Mentera semerah padi
Hei! kersani mengalir lah dikau
Menjadi raksa
Mengisi belikat punggungku
Agar aku bisa berdiri
Tegap dan segak
Bagaikan laksmana Melayu
Hei! sepuluh helai daun sirih
Ku gentas bersama
Bunga cengkih jadilah dikau
Darah merah pekat
Mengisi uratku
Agar bisa aku berlangkah
Gagah dan tampan
Bagaikan sijantan yang berkokok
Di mana bumi ku pijak
Di situ langit ku junjung
Alang-alang menyeluk pekasam
Biar sampai ke pangkal lengan
Aku seru mentera pusakaku
Mentera semerah padi
Lagu di atas adalah lagu wajib yg akan aku dengar before aku masuk ke mana2 pertandingan atau mana2 peperiksaan...Bagi aku,lagu mentera semerah padi ni mempunyai makna yg tersendiri...This is the spirit!This is the confident!
Bila aku dengar ja lagu ni,aku rasa bagaikan ada satu hembusan yg berbisik dan mengatakan,"Aku gadis melayu!Aku orang Islam! DAN AKU TAK TAKUT untuk mengatakan yg benar! Aku tidak takut akan segala cabaran dunia!Sekali aku melangkah,aku takkan menoleh ke belakang lagi!
Sebab itu,segentar mana aku,SEkuat mana jantungku bedetak!
Sekali,bila kalimah pertama dilontar dan langkah pertama dihayun,
Aku yakin Tuhanku di atasku!
Dan ketika itu, menangislah musuh2 aku kerana SI BELUNCAS sudah mengeluarkan sayap pertamanya untuk TERBANG jauh!KEPOMPONG sudah dibuang!Beluncas itu sudah tak takut lagik!dan akulah SI BELUNCAS itu!
Aku suka penghinaan!Aku suka kegagalan!Aku suka kegelapan!Aku suka kesedihan!Aku suka kebodohan!
Kerana semuanya adalah PAHALA PERCUMA bagiku..
-PENGHINAAN adalah pujian bermaruah
-KEGAGALAN adalah ijazah akal buat diri
-KEGELAPAN adalah hadiah mata untuk hati
-KESEDIHAN adalah kasih sayang Tuhan buat Insan
-KEBODOHAN adalah seruan iman dlm mencari panduan..
KATALAH APA SAHAJA YG KAU MAHU KERANA MUNGKIN ENGKAU MASIH BELUM TAHU, AKULA JUARA ITU,JUARA DIHATIKU,
Aku akan mati,tapi biarla mati aku,mati bermaruah! Sekali pinjaman dunia ini masih belum Expired UNTUKKU...Akan kuteruskan langkahku laju dan layu..Inilah menteraku! Dan semuanya hanya terhenti bila Izrail menyentuh kakiku..
!
what do u wanna say actually jannah? hehe..
ReplyDeleteaku ingat ko nk ckp psl competition tu..
cerite la ckit, hehehe..
segan ah nak cerita......bagi mukadimmah dh r...yg len dlm bilik cerita ha!haha
ReplyDelete