Thursday, December 31, 2009
Bye2....
Tuesday, December 29, 2009
Aku dulu...Aku sekarang..
*Suka main dalam longkang n cari ikan karin dengan budak2 laki
*Pernah ada kak angkat yg ramai...Tapi xsampai shari depa jadik kak angkat aku,aku kata..Stop!Jangan ganggu aku.. aku wat tak layan sebab aku geli!
*Suka main atas rail ketapi tym aku kat Bagan,Penang
*Aku suka bela ayam daging...Aku bela sampaila depa besaq..
*Aku ada rumah pokok..Aku salu tidoq atas pokok,bapak aku wat..Sampaila bila kerengga datang menjajah kawasan aku..trus aku tak duk situ dah...Sedih...
Malu aku nyah,pastu..
Esok tu,trus aku tukaq baca Al-Quran..kahkahkahkah..
*Pemain drum and Tublock kat skolah...Jangan main2 ngan aku..Aku main sampai pecah stick2 tu...kahkahkah.."Ewa2,ewa bule...ewa bule teraju tigo"hehe
*Pernah terbakaqkan kening aku ngan bunga api buatan senirik..
*Pernah rambut aku kena spray ngan ridsect sebab banyak kutu..Adik aku r,dia pi kutip natang kutu kat Tadika dia,aku lak kena!huh!
*Johan ptandingan bercerita zon utara..Aku cerita pasai "Batu blah,blahla Engkau"hehe..Aku kalah kat pringkat negeri sebab aku wat cerita batu belah senirik..
*Aku.. kaki bangku,kaki meja,kaki kerusi..Aku tak pandai main apa2 olahraga melainkan lompat tinggi..Itupun lalu kut bawah ja..Janji aku landing atas tilam dia..Masa aku mula2 men bola tampar,aku kena ganti orang..Baru ja aku nak serve ,coach tu dah ka,"Ok,next..Ganti orang len..(kuanghajau) Nampak sgt aku ni TERLALU "PANDAI" MAIN
Cukup r........Aku dh insaf sekarang..Kepada yg pernah aku terlempang,terterajang and ter...and ter...Maafkan aku ya..Aku nak jadik budak baik..Sob sob sob sob..
Thursday, December 24, 2009
Hujan...
Monday, December 14, 2009
aku..sedih
Sunday, December 13, 2009
Aku sakit gigi.....
Thursday, December 10, 2009
Akukah yg melalui peristiwa itu...
Masih terbayang2 saat2 aku diusung ke bilik pembedahan kemarin..Perkara2 yg tak pernah aku bayangkan dalam kamus hidupku..Aku sangat takut…Takut berseorangan disitu…Para jururawat dan pembantu doctor menyuruh aku menanggalkan pakaian untuk persediaan pembedahan..Malu..,aku terlalu malu kerana terasa hijabku ditarik satu persatu…Namun,itulah harga untuk aku bayar sebagai cara untuk menyembuhkan penyakit yg aku hadapi selama ini…
Terang Dr.Mohammad pada tengahari itu ,”ok,petang ni kamu boleh masuk wad..Kita akan cuba buat pembedahan secepat mungkin…Sebab kalau dh lebih dari pkul 5,maknanya kamu kena stay sini la semalam..Sat lagi kamu bleh pi ikut nurse tula untuk register ya”,ujar Dr.Mohammad,satu2nya Pakar Bedah berbangsa Melayu di Kedah Medical Centre(KMC) kepada aku..
Aku akur sahaja dengan penerangan doctor tersebut..Operation ini memang sudah lama digesa oleh ibu-bapaku…Cuma aku sahaja yg tidak mahu kerana aku masih menunggu prosedeur dari Hospital kerajaan yg ternyata mengenakan bayaran yg lebih murah berbanding hospital Swasta..Aku terlalu risau yg aku akan membebankan ibu dan ayahku sekiranya aku dibedah di Hospital Swasta..
