Thursday, January 21, 2010

Dialah Ikon...



Cuti,cuti,cuti................Alhamdulillah,akhirnya...Allah memberi peluang jugak kepada aku untuk bercuti....Penat bila memikirkan kelas aku dari pagi sampai ke akhir senja,assignment dan lain2......Aku penat...Aku letih dan aku tak laghat...Cuma aku sekarang sedang mengira2,apa persediaan yg perlu aku lakukan..Bukak cuti ni,ada dua risiko besar yg bakal aku hadapi...Tewas atau menewaskan...


Adha,Taufiq,Lin dan Yati........Keempat-empat dari mereka adalah "Seteru" aku dalam hal ini...Maafkan aku sebab memberi gelaran seCANTIK BEGITU..Mereka telah memaksa aku...Dan aku terpaksa mengikut arus..

Teringat kata2 Adha sewaktu makan tengahari di Raudah,Pondok Penyayang yg menempatkan budak2 bermasalah...

"Jannah ni yg nak jadik pesaing aku?"sinis Adha di depan aku..

Aku hanya tersenyum,tapi aku tersentak dengan kata2 mamat ni..

"Apa dia cakap ni?Bila masa lak aku nak lawan ngan dia?Dia sapa?Aku ni sapa.."bisik aku dalam hati..Heran aku apa sebab dia tiba2 kuaqkan ayat tu...Kat meja makan lak tu...Memangla nak carik pasal..

Tapi aku just wat muka rileks ja sambil tersenyum simpul...Memang tula trademark aku...Senyum..hahaha..

Menyedari reaksi aku diperhatikan ramai..Aku cepat2 meninggalkan meja makan sebelum apa2 terjadik..Dalam masa yg sama,aku sempat memandang Adha dengan pandangan yg sinis jugak..

"Adha2...Kau taktahu dengan sapa sebenarnya kau bercakap ni,"aku bermonolog...

Semasa aku bangun,terdengar nyanyian Adha,"Al-Jaaaaaannnnnnnnahtu Naimmmmmuha...."

Macam sedap,padahal..

Sebenarnya..Bila fes tym aku sampai kat Raudah...Aku tahu tingkah kami diperhatikan,kamera,video cam sana sini merakamkan setiap inci perbuatan kami...Sampai aku rasa,setiap tindak tanduk aku disaluti dengan elemen kepura-puraan..Aku benci situasi macamni..Tapi itulah harga yg perlu dibayar apabila menyertai IIUM ICON SEARCH COMPETITION..

Aku taktahu pendekatan apa yg aku lakukan pada plajar2 Raudah..Yg aku tahu,aku pernah jadik macam mereka...Nakal dan terasing..Jadik sedikit sebanyak...Aku menggunakan segala pengalaman yg aku ada semasa aku kecil dan segala bahan bacaan yg pernah aku baca untuk mendekati depa..

Tengahri tu...Tym aku duk berehat2 atas kerusi..Tiba2 mata aku terpandang salah sorang budak kat situ..Mungkin dalam lingkungan 10 tahun sedang bermain satu alat muzik..Aku tak kenal apa..Mungkin kongga,mungkin rebana,mungkin kompang..Tapi nak main tu pakai ketuk2 jugakla...

"Adik,main kejap...Akak nak try nyanyi,"mintak aku kat budak tu..

"Ehm...lagu apa kak?",tanya budak tu...

"Tebarkan salam...sesama kita...Walau dimana sahaja,walau siapa jua",nyanyi aku sambil diikuti palunan percussion budak tu..

Tiba2 aku terhenti bila ada seorang pemuda duduk di depan aku..Nmpak macam sebaya atau mungkin tua beberapa taun dari aku..

"Kak,nyanyi lagu "Meniti Pelangi","ujar pemuda tu..Dari gayanya yg terketar2...aku rasa........

Owh..Lagu Sudirman..Haaa.."Kumeniti awan yg kelabu..Ku tempuhi,lorong yg berliku..Mencari sinar yg menerangi kegelapanku,ku percaya...bla2"..Dari Sudirman..Sayu bunyiknya...

"Kenapa awak ni terketar2?"terpacul soalan dari mulutku selepas selesai jamming..Memang soalan tu agak bodoh...Tapi..

"Biasalah kak...Saya ni baru nak lega...Dulu saya amik macam2..Gam,heroin,ganja.."ujar pemudaa tu sambil terketar2..

"Ooooo,yaka...Ooo kamu ni asal mana?Umur kamu brapa?ehmm..kamu ni kerja apa dulu," tanya aku, sebenarnya aku agak terkejut,takut pun ada...Tapi aku pura2 tenang..

" Umur sy,22 kak..Sy asai Manjung,Perak..Dulu2 sy buat dua kerja..satu halal dan satu lagik haram..Yg halalnya...saya tolong ayah saya kat kedai..Bsuh pinggan,jaga kedai...Yg haramnya,merompak umah orang...,"ujar pemuda tu sambil tersenyum memandang lantai..Mungkin terkenangkan kembali masa silamnya dulu..

