Thursday, April 23, 2009

Buatmu Abang Zaid.......ALMUJAHIDUN FIL MISR..



























PINTU MASUK PERKUBURAN ABANG ZAID








KUBUR ABANG ZAID


Meniti malam2 terakhir aku di rumah membuatkan aku banyak menggunakan masa ini untuk bermuhasabah diri….Terima kasih Ya Allah,kerana memberikan aku nikmat hidup hingga kini…

Keheningan malam mengingatkan aku pada suatu nama yg suatu ketika dahulu,selalu disebut2 oleh nenekku….iaitu Abang Zaid…

Abang Zaid…
Petang tadi,sambil menonton tv,aku dipanggil oleh Tok Yam,tok kita…Dia menyuruh aku memicit2 badannya,mungkin kerana diserang lelah sekali lagi…Sejak akhir2 ni,tok
slalu penat2,pantang bergerak skit,lemah jantungnya pasti menyerang…Ksian dia abg zaid….


Abang Zaid…
Tok selalu bertanyakan tentang Abg Zaid….Dia tanya,” Apa habaqla Zaid kat SANA,baikka dia..?”
Aku hanya berdiam diri Abg Zaid….aku takdak jawapan untuk itu….aku benar2 kehilangan jawapan..

Abang Zaid…
Tidakkah kau rindu pada kami?Pada Tok, Pak Lang,Mak Lang,Abg Hafiz,fikri,Not,Zaitun dan Karim?

Saudaraku..Abang Zaid….
Kepergianmu sangat mengejutkan aku,tika aku sdang bergelut untuk menghabiskan peperiksaan terakhirku…aku pula dikhabarkan dengan pemergianmu Akhi….dan BERITA ITU sesungguhnya….adalah panahan yg benar2 melukakan hati aku..hati..tok…
Tok amat2 rindukan abg zaid…..Jelas terpancar dari raut wajahnya tika aku pulang dari kampus,setelah menamatkan peperiksaan terakhirku,dan aku segera meluru ke biliknya untuk melihat keadaannya…

“Abang kau dah takdak nurun,pilah sorang cucu aku…”sambil menyapu matanya yg berjujuran dgn air mata...aku terkaku….aku hanya mampu berkata..sabaqla tok…






































Abang Zaid…
Mak Lang kat sini sihat…Pak Lang pun…Abg Hafiz taun depan dia konvo…kat kuis katanya..Moga dia berjaya..Tadi Fikri mai,dia dh sambung blajaq balik kat sekolah harian biasa, Sek Men Jitra..mungkin dah lama dia kat skolah pondok tukan…Not pun dh tak duk kat Maahad kelantan,pakat sambung kat sini..Karim sihat,makin comel dia Abg Zaid…hehe..tapi Zaitun….kanak2 istimewa yg selalu abg zaid dukung tu…selalu termenung di depan pintu…Sejak Abg Zaid berangkat ke Mesir,walaupun dia tak dapat nak bertutur dan bergerak,tapi lirikan matanya selalu aku lihat ke pintu…Mungkin dia tertanya,mengapa begitu lama abangnya pergi….Kenapa masih belum pulang….

Abg Zaid….
Permintaanmu untuk disemadikan di tanah suci mesir amat2 mengejutkan aku…
MENGAPA?MENGAPA di sana?Tidakkah kau mahu pulang menjenguk kami…Tidak kasihankah kau pada tok yam?

Maafkan aku Abg Zaid…mungkin soalan aku ini terlalu kasar…Tapi kami terlalu benar ingin menatap wajahmu buat kali terakhir…Mungkin,ada sesuatu yg kau mahu beritahu….

YA..disinila hikmahnya..Pemergian kau telah menyebabkan kluarga kita bersatu semula..Betapa kluarga kita,KLUARGA PAK NGAH,PAK LANG DAN CU DIAH bertungkus-lumus untuk mngumpul wang bagi membiayai perbelanjaan Pak Lang bg menyempurnakan mayatmu dia Mesir…Terasa terlalu pantas kau pergi Abang…
Duga kami, kau pergi hanya seketika di sana…tapi…INNALILLAHIWAINNAILAIHIRAJI’UN..

Benarla bumi Mesir,bumi BARAKAH…Dan Allah terlalu cepat mahu dipulangkan barang pinjaman-NYA…Mungkin DIA juga terlalu rindu padamu Abang Zaid..


