Saturday, July 25, 2009

can i do that?

Dalam segmen CIDT kali ini kita akan membincangkan satu tajuk iaitu:
Boleh tak kalau nak bergambar dengan budak lelaki?

Ehm….Suka sangat aku bila orang tanya aku soalan2 camni…Bunyik dia cam agak lawak an bg sesetengah orang…Tapi bg aku….Tak r lawak sangat..

Generally speaking,aku ni sebenaqnya takla mahir sangat dalam mengeluarkan hukum2 berkenaan dengan bergambar2 ni…N aku ni bukanla tsiqoh sangat…Cuma apa2 yg berlaku,kita balik kepada ad din kita r…Satu ayat quran “La taqrabu Zina”…Janganla kamu mendekati zina…

WEY?NAK TANGKAP GAMBAQ JA KOWT?BUKANNYA NAK WAT APA PUN…

Ehm…bukan aku nak kata r kan…Bagi aku…Bagi aku seniriklakan,bg org len aku taktaula..memang r boleh kalau nak tangkap gambaq…Tapi misti r ramai2…n kat gambaq tu kena ada gap…I mean,kena ada space jugak yg memisahkan laki n pompuan..Bukan apa,nanti timbul fitnah plak..

Aku bagi satu analogi r kan...Dia ibarat kita tgk wayang r…Persoalalannya kat sini,apa kaitannya tgk wayang ngan tangkap gambaq laki pompuan?

Ehm,sebab tula aku sebut analogi,aku ibaratkan kita tgk wayang..Tujuan,matlamat,nawaitu ataupun dalam englishnya purpose dan intention untuk tgk wayang tu semata2 untuk tgk2 gambaq ja,bukannya nak wat benda haraam pun?Btui dak?

Hehe…Btui!satu markah! Jawab SYAITAN yg sebelah kiri aku sambil bersorak2 keriangan..


"Eh,pedas ni…dah main syaitan2…Cakap r elok2 skit jannah!! "

Takla,jgn r marah no diknon, kak jannah ni memang r dia direct skit kalau bab2 menjawab ni…Huhu
"Kak Jannah tau dak,Ustazah saya haritukan,dia pi tgk wayang ngan husband ngan anak2 dia…Boleh ja saya tgk..Awat kak Jannah yg tah hapa2 ni over lak?"

Adoyai,ustazah dia tu….Takotnyaaaaaaa aku!!!!!!!huuuuuuuuu…kuikui…Ha...Nila masalahnya jadik orang “baik2” ni no…Terjun lombong pun orang kata “bersukan”,menyanyi lagu rock pun kata duk “berzikir” n baca majalah ujang pun orang kata duk baca “Mathurat”…HAHAHA…

Aku pernah jugak terdengar yg Imam Hassan Al Banna jugak turun ke panggung wayang untuk berdakwah… Tapi itu Imam Hassan Al Banna..yg memang dh jelas dengan kesiqohan dan kedhobitannya dalam penyebaran dakwah ni…So,aku memang percaya ngan tindakkan dia…Cuma yg ustazah ni….

Ehm,rasanya..ustazah tu pun guna pendekatan yg sama gak kot no..Yalah,nak berdakwah sorang2 takut…maklumla,dalam panggung wayangkan gelap,so klau bawak laki bini ngan anak2 skli ,lebih afdol la skit…Bersangka baikla kan..Husnozzon la skit beb!!!


Bagi aku…Apa2 pun,aku tetap berpegang pada amanah mak ayah aku yg tidak membenarkan aku untuk ke panggung wayang…Dan Alhamdulillah,kedua2 kaki aku,masih belum aku celupkan lagi ke dlm lembah gelap itu..Sesekali terbit jugak keinginan di hati untuk ke sana…Tapi “Kegelapan” tempat itu benar2 menakutkan aku dan aku benar2 takut akan “Kegelapan”..


Berbalik kepada bergambar dengan bukan muhrim itu…Itulah aku nak sampaikan,”matlamat tak pernah menghalalkan cara”

N kat sini aku nak berikan sedikit garis panduan kepada kerajaan Malaysia kalau depa nak bina Panggung Wayang..

1)Panggung Wayang itu mistilah mempunyai dua level iaitu atas dan bawah…Level atas untuk perempuan dan level bawah untuk lelaki..Sila lihat contoh seperti main auditorium UIA..

2) Pastikan tiada bahan2 yg berunsur yg memabukkan di bawa ke dalam panggung wayang..For example,drug,alcohol ataupun yg sebagainya..

3) Kamera juga dilarang bawak masuk in order to prevent pirates punya kerja..

4)Kepada yg berkeluarga,tempat khas disediakan..

5) Biarkan sedikit cahaya ada dalam panggung wayang untuk mengelakkan semua penonton daripada kena penyakit ‘rabun’..

Boleh ka buat?hahahhahahahhaa








2 comments:

  1. kasi lima bintang utk kupasan menarik..
    tulih la lagi~

    bg cdgn byk2..depa mau amek, amek~
    klu xmo amek pun xpa, kita tulih jaa..kn kn kn

    slm dr ard kinanah

    [jannah, klu sy balik msia, awk nk jmpa sy dak?]

    ReplyDelete
  2. hehe.....misti rnak klau kak alia beli apa2 kat saya.....hahahahaha

    ReplyDelete