Monday, May 10, 2010
May Allah bless them (^_~)
Suka untuk aku berkongsi perasaan gembira aku dengan pasangan pengantin di bawah ni..Izaidah dan jugak Fikri...Mabruk alaik aku ucapkan...Aku mengenali pengantin perempuan ini melalui teman2ku yg merupakan pelajar Darul Quran...Bakal doktor kedua2nya..Rasa tersangat kagum melihat kesederhanaan mereka meraikan hari bahagia mereka ini...Si pengantinnya tidakla bermake up tebal dan berpakaian ketat serta jarang seperti kebanyakkan pengantin moden sekarang ini...Cukuplah sekadar memakai pakaian yg sedang2 sahaja namun indah dipandang dek kerana Nur serta keberkatan daripada Allah yg bersama mengiringi pasangan ini..Semoga kita semua dapat mencontohi kesederhanaan pasangan Huffaz ini dalam menyambut majlis yg penuh dengan keberkatan ini...Amin..
Darjat atau standard sesuatu majlis perkahwinan bukanla diukur dengan nilai ataupun jumlah hantaran samada tinggi ataupun tidak...Adakalanya...Dalam menentukan jumlah hantaran tersebut,masyarakat kita sekarang lebih berpendapat...Semakin tinggi wang hantaran,maka semakin grand ataupun semakin muliala darjat mereka. Namun mungkin kita sendiri kurang sedar bahawa di sinilah, sikap riak dan takjub mula terbentuk..Lalu perkara2 kecil dan remeh sebegini akan mempengaruhi keadaan ataupun kebahagiaan dan keharmonian sesebuah rumah tangga kemudian hari...
Selain daripada itu..Mungkin dek kerana terpengaruh dengan title " Raja Sehari",makanya segala-galanya dilakukan di luar batas2 syariah lalu menyebabkan kita terlepas pandang perkara2 yg haram dan halal..Contohnya penggunaan jurumekap yg berlainan jantina ketika menyolek si pengantin perempuan,istilah mudahnya..Mak Nyah...Kononnya...
"Takpa, mak nyah make up lawa lagik dari perempuan,lagik meletooop!!..Lagipun bila lagik nak lawa2 camni?Nama pun raja sehari,xpa..sehari ja"..
Menggunakan khidmat Mak Nyah dalam urusan make up adalah sama sekali HARAM hukumnya kerana secara Fitrahnya mereka tetap lelaki dan menyentuh mereka atau disentuh mereka samala juga dengan hukumnya menyentuh lelaki biasa..Walaupun kononnya dikatakan Mak Nyah itu akan memakai sarung tangan..Namun untuk mendapatkan kesan make up yg terbaik, adalah mustahil untuk seseorang itu tidak mendedahkan keseluruhan muka dan bahagian hujung2 pipi meliputi rambutnya ketika bermake up...Jadiknya..pendedahan aurat tetap juga berlaku..Ehm..No pointla pakai sarung tangan pun kan...Matlamat tak menghalalkan cara..
Makanya...Solution yg terbaik adalah dengan menggunakan khidmat jurusolek wanita sahaja..
Seterusnya, pengunaan lukisan inai pada tangan...Dalam hal ni..lagik skali masyarakat kita trutamanya wanita yg rasanya masih kurang arif ataupun tidak tahu tentang hukum melukis inai pada tangan dan kaki semasa majlis perkahwinan...
Dalam sebuah hadis Rasullulah S.A.W:
"Allah laknat orang-orang yang kerjanya melukis dan Allah laknat orang-orang yang meminta dilukiskan"
Dalam hal ini...istilah melukis yg dimaksudkan juga merujuk kepada melukis sesuatu di tangan samada menggunakan cat ataupun Inai tidak kirala lukisan tersebut merupakan tumbuh-tumbuhan,bunga dan sebagainya..
Itu tak termasuk dalam urusan bersanding,serta adat2 lain seprti bersiram dan sebagainya...Segala-galanya harus dinilai dan dipandang sedalam-dalamnya......Aku paham..Kadang2 kita tahu hukum hakam tersebut...Namun dek kerana terlalu ghairah untuk nampak lawa,nampak cukup serba-serbi..Kita kadang2.."terlupa"..biasala tu...Tapi jangan biarkan "terlupa" itu menjadikkan kita "terbiasa"..Takut2 nanti kita terlupa trus siapa diri kita..
Kadang-kala akibat terlalu mengikut adat, Syariat yg seharusnya menjadi tunjang diterajangkan..Semoga kita semua masih menyedari siapa kita yg sebenarnya ya...
Ok...Taknak skema2 lagik..Sempena nak cuti sekolah ni...Aku tahu banyak kenduri yg akan diadakan...Jadik aku nak amik kesmpatan untuk mengucapkan Selamat Pengantin Baru kat kawan2 aku..Antaranya Kak Wan Sufiah dan bakal suaminya...serta semua bakal2 pengantin yg ada di seluruh dunia ni..Semoga majlis yg bakal dijalankan berjalan dengan lancar serta diberkati Allah....Amin.....;-)
Nak makan kenduri!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!Yeay2!!!!!!!!!:-B
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bagus sungguh tulisan jannah kali ni :)
ReplyDeletem'beri sedikit ilmu kpd sy