Saturday, February 26, 2011

Selamat hari lahir abangku Firdaus ( ", )



Harini merupakan  hari lahir abang aku...Firdaus Hj Othman..Yang ke 25..Selamat hari lahir Bro! So, cam biasa...there will be a special slot in my blog that i'll dedicate to all my siblings for their special day...muehehehe

Sewaktu pertama kali aku mendapat tahu yang abang aku bakal  melanjutkan pelajaran ke Mesir, aku dapat merasakan yg akulah individu yang paling bertuah sekali di dunia..Sebab?Sebab aku tahu,mak dan abah aku misti lagik gembira apabila salah seorang anaknya dapat ke melanjutkan pelajaran ke luar negara..Tiada anugerah yang bernilai melainkan melihat mak dan abah aku gembira...


Mak aku ada 3 bradik...dalam tiga2 beradik tu...kebanyakannya misti ada salah seorang daripada anak mereka yg sambung blajar di luar negara...Dan kdang kalanya aku merasakan yang mak aku jugak teringin melihat salah seorang anaknya pergi sambung belajar oversea...Dan Alhamdulillah,abang Firdaus berjaya jugak menunaikan impian mak..Melalui result STAM yang diperoleh melayakkan abang aku untuk ke sana...

Di Airport Sultan Abdul Halim...Ketika di hantar oleh junior2 Al-Maad..

Rakan2 yang turut bersama berangkat ke Mesir..

Di Airport KLIA, penerbangan abang aku dijangka akan berlepas ke Mesir dalam pukul 2.30 pagik...Ketika itu..Aku,abang Effie dan Kak Eja yang menunggu dia di sana...
  
 Pada mulanya aku tidakla merasa apa2 untuk melepaskan abang aku pergik berangkat ke sana...Bersalam dan berpeluk seperti biasa seolah-olah Mesir tu jaraknya seperti Kedah dan Perlis...Dan aku sempat memberikan kuih Samprit kepadanya untuk dibuat makan dalam kapal terbang..Cuma,sebaik sahaja abang aku turun dari eskalator sambil melambai-lambai dari bawah...Dan bila mata kami tidak lagik bertembung..perasaan sebak itu mula merasuk ke seluruh pelusuk jiwa...air mata yang mengalir tak dapat ditahan-tahan lagik...Sedih sebak dan sangat berat hati...Mungkin kerana aku tahu selepas ini..abang aku akan tidak akan berkongsi langit yang sama dengan aku...Berpijak di tanah yang tidak berbeza...dan putaran masa yang turut berlainan dengan aku...


CERITA ABANGKU

Abang aku merupakan antara individu yang paling tabah yang aku kenali....Yang membuatkan aku gembira apabila mendapat tahu abang aku ke Mesir kerana aku yakin selepas apa yg gagal dan jatuh berkali-kali, dia memang layak untuk ke sana...HE REALLY2 DESERVE FOR IT!

 Selepas mendapat result yang agak sederhana dalam SPM, ketika itu,abang aku kurang bernasib baik untuk mendapat tawaran sambung belajar di mana2 insitusi, jadik dia memilih untuk mencuba nasib untuk mengambil STPM...Sekali lagik ujian Allah itu tiba, result STPM nya jugak kurang memberikan peluang kepadanya untuk melanjutkan pelajaran ke mana2...
  
Dan..Ketika mana sahabat2nya sedang asyik mengulit mimpi bahagia di menara gading, abang aku tidak segan2 untuk "turun takhta"semula dan mengmbil STAM...Walupun kadang-kalanya,aku tahu yg abang aku agak berkecil hati dengan sindiran2 yang berada disekeliling..Namun dia tetap berusaha bersungguh-sungguh dalam STAMnya..Sehinggala dia mendapat keputusan yang cemerlang untuk melayakkannya ke Mesir...Alhamdulillah...

Walaubagaimanapun... takdir Allah siapa yang tahu...Di Mesir,ujian demi ujian datang bagaikan menguji lagik perjalanan abang aku....

Semasa di bedah di sana..

Kesihatan yang kurang memuaskan ditambah dengan imtihan yang su'ubah jidan2 menyebabkan abang aku sukar meneruskan pencarian ilmunya di sana...Nak2 lagik, mak ngan abah yang sangat2 risau akan keadaan abang aku ditambah plak dengan sepupu aku Zaid yang meninggal di sana akibat terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya..

Akhirnya...akur dengan permintaan mak ngan abah serta mengenangakn kondisi di sana yang tidak stabil..abang aku pulang jugak dan meneruskan perjalanan ilmunya di sini...Bukan lagik di Al-Azhar...

Bingkisan dari seorang adik

Sanah Hilwa ya Jamil....Selamat hari Lahir
Abang yang sangat aku sayangi,
 Ketahuila tiada yang lebih berharga melainkan melihat abang firdaus gembira dan bahagia..
 Setiap ujian dan dugaan yang abang sedang lalui...Jangan sesekali diakhiri dengan sikapberputus asa..
Perjalanan kita masih panjang...Tiada jalan mati bg seseorang yg ingin berjaya.. dan walaupun kita mati sekalipun,"perjalanan" kita masih juga perlu diteruskan..
 Tentang sokongan..Jangan risau...abang tidak berseorangan kerana Ceq,Aqilah,Kak Nor,Abang Effie dan Kak Effa...akan senantiasa menjadik pendokong terkuat untuk abang Firdaus...
 Don't give up and try to make our greatest parents happy..Mak ngan abah sangat sayangkan abang Firdaus dan kami senantiasa mendoakan anda untuk berjaya...Jangan sia2kan segala yang tergalas dibahu anda..
Akhir sekali...Insya Allah...sy doakn semoga jubah dan mortar board di bawah ini bakal milik kita jugak suatu hari nanti....Amin

Selamat hari lahir...semoga panjang umoq dan murah rezeki...;-)

 
Psst: sekali lagik..Blog ini dibuat khas untuk ahli keluargaku serta sahabat2 karib yang aku sayangi...
 

6 comments:

  1. salam janeku cyg...
    terharu sy baca blog ni..
    huhuhuhu...
    kim salam pd abg awk ye....
    semoga Allah senantiasa bantu dia....
    sesungguhnya Allah tu tahu pe y terbaik u diri abg awk....
    cuma..yakinlah dgn DIA dgn sepenuh hati k.. ;-)

    ReplyDelete
  2. ALLAH AKAN MERAHMATI DIRINYA INSYAALLAH...DIRIMU DAN SELURUH KELUARGAMU.

    ReplyDelete
  3. 18Q FOR YOUR SUPPORT :)

    ReplyDelete
  4. AYAHANDA BONDA DI PERLISMarch 3, 2011 at 6:51 AM

    terima Kasih ayahanda bonda yang amat prihatin dan menyayangi seluruh ahli kelurga suautu pandangan, teguran,nasihat yang amat BERNAS DAN TERUNGGUL. TAHNIAH

    ReplyDelete
  5. DJAH: tENKIU JAH....DIA DAH BACA DAH TU...HEHE

    BG FIRDAUS: HEPI BESDAY...HEHE

    ReplyDelete
  6. menarik jalan cerita ini..terharu sye bace :)

    ReplyDelete