Friday, January 7, 2011

Cerita Nurul dan Impiannya

       
Tersebut kisah dalam sebuah planet yg bernama bumi,ada seorang gadis bernama Nurul (Nama samaran).. Dia ialah seorang perempuan..Nurul ialah seorang gadis yang punya banyak impian...Impiannya kadang2 mengjangkaui kemampuannya....Nurul dilahirkan dalam keluarga yang sederhana tapi meriah(Bak kata Datuk K lepaih dapat tekel Siti)..

     Dalam keluarganya, Nurul ialah anak yg paling gemuk berbanding yang lain...Walaupun dia paling gemuk tapi dia ialah anak yang paling manis kata bapaknya Ali (Nama kampung bapaknya) secara terpaksa..

     Dalam pelajaran...Nurul anak yg sederhana sahaja...Tidakla terlalu sengal apa lagik bebal.Dalam peperiksaan Nurul amat suka subjek Biologi kerana dia suka akan cikgu Biologinya yg lawak macam Mr. Bean. Nurul hanya suka cikgu Fiziknya sebab cikgu itu sangat hensem tetapi bukan subjek tersebut.
  
 Nurul sangat menikmati waktu rehat di sekolah menengahnya....Dia amat gemar makan mee kuah bersama 3 orang kawannya sambil menyanyi lagu doa makan ala2 Kumpulan Jawaher sebelum makan..

      Nurul bukanla seorang yg cantik sangat namun dia selalu merasakan yg wajahnya seperti lebih cantik daripada Maya Karin dan Katrina Kaif kalau dia kurus.

       Nurul sangat mengagumi ketampanan aktor  Malaysia, Ashraf Muslim serta kegagahannya membela kambing. Nurul pernah berharap agar minatnya membela kambing membolehkan dia berjumpa dengan Ashraf Muslim untuk sama2 berkongsi hidup idea...kehkehkeh.

Nurul merupakan penternak kambing yang baik walaupun kesemua kambingnya telah mati akibat lemas dalam parit.

Nurul selalu berangan-angan mahu menghadiahkan pakej jenjalan sekitar bulan dan bintang kepada mak dan abahnya...Sebab mereka paling layak untuk menerimanya..

Nurul suka makan ayam goreng dan lagik suka kalau ayam goreng itu free.

Nurul sangat pandai memasak untuk kucing2 dan ayam2 ternakannya.
   
Nurul sangat berharap agar suatu hari dia akan kurus macam Posh Beckam sebelum mati.

Nurul sangat suka menonton kartun span kotak pada pukul 5 di tb 9 dekat di hati.

Nurul menghidap penyakit silau dan rabun malam serta sukar melihat dengan baik selepas pukul 12 malam.

"Murah,sedap,banyak,dan ada free gift"-Motto Nurul apabila bershopping.

Nurul agak geli nk mampus apabila bukan ahli kluarganya memanggilnya Nurul berbanding nama keduanya..

Siapa Nurul?

-NJO-





No comments:

Post a Comment