"Ehm...yaka...sejak bila kamu mula amik "benda2" tu",soalan aku yg mula dilanjutkan...Terasa ROH kekauselingan abahku tiba2 menusuk ke jiwaku...Abahku memang pakar kaunseling...

" Sejak tingkatan dua kak...Dulu tym UPSR saya dapat 4A 1B,sy dapat Sekolah Asrama Penuh...Tapi saya tak pi..,"ujar dia..

"Yaka..Kamu pernah tak terfikir untuk berkeluarga,ada anak,ada isteri.."tanya aku memprovok..

"Ya kak,sebab itula sy nak berubah...Sy datang sini dengan kehendak diri sy senirik,sebenarnya kalau sy truskan hisap dadah lagi dalam masa beberapa bulan lagik,mungkin sy dh gila kak..Sebab otak sy dh pun hampir rosak...masa sy mula2 dtg sini..sy dh takleh jalan,minum pun kena pimpin..Sekarang ni dh hampir 6bulan sy dh tinggalkan dadah,tym balik raya kat Perak tu..Kawan2 ada offer lagi "bENDA " tu, tapi sy tak amik, sy dh tekad kak,sy nak berubah..",jwb pemuda tu dengan nada kesal..

"Best ka hisap gam? Rasa camana ha?",tanya aku..Nak tergelak pun ada bila tanya soalan bangang camtu..

"Rasa camtula kak....Bila kita dah hisap tu,kita bukan ingat apa dh..Khayaaal ja,rasa bleh petik bulan.....pegang bintaaang.....kita pun rasa kuat kak bila kita hisap,nak merempit pun tak takut..Rsa khayal ja,dlu bila saya jatuh motor tym rempit tu,sy tak rasa apa kak,rusuk sy patah tym tu,tapi singgah kedai minyak sapu minyak petrol,lega r"jawab pemuda tu sambil tersenyum..

"Ooo..camtu rupanya..polis tak buat pa ka ha?,tanya aku

"Dulu nak buat apa kak,gam tu bukan dadah..Senang ja nak dapat,tapi skrang ni kat Perak depa dh letakkan dadah tu under akta racunla,susah dh skrang ni..,"jawab dia.

Taik lembu hisap dak?",tanya aku lagik..

Aku tanya sebab kak aku Effa pernah bagitaw aku,antara penghilang gian penagih selain dadah adalah gam and taik lembu..

"Hishh,tak kak,tapi kawan2 ada,sy tgk kawan sy tym lembu tu berak,dia duk tadah,pastu campuq ngan minyak petrol..gas dia tu ada kickla,tapi sy muntah r tgk..."jawab mamat tu sambil tergelak tgk reaksi aku yg geli sangat2 dh...yaaaaaaakkk!! Aku dh takleh wat muka cool dh bab2 najis ni..Memang....eeeeeeeeeeiiii.

Tiba2 perbualan aku terhenti seketika bila ramai2 budak2 Raudah mula berhimpun dekat2 aku...Mungkin ada yg nak mendengar cerita pemuda tu..Mungkin mereka juga ada cerita yg mahu dikongsi..

Ramai la plak...Tadik aku ja yg duk sini..Ni yg aku nak blah ni,tapi aku masih nak dengar cerita dia...Nanti aku cerita lagik..Kisah dua pemuda yg masuk Raudah sebab nak perbaiki Rohani mereka...Sangat menarik..Tapi bukan untuk post ni..

Last day..Tym nak kuar dari Raudah untuk menghadapi cabaran di Gunung Datuk..Adha kata," Jannah,ko memang pesaing aku.Mungkin aku tak sampai ke tahap untuk mendapatkan Jannah,aku tak layak",ujar Adha sambil melihat aku dengan pandangan kosong..

Sememangnya aku tak mahu bersaing Adha..Tapi kau yg memaksa aku..Kalau dari mula kau layan aku macam adik bradik,macam keluarga dan bukan pesaing..mungkin kau akan dapat gelaran abang dari aku,"Abang Adha"...

Dan kepada mereka yg masih mahu bersaing dengan aku..Yati dan Lin,aku alu2kan...Aku taktahu nasib aku di Final Stage nanti..disingkirkan atau menyingkirkan...

Taufiq yg banyak membantu aku...Terutama dalam membuat tapak untuk aku berpijak semasa menghadapi kelicinan ketika mendaki Gunung Datuk...Individu yg mengatakan,
"Jannah,biar sy turun dulu,nanti sy tolong pegangkan tangga ni kat bawah tym Jannah nak turun,Individu yg memberi amaran kepada aku,laluan2 gunung yg merbahaya..Individu yg tak menyalahkan aku tym aku termasak nasik mentah kat hutan tu.. Dan senantiasa membantu aku dan kawan2 yg lain..Bagi aku,dialah Icon..Jika disuruh aku memilih,aku akan memilih Taufiq untuk menjadik Icon Uia tu...Dia sememangnya layak..













3 comments:

  1. jannah kuat kn semangat!!
    kwn2 ramai kt belakang u jadi pyokong !!
    chaiyok2

    ReplyDelete
  2. You will win this whole thing, Jane. Trust me !

    ReplyDelete
  3. tenkiu syar,tenkiu munira..........i wii try my bestla insya Allah..

    ReplyDelete