Hanya Allah yg tahu betapa aku sangat gembira dengan kehadiran dirinya dalam keluarga aku....Walaupun dia bukanla anak kandung aku,tapi aku dapat merasakan darah aku turut mengalir bersama anak kecil ini...
Terima Kasih Ya Allah...Setelah engkau memberikan hujan kepadaku ketika aku sedang gembira dengan cahaya-MU..Kau hadiahkan kepadaku Pelangi yg sangat indah..Masih kuingat ptg itu aku mendapat msj daripada abahku yg mengatakan kakakku sedang dalam operation room...abahku meminta aku untuk mendoakan semoga kakakku selamat melahirkan anaknya...
Hati aku sungguh tak keruan ketika itu....Banyak benda2 buruk yg terbayang dalam fikiranku ketika itu...Aku sangat takut akan kehilangan kakak sulungku...Terasa sangat takut kiranya aku tak sempat untuk memohon maaf atas segala kesilapan yg pernah aku lakukan kepadanya....
"Baby....jgn kasik mak awak susah ya...keluarla baik2,"bisik aku perlahan..
Tak sangka kawan aku yg berada disebelah aku pun turut mendengar....
"Jangan risaula jannah...insya allah selamat....awak jgnla fikir yg bukan2..",pujuk kawan aku...mungkin dia dapat menangkap keresahan yg berada dalam hatiku..
Tidak lama selepas itu,aku menerima msj lagi dari abahku...
"Alhamdulillah,kak Effa selamat melahirkan anak lelaki,sihat"
Betapa ungkapan keramat itu seolah2 menerbangkan aku seketika...
Jika tidak kerana bakal menempuhi exam keesokkan harinya...mungkin aku sudah berada di bumi kenyalang itu...
Anakku......Kholah ingin benar menatap wajahmu....Itula perasaaanku ketika itu.
Sejak haritu,boleh dikatakan setiap hari aku menelefon mereka untuk bertanyakan khabar anak itu....Sihatka dia?Bgaimana rupanya?...Arghhhh,terasa aku mahu memberontak untuk ke sana...
Keesokkan harinya abahku mengatakan yg dia ingin menamakan anak ini dengan nama muhammad Alif Damish...Aku agak kurang bersetuju dengan nama damish ini kerana bagiku....seolah2 macam bunyiknya damage(rosak) dalam bahasa inggeris...
Rupanya2,abahku ingin menamakannya danish....bukan damish....aku ja yg agak xbopa dengaq ketika tu...huhu....mujuq...kalu nak buh damish jugak,jgn harapla aku nak panggil nama dia....bek panggil mat ja...huh!
Kepada Aliff,kholah doakan awak cepat besaq ya...jgn kasik susah mak ayah...blajaq rajin2...jadik budak baik...Jgn salu2 nangis...Mak ayah awak tu keja....depa sibukla skit...tapi awak kena pandai berdikari...Kena pandai ngaji quran..Jadik ustaz ka,ok gak...Macam uncle Firdaus...Dia skrang blajaq kat Mesir tau....jauh Mesir tu...Orang pandai2 ja boleh pi sana...
Awak kena cepat2 berjalan,sebab kholah nak bawak pi petrosains kat klcc...Kholah janji,kalau awak bulih jalan,kholah akan bawak awak pi sana k..
Alif,minggu depan kholah exam final...Awak doakn kholah ya...kholah takut kalu kholah fail...malu kat org kampung dik...huhu..'
Kholah ada satu benda nak suh awak wat...
Kholah harap,awak boleh rapatkan kembali hubungan tok awak dengan adik dia....kholah nak sgt tgk cu timah datang balik umah kita macam dlu....Kholah nak tgk dia rapat balik ngan tok kamu....huhu...Kholah tahu,walaupun dia nampak cam tak bopa kesah,tapi dia salu rindukan adik dia...
Alif...tolongla kholah ya...buatla muka yg comel2 skit...huhu
okla,dh lewat ni...
Kholah harap...dia akan datang tgk awak
kita jumpa kat perlis k....bye2
No comments:
Post a Comment