Harini aku bangun dengan perasaan yg bercampur-baur…Takut aku bila mengenangkan mimpi buruk yg aku alami semalam…Mimpi yg aku kehilangan tok sedara aku..Baru semalam sebenarnya mak aku bgtaw yg tok sedara yg aku panggil toksu ni sedang tenat di Hospital Kangar…Sedang termenung seketika di katil aku dikejutkan dengan panggilan telefon oleh kakak sulungku dari Sarawak…Kakak aku mengejut aku supaya bersahur..Sememangnya kakak aku ni tahu yg aku ni agak lemah dalam bangun sahur ni..huhu..Jadik sepanjang Ramadhan ni kak effala yg menjadik alarm aku pagi2…Agak ceria aku mendengar suaranya sambil menyuruh anaknya yg masih baby tu bercakap dan menggerakkan aku…hehe…Ntah apa yg dibebelkan oleh anak buah aku,aku pun tak paham..
Lepas selesai berbual ngan kakakku dlm telefon,aku memeriksa msj2 yg ada..Sedang membaca msj2 yg tersebut,aku terbaca satu msj yg mengatakan yg tok sedara aku sudah kembali ke Rahmatullah…Msj tersebut aku terima dalam pukul 3.30 pagi oleh kakakku itu…Agak terkejut aku membaca msj tersebut..Terasa mimpi aku semlam ada petunjuknya.. Mulanya aku biasa ja sehinggakan aku tidak sedar bila yg aku mula menangis...
Tok su adalah adik kepada nenekku merangkap ibu saudara kepada mak aku…Sememangnya arwah adalah individu yg paling rapat dengan ibuku selepas nenek aku...Agak berlainan perwatakkan ibuku apabila bertemu dengan arwah.. Arwah yg dipanggil CU oleh ibuku itu merupakan tempat mengadu ibuku berbanding nenekku kerana nenekku agak serius orangnya..Dan ibuku jugak dianggap kakak dan emak kepada anak2 Toksu aku..
Tok su aku jugak merupakan jiran yg tinggal bersebelahan dengan rumah aku…Kadang2 bila aku balik bercuti dari UIA,aku akan singgah untuk lepak2 dan berbual-bual dengannya…Sememangnya arwah adalah orang yg tak pernah lokek dengan senyuman..Tangannya sentiasa mengusap-usap dan memegang tgn aku sambil tersenyum apabila bercakap dengan aku…Tak pernah aku pulang dengan tangan kosong setiap kali aku berkunjung ke rumahnya…
Arwah jugak seorang yg sangat pemurah dan baik hati..Dan amat menitikkan agama dalam mendidik anak-anaknya…Tak hairanla banyak anak2nya menjadik tahfiz al-quran dan arwah jugakla yg menubuhkan Pusat Tahfiz Al-Quran disebelah rumahku…Terasa tempias keharuman taman tahfiz tu turut dirasai rumahku…Terima kasih toksu..Terima kasih…
Pemergiannya di bulan Ramadhan ini meninggalkan kesan yg mendalam dlm keluarga kami….Terutama nenek dan ibuku…Aku pasti nenek aku sangat merasainya walaupun dia tak menunjukkan perasaannya..Sekarang ni hanya tinggal mereka berdua..Tok aku dan adiknya yg las…Tok su Munah..Yg aku sedari,dia sedang menghitung-hitung hari..Siapa pula kali ini yg bakal pergi dahulu....Hanya Allah yg tahu…-ALFATIHAH..
No comments:
Post a Comment