Sunday, October 25, 2009

Suami saya orang "sana"




Satu hari aku kuaq makan lunch kat kafe budak2 econs…Kafe ni diperkenalkan oleh kawan baik aku Syar…Agak sedap n murah..Kafe ni jugak banyak menyediakan makanan kegemaran aku..Agak pelik sebenarnya kerana walaupun aku ni Melayu sejati…Tapi kebanyakkan makanan2 yg aku suka bukanla makanan melayu..Aku lebih memilih makanan2 Barat dan Arab seperti roti,keju,susu,pizza dan spaggeti n lasagna..Cewah..hehe


Makanan yg aku suka di kafe econs adalah Kebab ayam yg memang purely style arab punya…perghhh..sedap..hehe..


Oleh sebab tym tu,banyak kengkawan aku yg ada kelas,so aku memilih untuk makan berseorangan kat satu penjuru ni…Aku makan Lasagna ngan jagung…Sedap gila sampai aku tak panggung2 kepala..Sekali,maila sorang wanita ni yg aku rasa sebaya ngan mummy aku..Terenyeh-renyeh ja kat aku sambil bawak pinggan yg penuh ngan kuih-muih..”Ade orang tak dik?”Tanya makcik tu kat aku…


Aku senyum jalah…”takde…duduklah makcik..”jawab aku dengan penuh kesopanan dan ketatasusilaannya…(Kalau kawan2 aku dengaq,meremang depa,aku rasa)kahkahkahakah

Dalam hati aku,”Orang takdak tepi saya tapi,setan banyakla..”hehehe..
Maklumla,nak makankan,setan pun nak menumpangla sekaki kalau tak baca doa makan..

“Makcik ni orang Indonesia ya?”,Tanya aku dalam dialek Indon…Besala,aku duk praktis ngan Kak Wulan selalu…Fasihla pulak..kahkahkahakah..
Terkejut makcik tu,”Iya,Makcik dari sana…Dari Jawa..Udah lama kerja disini..,”Jawab makcik tu sambil mata dia tak lepas2 tgk aku..
“Jadiknya,keluarga makcik ada dimana?,”Tanya aku lagi sambil menghabiskan makanan2 dlm mulut aku..


Suami makcik disini…Buruh kontrak..Anak makcik juga ada disini..Menuntut di Kolej Syahputra..Di Pahang..
Tudia aih…Habeh angkut anak branak depa mai sini…Aku rasa macam nak tanya ja,Makcik ni pendatang tanpa izin ka dengan izin..Tapi sensitive kan soalan ni..Aku pun waras lagik..Kang takpasal2 aku kena cocok ngan “buluh runcing” tu pulak..huhu..Serrrrremmmmm..


Gurau2 ja..Isu Indonesia nikan sensitive skit..Dari isu penderaan pembantu rumah, Manohara yg masih “cun”’ walaupun didera,sehinggalah isu kain batik pun menjadi bualan..

Aku teringat satu cerita dari seorang wartawan Malaysia yg sedang membuat liputan semasa berlaku kjadian gempa di Indonesia beberapa bulan yg lalu..Ketika itu ummat ISLAM masih berada di bulan Ramadhan

Wartawan itu,sdang lalu di pasar2 sambil memilih beberapa helai selimut..Tiba2 beliau disapa oleh seorang penduduk disitu yg tahu bahawa wartawan itu merupakann rakyat Malaysia..


,”Lihat itu..Manohara sedang membeli belah!” sindir lelaki itu kuat dan disambut hiliran tawa rakan2nya yg lain..
Wartawan itu yg tahu bahawa kehadirannya kurang disenangi oleh penduduk tempatan masih tetap diam dan terus memilih selimut2 tersebut..
Lelaki itu,masih tidak berpuas hati dengan reaksi wartawan itu..Lalu menghamburkan pula ayat keduanya..”Malaysia curi Tarian Pendet Indonesia!”,kata lelaki itu sambil menghirup kopinya yg masih panas…Lelaki ini sudahla tidak berpuasa malah tidak menghormati orang lain yg berpuasa..