“Takpa ceq…Dwit, mama abah boleh carik,tapi kesihatan ceq tu yg penting…Abah ngan mama ni duk risau kat Nurun..Nurun duk jauh daripada kami,”ujar ibu dan ayahku panjang lebar…Mungkin mereka sedar sebab kenapa aku salu mengelakkan untuk berubat di KMC..
Aku hanya diam membisu..Hanya diam..Cuma aku mengenakan syarat kepada ibu-bapaku yg sekiranya aku dibedah pada hari itu,aku mahu balik pada hari itu jugak..Aku tidak mahu langsung bermalam disitu kerana aku tahu semakin lama,bil pembiayaan perubatan aku akan meningkat..
Kemudian bapaku mnyuruh aku menunaikan solat zohor terlebih dahulu sebelum aku mendaftarkan diri.Di surau itu aku hanya mendiamkan diri..Saja mahu menunjukkan tanda protes kepada ibuku kerana aku benar2 tidak mahu melakukan pembedahan disitu..Tapi perkara itu berlangsung tidak lama sebab aku tak sampai hati..
Selesai menunaikan solat zuhur,aku trus ke bilik mengambil darah..Sakit jugak..Tapi aku tahan dan aku berlagak seolah-olah aku kebal di depan ibu dan ayahku sedangkan perkara sebaliknya berlaku..
“Ok,kat sini bilik awak,jap lagik makan ubat yg Dr Mohammad ni kasik,ni ada ubat tahan sakit dan ubat2 lainla,”kata salah seorang nurse sambil menunjukkan beberapa bijik ubat yg perlu aku habiskan..
“Satgi tukaq baju ni ya dik..buang suma2…Pakai baju ni saja..,”ujar seorang lagik nurse sambil memberikan aku “BUSANA” menarik…Taktaula rekaan dari pereka mana..Tak mungkin dari Bernard Chandran ataupun Jovian Mandagie..kerana rekaannya terlalu”WOW!!!” IN BRACKET(huhu)..
Nilah baju aku...jenama Paris lagik kowt..Bernard Chandran pun kalah seh..hehe..
Mak aku hanya ketawa melihat tingkah laku dan memek muka aku ketika memakai baju itu…Baju tiga suku dan separas beberapa inci dari lututku menyebabkan aku terasa seperti Pesakit dari Wad Bahagia,Tanjung Rambutan..
Namun dalam keadaan tersebut aku masih lagik memakai tudung..Menyerlahkan lagi kegilaan aku..hehe..
“Adik sekejap lagik kena tanggalkan suma ni ya..Sambil merujuk kepada seluar panjang dan tudung yg aku masih belum tanggalkan..
“Hah?Suma ni pun kena buang jugak ka?Pakai tak bolehka?”,ujar aku separuh menjerit
“Tak boleh dik,ni prosedeur..Adik kena tanggalkan suma,”tegas kak nurse tu..
“Ya Allah,ampunkan aku Ya Allah..Ampunkan aku,”ucap aku berkali-kali dalam hati sambil melihat kelibat orang yg berada sekitar bilik itu,takut jugak kalau ada orang laki..
Lepas selesai pakai blouse tu,aku trus cepat2 naik atas stretcher n suruh nurse selimutkan kaki aku..
“kak,tudung ni saya pakai dulu ya,”ujar aku kat kak nurse tu..
Segan ngat aih kena usung dalam keadaan free hair ni..Rugged2 aku pun,tudung aku takkan aku buang..
“Ok,tapi dalam Operation Room,kamu still kena tanggalkan,”jawab nurse tu bersahaja..
