnya. Internet hari ini lebih menjurus kepada aspek-aspek yang negatif. Malah di Malaysia sendiri, ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan kemudahan internet untuk menyebarkan khabar-khabar angin. Saya yakin kita masih ingat khabar angin bahawa akan berlaku rusuhan kaum pada 13 Mei, 1999 di Chow Kit,   Kuala Lumpur yang disebarkan melalui internet. Selain itu, kempen memburuk-burukkan pemimpin kerajaan dan kerajaan sendiri memang terus-menerus berlaku. Inilah aspek negative serta kemudaratan  internet yang sukar dibendung oleh sesiapa.


Selain itu, Internet juga menjadi wahana penyebaran unsur-unsur lucah terutamanya dalam kalangan generasi muda. Jika kita lihat, iklan2 yang mengandungi, gambar dan bahan pornografi telah terlebih dahulu mendominasi kebanyakan daripada ruang maya dalam internet. Selain itu, terdapat juga sindeket pelacuran yang mengiklankan perkhidmatan mereka melalui internet.  Hal ini akan menggalakkan berlakunya maksiat serta gejala social seperti rogol,zina,sumbang mahram serta lari dari rumah.Perkara ini seterusnya akan meningkatkan gejala buang bayi dan sebagainya. Hal ini merupakan antara keburukan Internet yang sudah semakin teruk ancamannya terhadap masyarakat khusunya remaja.

Hadirin yang dikasihi
Selain itu, jika pengunaan interenet ini tidak dikawal dengan segera, hal ini bakal mewujudkan implikasi yang lebih buruk kepada sesebuah negara. Dalam konteks Malaysia, sebarang isu perkauman dan
agama yang disebarkan dengan niat yang jahat pasti mempengaruhi rakyat untuk bertindak di luar batasan kemanusiaan. Semua ini boleh membawa kemudaratan kepada negara kita sendiri. Anasir-anasir yang jahat boleh menyalurkan isu-isu sensitif tentang hak dan kepercayaan masyarakat pelbagai kaum bagi menwujudkan huru-hara di dalam negara.Sekiranya kerajaan tidak mengawasi pergerakan golongan yang berniat jahat ini, keadaan anarki mungkin terpaksa dihadapi oleh negara dan rakyat kita. Oleh itu, kesan negatif penggunaan interent yang boleh mengheret rakyat ke kancah perang sivil dan kaum wajiblah dielakkan.

Warga dewan yang dihormati Allah sekalian
Jelaslah bahawa Internet membawa pelbagai kebaikan, namun pada masa yang sama memberi laluan kepada aneka keburukan yang mampu melanda negara kita. Menjadi tugas kitalah bagi mengambil yang jernih dan membuangkan yang keruh.

Sekian,
 Kalau tuan  pergi ke barat,
Jangan diikut hasutan syaitan,
Internet manfaat atau mudarat
Tepuk dada tanyala iman

Saturday, March 19, 2011

Daddy!!!!!!! Happy birthday!!!!!!!!!!!!


~Allah selamatkan kamu~ 
~Allah selamatkan kamu~
 ~Allah selamatkan abah saya,Othman~
 Allah selamatkan kamu!!!!!

Yeay!!!!!! hehehe...kita pakai lagu lama sketla kan kalau nak nyanyi kat abah ni sebabnya..dia ikut orangla jugak...Err,sesuaila lagu ni untuk yang dah pencen..Kalau muda cam I ni,baru leh pakai lagu Happy Birthday..Kahakhakhakah..Gurau2..ada lakkan..

Senanqnya kalau ikut waktu Islam,abah saya punya besday dah masuk...Tapi kalau ikut omputih,esokla besdaynya....Apa2pun hari2 ialah hari lahir abah bagik saya..

 Banyaknya benda yang saya nak cerita pasai abah saya ni..Tapi saya taktahu nak mula dari mana...

