Khas untuk si dia….seseorang yg pernah melabuhkan air matanya di hadapanku..
“Selamat Pengantin Baru”
Seorang gadis yatim, indah pekertinya
Di arak menuju ke arah bakal suaminya
“Sambil ingatannya teringat pada peristiwa lalu
Ikatan yg tidak dibenarkan tuhannya..
Gerbang perkahwinan impiannya musnah dek kerana tiada nama “ Si Dia” tercoret di sana
hatinya pedih kerana hatinya baru saja dipenuhi cinta seorang jejaka..
Walaupun tiada pernah bicara..
Namun ujian itu ada jawapannya…
Dan..Tanda cinta di jari dipulangkan bersama deraian sungai cinta
Namun dia akur pada kehendak sang pencipta..
Ujian Tuhan datang menimpa…
Bondanya yg tercinta menemui Pemilik Asalnya..
Tiada siapa lagi sandaran dunianya..
Lalu pergilah dia mencari Cinta di sana
Tanah Haram menjadi saksi..
Kehadiran si gadis yatim piatu mohon dilindungi
Doa-Nya Pada Izzatinya di pintu Kaabah ..
Agar tuhan pertemukan jodohnya dengan yang Sebenarnya..Berulang kali bibirnya berzikir…”Istajib du’a ana” Istajib du’a ana” ,”Istajib du’a ana”
Akhirnya……”
Ingatan terhenti pabila sang suami menguntum senyum….
Sejarah lalu terlipat kemas….Kini tiada lagik derita…kerana adanya Cinta dari Pemilik Hatinya selepas Allah dan Rasulnya…
No comments:
Post a Comment