Sempat aku melambai2 kepada ibu-bapaku sebelum aku masuk ke dalam Operation Room..Ya Allah,selamatkan aku.. Wajah teman2 rapatku hadir bersilih ganti dengan ketakutan aku..Sengaja aku tidak memberitahu mereka kerana aku hanya mahu mereka melihat aku dlam keadaan sihat dan ceria bukan dalam keadaan yg begini..Namun segala2nya asing bagiku…Saat2 diusungkan ke dalam lif dan melihat kelibat2 ibu dan ayahku yg semakin hilang di pandanganku
Sebelum aku dimasukkan di bilik pembedahan ,aku diletakkan di ruangan yg sangat asing bagiku..Tiba2 datang seorang lelaki…Terasa bagai didatangi MUNGKAR dan NANGKIR
“Assalamualaikum Nurul Jannah,nama saya DR.AMINUDDIN,saya Doktor Bius kamu,sebelum tu saya nak tanya beberapa soalan and nk check skitla..,”terang doctor tu
Banyak soalan yg dia tanya,bukan skit..YG aku masih ingat,pkul bopa aku amik last meal,adakah aku ada alergik terhadap sebarang ubat dan penyakit2 lain yg berkaitan..
Selepas itu barula aku dimasukkan ke dalam bilik pembedahan…Disitu aku disoal pula dengan seorang pembantu doctor.
“Nurul Jannah Binti Othman,no I.c 8903……….,betul?Kamu tahu tak kamu sakit apa?
“Betul dan tahu,”jawab aku terketar2 sambil menyebut sakit aku tu..Aku rasa bagaikan berada di Tali GANTUNG.
“Ni ,pakai TAG nama ni ya n amik cap ni..”,UJAR nurse tu sambil menyuruh aku menanggalkan tudung dan menggantikannya dengan cap..Dihadapan aku terdapat bebrapa orang lelaki lagi yg membantu doctor tersebut…Ampunkan aku ya Allah..Ampunkan aku..
ni name tag aku...jenama Prada...hehe
Kemudian diletakkan disebuah bilik yg sangat cerah..Terang berderang dengan lampu bulat2 dalam mangkuk macam mangkuk Maggie Syarnissa..
”Nilah kut no namanya bilik pembedahan..Macam cerita House pun ada gak…hehe..,”bisik aku dalam hati..
Tiba2..Datang plak Doktor Aminudin tu sekali lagik..
“Ok,Nurul,sy nak bius kamu ni…sakit skitla ya..,”kata doctor tu sambil inject jarum dekat blakang tapak tgn aku..
Bius dimasukkan kat dalam natang ni...Sakit nak mamp#$..HUHU
Ketika itu,aku hanya termangu-mangu…Tiba2 aku nampak seorang nurse datang memasukkan sesuatu dalam mulut aku…Bekalan Oksigen mungkin…Aku semakin takut dan berdebar,Kalimah Syahadah sudah ku alunkan beberapa kali kerana aku takut..Terlalu takut akan sebarang kemungkinan dan komplikasi..Lampu2 itu terus menyilaukan aku dan..
Nama aku disebut beberapa kali,n aku masih lagi menyahut..Selepas itu.. aku sendiri tidak sedar apa yg berlaku seterusnya……………………………………..
“Nurul,Nurul jannah…,”terdengar suara seorang memanggil2 namaku lembut..
Aku cuba menangkap suara itu, dan cuba untuk menyahut sambil mataku masih lemah untuk dibukak..Seakan tidak percaya apa yg berlaku…Sekejapnya n aku memang tak sedarkan diri langsung..Banyak perkara bermain kat kpala otak aku..Hidup lagik ka aku..Mana aku ni?kat neraka ka syurga?Sapa yg panggil aku?Bidadara Syurga mana?huhu
“Dah Nurul Jannah ..pembedahan dah selesai..,”kata suara itu lagik….Yg pasti dia lelaki..
Dalam kesamaran,aku terpandang jam didinding dewan pembedahan menunjukkan pukul 4 petang..
“Blajar lagi ke dik,kat mana?”tanya lelaki itu…Aku dengar hanya samarr2..
Ya..Kat..Kat.. UIA..,”jawab aku perlahan dalam keadaan yg masih bingung2 dan separuh sedar..Aku benar2 letih dan tak laghat untuk menyahut panggilan lelaki itu..Tym2 ni jugak nak interbiu aku blajaq mana...Tadi takmau tanya..
Kemudian aku tertidur seketika sebelum aku sedar yg aku diusung semula ke bilik aku..