Abg Zaid,
Taun lepas,pada 1 syawal,pagi2 lagi Pak Lang,Mak Lang,bang hafis,fikri,not,karim n zaitun mai beraya umah kami……meriah rasanya…Pak Lang nampak segak dgn baju melayu unggu yg abg zaid punya…hehehe…malu2 dia pakai…Warna orang muda kata Mak Lang…hehehe..”Mana ada Mak Lang,Pak lang tak tua lagi…hensem lagi…heheh..”
Best sangat kiterorang gathering…kluarga cu timah n paksu limin pun ada..Lagi tambah keceriaan…Terasa tak lengkap sebenarnya kerana kami beraya tanpa kak effa yg sekarang ni sedang sarat mengandungkan anak lelaki..hehehe..
DAN….TENTUNYA….TAK LENGKAP KERANA ABG ZAID TIADA….

Abg Zaid,
Masih terdengar lagi alunan suara abang melantunkan kalimah demi kalimah yassin setiap kali abang datang menziarahi tok…Tok salu meminta abang zaid untuk membaca beberapa buah surah setiap kali abg datang menjenguknya…Namun kini,taksiapa yg dapat meneruskan tradisi itu kerana masing2 sibuk dgn urusan dan daki dunia yg tak berkesudahan termasukla aku….Terasa aku tak mampu menggantikan posisimu Abg Zaid…Aku seringkali leka dalam memerhatikan tok…maafkan aku abg zaid…
Kenapa engkau pergi di saat2 tok masih memerlukan engkau…

Abang Zaid,
Beberapa hari lagi aku kan berangkat ke Kuala Lumpur…Aku akan meneruskan tradisi keluarga kita di UIA…Aku sangat takut Abg Zaid…Aku takut sekiranya aku gagal mengawal diriku di sana…Dunia itu terlalu besar buatku…Dan sudah semestinya,keluarga kita meletakkan harapan yg menggunung kepadaku…

Abang Zaid,
Doakan semoga aku tabah dan berjaya mengharungi liku2 sebagai Muslimah sejati…Ketahuila abangku,akan kucuba untuk meneruskan perjuanganmu dalam jihad ini..Dan sekiranya perjuanganku terhenti di pertengahan,biarla hentian ini adalah SYAHID sepertimana darjat yang telah dianugerahkan Allah kepadamu…Sampaikan salamku kepada Ainul Mardhiah,bidadari syurga yg telah dijanjikan untuk para syuhada-NYA..
Katakan padanya yang aku ingin benar menjadi sepertinya…
Yang sentiasa SETIA menghulurkan CINTANYA setulus kasih…

Malam kian larut……..Namun aku masih memikirkanmu dan amanahku…
SELAMAT MALAM ABANG ZAID….SEMOGA ENGKAU TENANG DI SANA..

SUATU HARI KITA PASTI AKAN BERTEMU…..


Tuesday, April 21, 2009

cemburunya aku....






Semalam aku tidak dapat nak lena ngan tenang...mungkin aku terlalu penat untuk tidoq..

Tiba2 ingatanku teringat pada ibu dan ayah angkatku yg berada di Mengkuang Titi..

Apa khabar mereka....Sudah lama aku tak berkunjung ke sana..EHM...Terasa rindu pulak..huhu..

Tiba2..Hatiku tergerak untuk mengahntar msg kat mastura,salah seorang rumateku di uia dan juga org yg sama2 pernah pergi ke kem Yayasan Tun Razak bersama2ku,DIA jugakla yg menjadi partnerku semasa pogram anak angkat itu...

Aku mngatakan yg aku rindu pada kluarga angkatku itu..Aku pikir Mas sudah tidoq kerana aku menghantar msg terlalu lewat...Beberapa minit kmudian,dia membals,terkejut gak aku...

Kemudiannya,dia mengatakn yg dia dalam train,on da way nak balik perlis..Hairan aku,kenapa Mas pulang?Bukan ka sepatutnya dia menghabiskan short semnya di Nilai dlu...

Dia kemudiannya mmeberitahu aku yg dia telah withdraw dari uia kerana akan mendaftarkan diri untuk mngambil diploma dalam pengajian tahfiz di Darul Quran..

Sungguh aku terkejut dgn msg tu...Bukan apa,keputusan yg dia buat itu terlalu mengejut buatku..n APA YG mengejutkan aku lagi,keputusan dia itu telah menyebabkan dia kehilangan title graduater cfsiium..Bukannkah itu suatu yg rugi....setelah 2 tahun dia bertarung sebagai pelajar...n lagi sebulan lagi dia bakal jadik graduater cfs...Mas what r u doing?!!!!!!!!