Akan tetapi,wartawan itu tetap sabar dan meneruskan kerjanya untuk memilih selimut2 berkenaan untuk dibeli..
Oleh sebab geram dengan provokasinya yg tak menjadik itu..Lelaki itu terus menyapa dan mengekori Wartawan itu sambil menepuk bahunya dari blakang..
“Bang,selimut ini mau dijual kembali ke Malaysia ya?”tanya lelaki itu kepada wartawan tersebut..Mungkin kerana tiada modal lagik untuk dibualkan dan dikutukkan..


Wartawan itupun menjelaskan bahawa tujuannya membeli selimut berkenaan bukanla untuk dijual balik ke Malaysia tapi membelinya untuk diagih-agihkan kepada mangsa2 gempa bumi sekitar kawasan itu..
Alangkah malu bukan kepalang si lelaki terbabit..
Wartawan itu sempat melihat perubahan muka sang lelaki yg tak hbes2 mencetuskan provokasi murahan..selepas dia selesai membeli selimut itu,dia terus meninggalkan lelaki itu dlm keadaan yg masih terpinga2..


Bagi aku mindset segolongan Rakyat Indonesia ni seharusnya dibersih dan diupgradekan..Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga..
Kita ni sesama Islam… dan Islam tidak membenarkan ummatnya untuk bermusuh-musuhan dan dengki mendengki..Setakat tarian Pendet yg tak membawak ummatnya ke syurga tu n kisah kain batik Indonesia yg tak bopa memberikan pahala kepada sapa2 tu..Takyahla nak bergaduh-gaduh..


Janganla kisah2 tersebut mnyebabkan umat Islam berpecah belah..
Bagi aku..KALAU stakat ada rakyat indon yg berniat nak “sweeping” Rakyat Malaysia yg bopa ketui ja ada kat Indonesia dengan penyapu tu…Takyahla…buang masa ja wei…Aku rasa baru ja hampa nak sweeping,kiteorang dah VACUUUUUUMING rakyat hampa yg berjuta2 tu kat sini dengan vacuum kitaorang..Bukan takmau buat,tapi sebab pikiaq kita ni sesama Islam ja..n Majoriti Muslim di Malaysia tak diajaq untuk menutup periuk rezeki orang len even dari Indonesia..Taktahula pulak kalau ada "MUSLIM YG LIBERAL" ni camana..
N kata orang tua2..bila kita berdagang ke negara orang ni..kena pandai membawa diri..Kita bukan sekadar bawa nama sendirik,tapi maruah, agama,bangsa dan negara..Jadik pandai2la menjaga nama baik negara masing2..Niatkan di hati untuk mencari rezeki yg halal dan jgn sesekali mengkhianati kepercayaan orang terhadap kita...Insya Allah,pasti selamat dunia dan akhirat..
Semoga ada ruang damai antara MALAYSIA dan INDONESIA..kerana kita SERUMPUN..Aminnnnn
Khayalan aku terhenti bilamana makcik itu menyapa aku dan bertanyakan samada

aku ni berasal dari Tanah Arab..Mungkin kerana ada sedikit muka iras sana..
Teringat kata2 Arina,”Jannah,seriously…Fes time kiter tgk awak,kiter ingat awak ada campur2 dari arab….


“Takla makcik…tapi suami saya orang sana kut…hehe,”jawab aku tersenyum sambil bangun meninggalkan makcik itu dengan penuh tanda tnya…
*Tiada niat mau membuat provokasi atau kontroversi,sebarang kesulitan harap dimaafkan..

1 comment:

  1. tu diaaa!! hehehe
    emm, takut gak jannah, quite kntroversi ni, huhu..
    but let by gone be by gone..

    *yg selepas khayalan tu tkleh blah! hahaha..

    ReplyDelete