"Alhamdulillah,dh selamat..,"kata ibu dan bapa aku yg setia menunggu aku sambil tersenyum..
Aku yg masih terbaring pun turut tersenyum keletihan…Sambil tangan aku menyuakan untuk bersalam dengan ibu dan ayahku..
“Tima kasih mak,abah sebab buat suma ni,”ucap aku perlahan..Terasa mahu mengalirkan air mata tapi ditahan..Terlalu banyak pengorbanan mereka kepadaku selama ini..
Memandangkan aku adalah pesakit yg tak stay kat situ,so aku dibenarkan untuk berehat beberapa jam disitu..Namun satu pemandangan yg membuatkan aku tidak dapat tidur ialah apabila melihat ibu dan ayahku turut tertidur keletihan di kanan dan kiri ku…Aku merenung mereka seorang demi seorang bersilih-ganti..Setianya mereka pada aku..Kesian mak ayah aku..Dari pagi berkejaran menghantar aku ke hospital sampai tiada masa untuk berehat dan makan..Adakah aku mampu berbuat sedemikian pabila mereka tua nanti?
Pemandangan yg membuat aku termenung seketika..Abahku yg tak jemu2 menunggu aku..
Semoga Allah memelihara mereka seperti mana mereka memelihara aku..Amin..Tima kasih mak,tima kasih banyak2..
Abah yg keletihan..
Setia menunggu aku...Terima kasih mak..Terima kasih..
Pesaingku sudah tiba..
Cuma aku skrang sedang cuba untuk menerima kedatangan "pesaing" aku..Ya,dialah pesaing yg selama ni aku cuba elakkan..Luka hati aku pun masih belum sembuh lagik..Awat dia datang siniiiii?
Aku bukan berdendam,cuma aku jenis individu yg payah untuk lupa setiap benda buruk yg dihadiahkan org untuk aku..Aku tak suka hak aku dirampas,aku tak suka orang tiru cara aku dan aku paling2 tak suka bila aku dibandingkan..Dan aku paling benci Faker!!!!!!!!!!
Tapi,aku agak tenang sebenarnya bilamana aku mendapat msj darinya tentang kedatangannya ke mari..Mungkin kerana aku sudah punya sedikit kekuatan dan mungkin jugak aku sudah ada skit jiwa2 yg tenang..Mungkin satu sem yg lepas telah mengajar aku menjadi individu yg lebih positif..
Bagi aku,aku nak hidup dlm ketenangan..Aku tak suka dihimpit banyak konflik..Kedatangannya mngkin bukan seperti dlu.Tapi kebencian itu sukar untuk aku kikiskan..Mungkin kerana hati aku bergelumang dengan kekotoran tapi aku masih takdapat lupa..Aku masih takdapat lupa..Ya Allah,tabahkanla hati aku dalam berhadapan dengannya..Lembutkanla hati aku ...Ya Latiff,YaLatiff,Ya Latiff..
Thursday, December 3, 2009
Aku tringin nak....
*Hafaz Quran 30 juzuk before umoq aku 30 tahun
*Satukan tali persaudaraan saudara mara aku yg retak menanti belah terutama mereka2 yg salu membuatkan ibuku bersedih dan menangis..
*Kurus sebelum aku konvo
*Pakai braces gigi untuk bagi gigi aku tersusun elok macam Rozita Che Wan...hehe
*Wat Master n Phd kat oversea before 40
*Blajaq memasak lebih dari 50 resepi before aku kawen
*Beli henfon baru kat mak aku jenama Nokia sebab mak aku tak pandai guna Sony Ericson
*Jadik motivator sambil menjadik pensyarah di UIA
*Belajar pasal Fiqh Wanita.
..
*Belajaq bahasa Arab sampai pandai cakap ngan orang arab fluently
*Aku nak bela kambing2 aku dan bina satu empayar kambing yg terbesar di Malaysia
*Aku nak beli banyak tanah kat Penang,Selangor,Pahang,Sabah dan Sarawak...(Sarawak beli atas nama Aliff sebab dia penduduk bumiputera sana,Penang sebab aku takmau Cina duk situ banyak sangat,Selangor sebab Marketing strategy n Sarawak sebab aku nak bkak bussiness makanan Halal kat sana n Sabah sebab aku suka piknik kat sana terutama di Kundasang..