Cerita abah saya 
 Sewaktu saya kecil...Kehidupan keluarga saya agak  susah ,jadik untuk menjimatkan duit, abah  terpaksa berulang alik setiap hari dari Perlis ke Kedah untuk mengajar menggunakan motosikal..Suatu hari, semasa di rumah,saya dikejutkan bahawa abah saya telah terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke tempat kerja...Kami sekeluarga bergegas di hospital..Semasa di wad,saya dan adik bradik yang lain hanya memandang abah di hujung katil..

Abah melihat saya sambil tersenyum.."Nak duit ka?"
 Soalan abah itu membuatkan saya menangis..Ada plak tanya pasal nak duit waktu2 ni...Memangla saya suka minta duit kat abah saya,tapi time2 ni jgnla tanya..huhu..Adik beradik yang lain pun menangis melihat keadaan abah ketika itu...Ketika berada dalam wad,barulah saya diberitahu yang satu jari kaki abah saya terputus ketika kemalangan itu dan jari itu tak boleh disambung lagi.....Walaupun umur saya tersangat kecil ketika itu 
(dalam 5-6 tahun) tapi mendengarkan berita itu,saya merasa terlalu sedih yang amat sangat..Ya,abah sanggup berkorban apa sahaja walupun nyawanya semata2 mahu mencari rezeki kepada kami..

 Peristiwa itu menyebabkan saya bertambah sayangkan abah saya...Walaupun abah saya hanya pulang lewat dari Pasar Malam,saya pasti akan merasa risau yang amat sangat..Abah,saya sangat sayangkan abah..Abahla antara satu2nya lelaki yang bisa membuatkan aku menangis walau hanya dengan beberapa perkataan..

Jika ditakdirkan saya meninggal terlebih dahulu dari abah,Insya Allah,akan saya minta pada Allah agar memberikan abah yang sama seperti yang Allah kurniakan saya di dunia sekarang ini..sebab..

"Di dunia saya anak abah,di syurga saya tetap anak abah"

Selamat hari Lahir abah...Semoga dipanjangkan unurmu,dimurahkan rezeki,serta dipelihara oleh Allah...Amin...

Friday, March 18, 2011

~Terakhir kali bersama Kak Wulan~

Pagini...ialah pagi terakhir kat Wulan di rumah aku...Tepat pada  pukul 9 pagi ini,beliau akan berangkat ke tanah kelahirannya di Indonesia..Sekarang ini,aku kira,keluargaku pasti berada di kawasan Gurun kerana sekurang-kurangnya dalam pukul 8 pagi ini, mereka perlu tiba di Lapangan Terbang Bayan Lepas,Penang...

Sekarang ini, saat ini, dan waktu ini...aku tersangat pasti yang Tok aku sedang bersedih dan mungkin menangis...Selama 2 tahun Kak Wulan berkhidmat dengan ahli keluargaku, menjaga makan dan minum serta keperluan nenek aku..Bahkan, Mak dan Abah aku telah lama mengganggap Kak Wulan sebagai anak mereka sendirik dan bukannya pekerja...

aku pasti kangan sama masakan kamu Kak...huhu..Pakcik bilang,kau sudah pandai masak sayur..aku bilang,kau pandai masak semua!!huhu
Kak..siapa lagik mahu nolongin aku perah santannya....wuuuu



 Kak Wulan di tempat kenduri..

Kak Wulan seorang yang sangat baik dan sangat rajin bekerja..Sesiapa sahaja yang mengenalinya pasti akan tertarik dengan sifatnya yang merendah diri serta amanah terhadap kerja-kerja yang diberikan...Sedihnya aku kak mahu berpisah sama kamu...huhu


Minggu lepas, malam terakhir Kak Wulan datang ke UIA bersama keluargaku untuk mengucapkan selamat tinggal....


 Aku doakan cita-citamu untuk meneruskan pengajian di Universitas di tempat kamu berjaya Kak..Insya Allah..

"Kak, Kak lihatla aku begini buat terakhir kali kak.........Nanti bila kak lihat aku sekali lagi,aku udah kurus Kak,udah tidak gemuk sperti ini...," tutur aku terakhir kalinya kepada Kak Wulan sebelum dia meninggalkan aku...