Namun aku tahu,dia ada reason dia yg tersenirik.........Dia telah mengingatkan aku yg ILMU ni bukanlah sekadar untuk title dan peperiksaan...Cemburunya aku....DQ lak tu...Spontan aku teringat bagaiman sukarnya aku nak menghadapi temuduga untuk masuk dq suatu masa dahulu...Tapi nasib memang tak menyebelahi aku...Terasa bumi Darul QURAN tidak langsung mahu aku menyentuh tanahnya...Mungkin aku bukanla insan yg layak untuk ke sana...Hanya org2 yg terpilih sahaja yg layak ke Darul Quran..Orang yg hatinya pada al quran...bukan pada daki dunia...

Mas aku cmburu......sgt2...Maafkan aku kerana berperasaan begini....Aku gembira kerana kau sememangnya layak ke sana..Tapi aku benar2 cemburu..
Darul Quran adalah mimpi aku....Impian Aku selama ini...

Selalu aku memujuk diriku supaya tenang menrima keputusan yg aku gagal untuk ke DQ.......tapi aku tak mampu....Aku tak mampu......n kerana itulah..aku berhenti berangan2....

Tapi....aku berjanji kat diriku,kalau aku tidak layak ke Darul QUran,akan ku hantaq anakku ke sana suatu hari ni............Itu jANJI..........dan pastinya........AKU TAKKAN CEMBURU LAGI....

Monday, April 20, 2009

KENAPA AKU?!!!!!!!!!!!!!!!!

HUHU.........Sedihnya......sedih bila aku terpikiaqkan yg aku kena bayaq RM250 pada satu benda bodo yg aku tak sengaja terbagi punah....Ingat senang ker aku nak cari dwit banyak tu?!


Kenapa di saat2 aku nak balik ada saja benda2 malaun yg menganggu...Ya Allah,aku tak sengaja!!!!!!!!!!!!!!


Segala2nya bermula waktu aku tgh duk study untuk subjek yg las skli untuk final examku,subjek linguistic..........maklumla.........subjek ni,killer subject dlam kos aku..susaaaaaaaaaaaaaaaaaah....memang susah..



Suddenly,one of my rumates datang tanya wheteher aku ada movie omputih or korea tak, sebab dia dh hbeh exam,so dia nak tgk r crita2 tu wat layan bosan...



Tapi crita apa yg aku ada?stahu aku,aku senirik pun takla layan sgt crita omputih ni sebab aku tak paham dia cakap apa,dia nak apa pun aku taktau...hehehe...takla bodo sgt senaqnya,hehehe.. Cuma,aku suka crita yg mementingkan kluarga,budaya dan meningkatkan motivasi..



Cerita omputih yg aku pnah tgk best cam Jumanji,Casper,Night At Museum,Goodness n byk crita2 fiksyen ...Bg aku teknologi yg ditunjukkan oleh sesetengah pengarah barat perlu di contohi r... Walaupun depa wat crita mohong yg nampak sgt mohongnya,tapi org kita nganga gak depan tb tgk..



Tapi aku bukan pengulas filem,aku nak cerita benda len,cerita ni lak kuaq.........



Ok,aku pun katala takdak.........Ptg tu kawan aku balik,dia bawak satu hardisk,dia kata dalam tu ada beratus2 movie yg best..Kecoh r satu bilik,bukan sebab hardisk tu sebab Tuan empunya hardisk tu cam skandal baru rumate aku...hehe..biasala tuh..



Aku pun tiba2 tergerak hati nak copy bebrapa movie seram yg aku rasa nak tgk n paling penting,satu movie hindustan yg aku naaaaaaaaaaaaak sgt tgk,Om Shanti Om



Lepas study n wat assignment tu,aku pun mintak r kebenaran rumateku nak pinjam hardisk dia...Kebetulan,ketika itu rumateku dh nak pulangkan benda alah tu kat mamat tersebut,so dia suhla aku copy cepat2..n dia nak aku pulangkan hardisk tu selepas dia habeh makan ngan mamat tu..


Tgh copy.......kawanku antaq msg yg dia suh aku turun bawah untuk berikan hardisk tu...Sambil tergesa2,aku pun mengemaskan segala peralatan2 hardisk tu...


Malang memang hadiah aku,tiba2,tym nak bawak hardisk tu,tali USB dia meluncur dari tgnku dan mengakibatkan benda tu terhempas kat lantai..ASTAGFIRULLAHALAZIM......