Insya Allah,aku akan cuba usahakan...Bantu aku Ya ALLAH..
Wednesday, December 2, 2009
DeAN list.....Thanks to everyone..;-)
*MAMA n ABAH...tenkiu for ur support and ur love to me..Without u...who i am..Tima kasih sebab sudi untuk bersama-sama menjadik tulang blakang ceq selama ni..Segala dwit dan juga masa yg dikorbankan kepada ceq takkan dapat ceq lupakan...Ceq tidak mahu berjanji,cuma ceq akan cuba sedaya upaya mengubah nasib kluarga kita ke aras yg lebih baik...ceq akan cuba menjadik yg terbaik..Insya Allah..
Adik bradikku-kak Effa,Abang Effie,Kak Nor,Abang Firdaus dan adik AqIlah..
adik beradikku
*Tima kasih suma abang2,kakak2 n adikku...Tanpa doa kalian,pasti aku pun tidak kuat untuk menjalani hari2 aku di UIA.. -Abang EFFIE,Kak EJA,Kak Effa n kak nOR..tima kasih sebab sanggup bersama n membiayai pengajian aku selama satu sem ni di UIA..terutama kak nor yg mengorbankan gaji2 bulanan dia untuk dimasukkan dalam akaun aku...tima kasih kak nor..Tima Kasih..Gambaq kak nor senantiasa aku letak dihadapan meja study aku kerana mahu menyedarkan diri aku yg aku hanya datang ke Uia dengan belas ehsan orang lain..Jadik dengan itu,aku cepat sedar diri dan teruskan blajar dengan lebih tekun lagi..Tenkiu kak..Lepas ni,aku akan cuba untuk mencari Biasiswa untuk menapung pengajian aku..Tima kasih.. Kawan2ku terutama Syarnissa.....
Seha,syarnissa,aku n fatin
Syarnissa sahabatku yg sangat luar biasa kekuatannya..Dialah IRON LADY dimataku..Tahniah SYAR dapat DEAN LIST.Result 4flet awak haritu telah bagi semangat untuk saya untuk berusaha bersungguh-sungguh exam kali ni..Saya harap impian awak untuk "ITU" tercapai....saya rasa awak paham maksud saya.....hehehehehehehe.. Dan juga rumate2ku,Aqida,Ella,Leha,Imah,Cik A,Jimah,dan lastly FIZA..
Rumate2 aku merangkap classmate aku......budak2 Tesl..thanks guyssss...
(duk men ujan lepas balik class)
aku,fiza n jimah
tERUTAMA fIZA...fIZA TENKIU banyak2.........sangat2 berterima kasih kat ko untuk segala-galanya...KO memang sahabat yg sangat baik sebab slalu kasik aku pinjam broadband percuma untuk wat assignment..Tahniah jugak kat ko sebab dapat Dean list,3.6+...Terer tu nyah!hehehehe...Tenkiu sebab sanggup redah ujan cari aku bila aku tengah sedih sebab bla2.. N SUMA ORANG...............................tima kasih!!!!!!!!!!!!!
Mencari buah oren yg sesuai........
Then buah oren ni baik untuk hilangkan pening2 dan loyer2 tekak....Loyer buruk pun boleh hilang gak...Caranya dengan mentenyehkan Kulit buah oren ni kat mulut sapa2 yg jenis loyer buruk tu..Nak berkesan lagik,cicah ngan cili padi..SAHIH lepas tu jadik Loyer Baru lak......kahkahkahakah..
Tapi haaa.....Bukan tu yg aku nak cerita..Aku nak tanya kat sini..Sapa taw camana nak pilih buah oren yg manis?sapa2?
Sapa taw aku bagik dwit!!!!hehehe.......Nampaknya saya sorang ja cikgu...Aku taw!