 "Kamu janji ya Nurun,janji kuruskan badan kamu..next time aku mahu lihat kamu udah kurus",

 Aku hampir menangis sambil memakai helmet...........Ketika itu....kami sudah tidak lagi bertentang mata.........Terakhir kali aku bersama Kak Wulan, terakhir kali itu juga aku memeluknya...Selamat tinggal Kak Wulan..Selamat tinggal..

~KEEP ON WALKING~

Thursday, March 17, 2011

pengumuman

this blog is still under reconstruction..tuan dia telah gatal2 tangan mengubah sana dan sini sehinggga jadik caca marba seperti tikus membaiki labu..........huhu

MHI mai UIA

hehe...Harini,MHI datang UIA wat siaran langsung....Ada Wardina,Nurul Syuhada ngan Abby Fana..Pagik2 dah dapat msj dari Naza...masuk msj kedua lak dari Fida" Jane,ang tak masuk tv ka" kahkahkahkah...sat na,aku nak pi la ni...lupa lak kata bleh masuk tv..Ritu masa pi majlis Tilawah Quran kat PWTC, depa tak bagik babaikat kamera..Depa suh wat muka khusyuk..Hok ni boleh kut no..Satg aku babai2..ampa babai la balik naaa...kahkahkahkah..LIVE LIFE TO THE FULLEST!!!!!Mak tgk anak mak nak babai ni!!!!!!!!!

Wednesday, March 16, 2011

sekali lagik...yang saya suka..


Makin kerap saya lalu di sebelah lebuhraya UPM ni...makin teruja dalam hati saya nak tengok pokok kesayangan saya ni...Sesaatpun, pandangan saya tak pernah terlepas untuk memandang ke arah sebatang pohon yang berada padang ragut UPM ni...

Dah besar dah pokok nikan,xtahula berapa umurnya.....Masa ayah saya belajar di sini..saya tak pernah perasan akan kewujudan pokok ni..Mungkin masa tu,pokok ni masih kecil atau mungkin sy yang memang tak nampak dia...Agak2nya...kalau saya dah tua dan ada cucu nanti,pokok ni masih wujud lagi ke ha?

Saya nk bgtahu kat cucu2 sy yang saya....sangat2 suka kat pokok ni....Sebabnya pokok ni bolah buat saya gembira hanya dengan memandangnya.......walaupun hanya dari jauh..

thanks to google..

....

Tertekan...Why so sudden????
 

Tuesday, March 15, 2011

~Li annahu...Kun Faya kun..Together with Japan~

Japan is our neighbour..Although it is located too far from us, but Japan is still  our neighbour..Our neighbour on earth..

In Islam, it is our responsibility to take care our neighbour as well as give and serve their right  even though they are non Muslims..Therefore, as  a human,and also a Muslim, it is my amanah to urge all of you to help our neighbour,JAPAN in terms of many ways like donating your money,shelter,medicine and so on...Remember friends, right now, they really2 need us..

Give your support and pray for their safety.
Be with them NOW!

~Let's pray for Japan~





~HOLD MY HAND~

Monday, March 14, 2011

First presentation

Harini ialah hari pertama aku akan wat presentation selepas umur aku 22 tahun...Insya Allah,aku akan cuba yang terbaik dan buat dengan penuh semangat...

To Munira,Farah Diba dan Aini....Don't worry,this time,you can really2 count on me and Tasnee...;-)


reborn to be a new person everyday
Ths morning, "Happy birthday" to me..again...;-B

thanks for the nice entry

Bila sahabat saya menyuruh saya membaca entry mengenai saya yg dibuatnya baru2 ini......Saya agak terkejut,terpinga-pinga dan berdebar-debar untuk membaca isi kandungan entry tersebut........

Tetapi..tatkala saya membaca kata2 beliau dalam entri tersebut...Hati saya sangat2 tersentuh...Rasa benar2 dihargai oleh sahabat saya ni...Sepanjang saya bersahabat dengan sesiapun,saya tidak mengharapkan apa2 balasan daripada mereka baik yang buruk atau yang baik..Cuma saya selalu mengharapkan yang persahabatan itu tidak akan putus kerana tiada istilah "bekas sahabat" dalam hidup saya..

