Thursday, February 17, 2011

Kriteria Wanita sejati :Lemah lembut VS Malu


"Dia lemah lembut Jannah...Sopan ja..,memang lembut gila la,kalau cakap pun..memang lemah lembutla" ujar salah seorang sahabat aku pada hari itu apabila bercerita mengenai seseorang....
 
Terasa sedih dengan kata2 itu....Terasa jauh perbezaan dia dan aku..Mula aku membandingkan diri dengan yg lain...Ya,salah satu kelemahan aku ialah membandingkn aku dengan yang lain..Lemah lembut ya....ehm...

Aku dan lemah lembut? ulang sekali lagik...aku?? lemah lembut??Perghh..Jauh sekali...Macam langit dengan Sidartul Muntaha..Teringat teguran sahabat kepada aku tentang layanan aku kat Imam2 yg datang mengimamkan Tarawikh di mahallah aku..

" Jannah,lemah lembutla sket.."huhu...Mungkin disebabkan gaya dan suara aku yg agak kurang mesra kpada imam2 ni menyebabkan mereka agak pelik dan ketawa melihat aku..

Adalah sebab napa aku layan depa camtu...Bukan saja2..ehm..Cuma secara dasarnya...kekerasan tu terbina atas sebab malu..tu ja,yg len no komen..

Ada orang cakap kat aku...Selain kena lemah lembut...Pompuan ni kena cakap sopan2,gelak perlahan2...kalau boleh jangan gelak,senyum ja..Pastu pompuan sejati ni kena ada tisu dalam beg dia..Kalau takdak tisu,tak sejatilah kononnnya....Kalau tu yg dikira...kesiannya kat aku..Semua tu takdak kat aku....Kahkahkahkah..ngakula siap2 ya, tisu pun aku rembat kat Kafe ja..Takdak reja nak bawak aih..

Pikir2 balik...aku ni pompuan ka jantan ha?? err..rasa cam pompuan..Tapi..Kdang2 behave cam jantan..beg dwit takdak tisu..Yang ada resit2 beli makanan banyak..Ehm..pompuan sejati memang kena ada semua tu ka hah?Semlam bila jumpa ustzah Fatimah pun aku tgk dia lemah lembut gila..Sopan..Gelak perlahan2...senyum ja...

Makin aku rasa rendah diri sebagai perempuan...Marin lak Djah cerita kat aku yg laki2 ni tak suka kalau perempuan ni aktif2 sangat...Dia suka yg malu2 duk dalam society pun diam2 comel2 gitu..Yang ni aku tak kesah sangat...Tak suka,aku pun tak heran..Aku lagik tak suka laki yg lantang bercerita, nk yang ni perfect yg tu perfect, tapi mai tang CGPA dia..Ehm..merono merene..( Aku tak hina sapa2,terasa,aku takleh nak wat apa) 

 Sifat perempuan yang aku ingin contohi sekarang ialah sifat Saiditina Khadijah isteri Rasullullah iaitu progressif, aktif, berwibawa,berilmu dan bijak..Aku xnak jadik jumud! Bukan jugak penakut! Allah itu mengangkat darjat orang yang beriman dan berilmu...bukan darjat gadis2 yg dibawah tempurung atau terowong..

 Bagik aku..Seorang perempuan itu tidakla memerlukan sifat yang terlalu lemah lembut...Cukupla ada malu..Kerana dengan malu itu akan cover semua benda, percakapan,pergaulan,tingkah laku dan sebgainya..Malu paling utama kerana malu itu sebahagian daripada iman..


Psst: Sedang belajar menguruskan diri dan emosi...;-)

3 comments:

  1. xpe,xlemah lembut pun ok jela..Be urself..orang pun dah suka dah camni(o_o)

    ReplyDelete
  2. Salamalaik sahabat y kucintai kerana Allah....
    sesungguhnya pe y cik din kata tu benar jane...
    awk jdlah diri awk sendiri k....

    dan sesungguhnya biarlah kita sama2 berjuang utk memlihara tembok malu kita sbg seorg muslimah dan solehah ye!!!!

    dan bukannya jua sbg seorg muslimah y malu2...tp...xtau pe2....tul x???

    Biar kita sama2 memperjuangkan MUSLIMAH SOLEHAH kita di jln y diredhaiNYA k...

    huuhuhu.. ;-)

    ReplyDelete
  3. Djah: maseh jah...hehe...Jah,errr..sayang kerana Allah....kehkehkehkehkeh..

    ReplyDelete