Cara2 nak pilih buah oren tu.......Mula2 ampa pi kat tempat juai buah,pastu ampa carikla tempat juai Oren..
Pastu,ampa tgk sekeliling buah tu....Kata orang alim2.....ampa "I'rab" dulu buah tu..
SELALUNYA BUAH OREN YG MANIS....DIA AKAN ADA MACAM...LUBANG YG BERTAMPUNG2 MACAM KAT GAMBAQ ATAS YG AKU TANGKAP TU..nampak tak dua buah dari kiri tu....Ha.....camtula.....Manis taw....petua ni mak aku ajaq iaitu Hajah Bderiah Wahab...tima kasih mak!!!!!!!
ok Booooooooooooooooooooooooooooiiiiiiii!
Kamera idaman.......
Silap2........kamera ni sangat sesuai untuk orang yg suka melakukan aktiviti scuba diving atau scoobidubidu.....Where r u,hii..macam aku......
Aku naaaaaaaaaak sangat beli kamera senirik.....asyik guna org punya ja...Reject shop!huh!Aku ada satu kamera ni,kak aku bagik...tapi takleh masuk ayaq..APA2PUN,aku nak jugak! Tapi aku nak survey dulu rega dia..Carik kat LOW YATT ka kan.......misti ada lagik yg lebey murahkan?
"Tokey sy nak kamera yaaaaaaaaang:"
*Boleh bawak masuk dalam ayaq ngan kat darat serta udara
*Tak mudah gegaq
*Tak berat dan membebankan aku
*BOLEH BLUTUT
*Tahan karat
*BOLEH ZOOM sampai nampak Paramesium dan amoeba dalam badan serta resdung kat muka.
*Paling canggih
*yang penting Paling MURAH,heheheheh
Ada dak ha?
psst:Aku sangat suka kumpul gadget......tapi aku takdak dwit........huhu
Tuesday, December 1, 2009
Siapa yg buat?
"kak nurun,kak nurun,ang tidoq dh ka?tanya adik aku...
"Ehm....nk tdoqla ni,awatnya?,"jwb aku malas2
"Kak Nurun,ang mai tidoq sebelah ceq sat.....Ni tadi ada "Benda" tindih ceq....Nak nafas pun susah"jawab adik aku dari luar pintu bilik aku..
Kebetulan adik aku baru saja pulang dari menghadiri sebuah kenduri di kelantan bersama kluargaku..
"Hah?sapa yg tindih ang.......Hai macam2......ha pila turun dulu",jawab aku sambil memikirkan sesuatu..
Ehm.....ni reja setanla ni.....
Tym nak masuk dlm bilik adik aku tu,aku baca2la skit doa2 yg aku ingat......
Terdengaq adik aku duk marah2kan sesuatu2 masa aku nak landing atas katil dia tu..
"Ha,hang kluaq2....ni kakak aku dh mai dh,kluaq,jangan kacau aku!"marah adik aku kat "benda" yg tindih dia tadi..
Besala tu.........aku pun heran awat yg kena tindih tu.. rasa maybe sebab banyak sangatkan anak2 patung......Malaikat pun payah nak masuk..
Esok tu..bibik aku pun cerita yg dia kena tindih before aqilah kena tu.....Bibik aku tidoq sebilik nagn adik aku..Aku dengaq jugak yg dia duk mengigau malam tadik..hurm......
"Amik Wuduk kak wulan before tidoq,"nasihat aku kat kak wulan.....
"uDAH NURUN,kak kan langsungan tidur lepas solat isyak tu....tapi beberapa kali kena jugak......Semasa kamu ke sabah tu,kak tido seorangkan.. kena lagi..........Susah mau nafas.....Rasa mau bangun tapi enggak bisa bukak mata,"JAWAB kak wulan bersungguh-sungguh.....
"Takpala.....camni..bacala quran dulu.....letak quran tepi katil tu....,"kata aku
Elok tadik aku bangun aku tgk.........Alquran tu ada sebelah katil kak wulan....tergelak aku sorang2......hihihi