Namun saya akui..kadang kala,saya mudah dipengaruhi emosi..Banyak yang terluka kerana saya...Sy , minta maaf..

Ya..Kadang-kala reaksi saya,reaksi kita terhadap sesuatu perkara berkaitan dengan persahabatan ini amat bercanggah dengan apa yang kita mahu...Kan... 

Apa-apa pun..Thanks for the nice entry syar .This is the first time for me..where someone has dedicate her entry totally for me...........sob sob sob.....At least this is for me.. kan?kan?



Friday, March 11, 2011

Hepi Besday kat aku!!! hehe




Hepi besday to me...
Hepi besday to me....
Hepi besday to Nurul Jannah Hj Othman bin Hj Karrim bin Idris...
 Hepi besday to me.........
  

Yeay!!!!!!!!!! hehee....Alhamdulillah........seronoknyer!!!!!! Harini besday aku tau...yang ke 22...mudakan aku...hehee....(patutnya kata dah tuakan aku)...Wutevala kan...Yang penting Today is my day...Mak cakap aku lahir pagik........dalam pukul 9.22 pagik......;-)..Maka lahirla Jannah yang cun itu.......kehkehkeh..

Eh...Jannah katmana sekarang ni ya???sekarang ada di mana???????Jannah di mana?? Jannah di Perlis!!!!!!!!!! Sempoi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! kahkahkahkahkah...

Subuh2 kemarin aku dah terpacak dah kat stesen bas Kuala Perlis.......Almklumla...kemarin ni...ayah aku pencen........Dia kol aku suh balik sebabnya maktab dia wat event sempena pencen dia.....so, dia suhla aku pi tgk....sedihla plak kan kalau aku tak balik..huhu...jadik,malam tu beli tiket,malam tu jugak aku balik.....

Nanti aku bubuh gambaq kat maktab dia na....laaa ni aku nak bercerita pasai besday aku plak!!!! hehe

 Tima kasih tau kawan2 yang sudi wish aku...serta peminat2 di facebook yang tak jemu2 menyokong karier   ( tetiba)hehe...  Bajet artis huliwud..Alhamdulillah...adala nk dekat 60 orang tadik wish...Rasa terharu..wuuuwuuuuu...

TAPI!!!!!!!!!!!!!! 

Ada tapi la plakkan.. Taun ni tak dapat hadiah pun!!!!!!!! Ni yang aku nak mengamuk ni...huhu....sedih tau!!!Mujuq aku dapat banyak hadiah cabutan bertuah minggu lepas...jadik takla rasa sangat...huhuhu..yalah,nk harap orang kasik,huh! Baik aku cari senirik hadiah untuk diri aku...kahkahkahkah..Bapak aku cakap dia nak bagik kamera...Tapi dia cakap jelah...Aku ni tak mengharapkan sangat KATA-KATA MANIS ni..ada,aku amik..tak dak..aku tak kesah..(Eh,aku ke yang cakap camni?wah! Dah matang) hehehe...takpa...nanti orang ada duit, orang beli senirik,huhu...(Ayat pasrah)..
  
 Apa2pun...Thanks kat mak sebab penat2 simpan den dalam perut selama 9 bulan 9 hari...Nak kluarkan pun susah...kepala saja dah 2,3 kilo kan mak??maklumla....den ni dari dalam perut lagik dh duk wat add math...tu yang besar sket kepala tu....kahkahkahkah(Gurau2) mak tenkiu tau mak lahirkan ceq....Orang hepi bila kuaq2 tu dapat mak cam mak...Tenkiu eh Mak!!!!!
  

 Abahku cayang.......tenkiu,jaga ceq.........Selamat bersara;-)...Dah pencen ni....jangan merayau-rayau..gi la motong getah plak...!!!!!!  Jangan potong elaun kami n jangan kawin lain tau abah...nanti mak jadik Rikishi kang sapa yg susah??? Kami jugak!!!!!!!!! hehe...Gurau2..

Ni aku nak g makan...lapaqla plak dah...............Selamat Hari Lahir ya Jannah....Celcom cakap,awak boleh berbual dengan percuma selama seminggu!!!!!!!!!!!!! yeay!!!!!!!!!!!!! babai!!!!!!!!

Psst: Aku nak merajuk dengan Nurul  Khadijah binti Muhammad selama 5 saat  sebab  dia tak wish Besday kat aku...huh!


 Upps...gambaq kek sapa ek tu....KLIK untuk usha kek2 itu.......hahaha

Wednesday, March 9, 2011

Alhamdulillah...finally setelah berhempas pulas...


Alhamdulillah...setelah berbulan2 aku berhempas pulas mengemas rumah,mencari barang2 yang hilang serta menyususn brang2 di rumah ini...akhirnya aku berjaya jugak mengemas rumah aku ni dengan jayanya...Bukan satu,tapi dua rumah...kehkehkeh...Terima kasih kepada DREAM DAY FIRST HOME game...habeh gak engkau ek,huhu...terharu makk !!!!!! hahaha

Ni tanda game dah habeh r nih..sebab tu dia kata tenkiu kat aku..aku pun jawab..."sama2,xdak apa aih"...hihi

eh2!!! tertulis chantek plak dah...hehe
Ni rumah aku...tgk,cantikkan..kiut ja!!!!penat oo aku kemas..

Ni ruang meja makan.....

Ruang tamu derrr!!!!!

Bilik tidoq yang sempat dikemas......wah,macam real plak aku ckap ni...hehe


Ni omputih panggil ruang apa ha?

Ok...aku duk kat tempat 7 antara players depa...bolehla nokk..

kelik kalau anda rabun..
Sapa tak nampak yang ni...tanda dia nak.....haha
Ni rumah kedua yg aku kemas...huhu

 
 cantik!
Kata2 yang menarik...klik di gambaq untuk tumbesaran..
Meh aku bacakan..."Home is where one starts from".
"Where we love is home.Home that our feet may leave, but not our heart"



There is nothing like staying at home for real comfort...yea..you right Jane...



Ok malas nk cerita...game ni sangat bagus untuk sapa2 yang nak belajaq BI...Sebabnya dia menguji banyak vocab english kita...so,dapatkannya di cawangan yang berhampiran.......wakakaka..

Syanggaru

Syarnissa...aku rinduuu kat awak..awak orang kedua yang aku nk dedikasikan filem animasi "UP" ni selepas abah aku...awak tgkla cerita tu yer....sedih woo..huhu

 

Sunday, March 6, 2011

Kenapa saya pilih Taekwondo?


ok...sekarang ni....budak2 UIA batch aku tengah duk pikiaq nak add subjek skill apa untuk belajaq long sem ni...Banyak sangat kursus yg ditawarkan sampai student2 pun pening nak pilih yang mana..Antara kursus2 yang ditawarkan di UIA ni ialah:

  • memasak,
  • menjahit,
  • memanah,
  • belajaq main alat muzik,
  • blajaq automotif,(pasal kereta2), 
  • belajar handle game badminton,
  • bola sepak
  • Tenis
  • bola jaring
  • first aid
  • Berenang
  • Gamelan
  • Khat
  • Karate 
  • Taekwondo
  • Pengurusan acara
  • Debat
Dalam banyak2 kursus yang ditawarkan nikan....taktaula pasaipa,aku cukup berkenan ngan Taekwondo ni...Bukan apa,banyakla  sebabnya aku pilih martial art ni berbanding ngan masak,menjahit ataupun sekufu dengannya..Kalau kawan2 aku yg gegel tu kebanyakkannya nak pilih masak n jahit....aku lak lebih minat nak join menda ni...Meh aku gtau sebabnya...hehehe

Bekalan di sekolah nanti

Nantikan,nantilah Insya Allah.. aku akan jadik seorang cikgu@teacher Jannah, dah2 tu, sekarang ni kalau kita tengok,tugas menjadik cikgu agak merbahaya senaqnya..Mengalahkan askar,bukan setakat kena mengajaq ataupun marking paper..tapi kenala pandai handle budak2 jugak...

Ca bayangkan kalau ada budak2 sekolah aku tengah bergadoh sampai darah2, pastu takdak sapa yang nak leraikan..Tiba2, bila aku nampak, aku pun datangla...of cozla bila aku datang, aku yang kena leraikan kan...Then aku pun pergila lagik dekat......"Hoi,buat apa tu?"" aku jerit r...(ntah2 aku pun semunyik blakang pokok)..
Diorang pun akan cakap.." Cikgu jangan masuk campur,ini hal kami!!!"jerit budak2 tu..

Amboi kau...tym nak markah banyak menyendeng-nyendeng kat aku...Tym2 ni wat jangan masuk campur lak.

"Knapa awak pukul budak tu??" aku pun tanya r...

"Biasa r cikgu,dia junior, kena r kalau kuanghajar ngan kami " tipikal dialog budak2 belengas tu..

"Baik kamu lepaskan dia...sebelum saya report kat guru disiplin",aku ugut..

"Alah. tue jaka yang mampu cikgu buat?nak report,report r,..bahahahahahaaha.."gelak dorang sambil meneruskan kerja memukul budak tadi

"Cikgu jangan masuk campur...kalau tak,ngan cikgu2 sekali kami belasah",sorang lagik budak mencelah sambil mengangkat meja nak hempuk budak tu....

"Lepaskan dia...sekali lagik ya cikgu cakap,lepaskan dia...ni cikgu pakai mulut, 2 kali plak ni cikgu akan cakap pakai kaki",wah...bergaya kot aku tym tu....hehe

"Kahkahkahkah,teacher Jannah ugut nak pukul kita tu.....pompuan kot....boooooooo!!!!",ujar ketua samsung ni dengan samsengnya...

Bila depa tak dengaq...tym tulah....aku.............muehehehehehe..Bagik rasa sekali..sedap gak..

 Hiyah2!!!!!!! Jadik Ryu dalam Street Fighter lak kan...aku tym tu...

 Aku tak terajang banyak...sket ja...kasik cium kaki aku ja...kahkahkahkah...padan muka kau!!!

Budak2 muda camni...kena ajar sket...Melampau dh pelajar2 sekarang...cikgu tak hormat,gejala sosial meningkat, blajaq dahla malas, kerja datang sekolah nak tunjuk lagak ja...sekali sekala,kena ada sorang guru yang tak lembik kasik tunjuk ajaq sketkan..

eh,jahat la plak aku nikan..Tapi kalau dah dia pukul budak tu separuh nak mati,dengan rasa tak bersalahnya....Daripada biar ja dia bermaharajalela...baik aku ajar dia camni..Ok dak niat aku,...ka tak ok?

 Mengelakkan daripada dirompak dan dirogol.

Orait...Yang ni ni..patut jadik sebab utama senanqnyakan...kenapa aku dan wanita2 len patut belajaq martial art............Pompuan zaman sekarang ni...pi mana2 bahaya....kat umah senirik pun bahaya....Aku pernah dengaq cerita pasai sepasang suami isteri ni...Nak dijadikan cerita...satu hari depa kena rompak...pastu,si isteri ni dirogol depan mata suami dia dek kerana suami dia kena ikat n takleh nak berlawan...Jadik,pompuan ni plak cam agak lemah...Yea,mana nak laghat nak lawan,pastu takdak teknik apa2 lak tu nak defend balik..So, based on that lesson, i can conclude, as a woman...mempertahankan maruah diri itu sangat2la penting...Maruah tu sangat bernilaikan...Harga maruah kita takleh nak beli kat Mid Valley ataupun The Curve..Yang tak patut sentuh,jangan biaq dia sentuh..Pertahankanla maruah walaupun anda akan mati kerananya...Jadik,salah satu alternatif untuk memelihara maruah diri ialah dengan belajar seni mempertahan diri...Insya Allah...pi mana2 kurangla rasa bimbang tu...

 JADIK, JOM KAWAN-KAWAN SEMUA....LET'S LEARN MARTIAL ART!!!!!!!!!