Aku pun hanya sempat membelek seketika ja keadaan hardisk tu n aku trus mengirimkan kpd junior aku yg kebetulan mahu turun ke bawah...


Nothing in my mind when i saw the condition of that hardisk..


Aku hanya pikir,mybe hardisk tu xdak apa2....aku tak terpikir pun yg dia akn rosak begitu teruk coz based on cover dia n bila aku shake2,takdak skru yg terkeluaq or pecah apa2...ok kot no,hehehe...Then aku pun kirim kat junior aku yg kebetulan nak turun bawah..huhu



Ingat dah takdak apa,esok ptg tu tym aku tgh meeting ngan brader salmee tiba2,rumateku antaq msg,tanya aku whether laptop aku ada virus or aku ada terjatuhkan hardisk tu..



Suddenly,baru aku gtau dia yg aku ada jatuhkan benda tu unintentionally....Bermulala,kes aku ngan rumateku tu...hadui....ingatkan nak balik dgn hati yg tenang...huhu...

Rumate aku pun suh aku col mamat tu mintak maaf n tanya kalau2 ada apa2 kerugian nk ganti...
Yang brader salmee tu duk perli2 aku dalam bilik meeting...mana taknya,skit2 ada org kol,skit2 msg...hai,jadik aku pun mintakla xcuse nak kuaq jap nak wat panggilan telefon...hai...

Aku ni segan nk kol sebenaqnya....SEGAAAAAAAAAAAAAAAN!!!!!!!!!!

ALHAMDULILAH..

Kebetulan sgt kawan bekku syarnissa kol,huhu...aku pun cerita r,bla2...

Dia pun offer diri nak kol mamat tu,kebetulan satu kos ngan dia..

lastnya,syarnissa kol aku,dia pun cerita r reaksi mamat tu camna....hadui..

Malam tu,aku dapat msj...paaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaanjannnng dari rumateku..

Dia marah sgt sebab aku gunakan syarnissa untuk kol mamat tu sedangkan aku yg sepatutnya responsible kat apa yg jadik...Biasala,kalau dh marah,macam2 yg kluaq...huhu...Dia mengatakan yg mamat tu dah tak layan msg2 dia lagi sbb kes hardisk tu n frenship diorang sgt penting bg dia...Then..dia suh aku SENIRIK yg kol mamat tu..

AKU hanya reply "ok" ja walaupun sebenaqnya,aku agak terkejut dgn apa yg dikatakan...Kalau dgn mamat tu..friendship diorang penting...dgn aku?...

Aku menarik nafas panjang seketika...Ya salah aku,n aku tak patut terasa hati..Orang tgh marah,macam2la yg terkeluar tanpa sedaq...aku cuba pujuk diri aku..

Malam tu aku cuba beranikan diri kol mamat tu....terasa mukaku panas...aku memang segan....Bagi aku,terasa seperti aku membuka hijabku di hadapan mereka bila aku memulakan msj dan bercakap dgn mereka...Ya Allah,bantula aku..

Perbualan bermula:

Aku:Assalamualaikum ni aizad ka?

Mamat tu: Ya saya..

Aku:Err..Nama saya jannah.. sy yg..

Mamat tu: (Sambil gelak)...owh..ha...

Aku:Sebenarnya saya nak mintak maaf,sy yg terbagi punah hardisk awak ritu..Skrang sy nak tanya,camana keadaan hrdisk awak?

Mamat tu:(Sambil gelak lagi)..Rasa cam pesakit lak...kahkahkah

Aku rasa macam nak terajang seketikala mamat tu...kredit aku duk jalan ooiii.. aku tgh takut2 ni dia gelak2 plak....
Tapi mungkin memang betui,aku pun rasa cam doktor ja tanya camtu..Aku pun meneruskan dialog aku.. kah3

AKU:Boleh guna lagi tak hardisk tu?


Mamat tu: Dah tak leh r...Rosak teruk..Nak guna pun xleh..

AKU:OK...awak nak ganti rugi dalam bentuk hardisk ka dwit?

Mamat tu:ehm.....aaaaa....(tergagap2 dia,mungkin dia takut kut)hehehe

AKU:Ehm...dwitla tu...brapa yg awak beli hardisk ni?

Mamat tu:dalam dua ratus lebey r...huhu...

Aku:ok...macamnila..awak kasik no akaun meh sy bank in...ehm,rini hari apa tah?aku pun dh tak ketahwanla hari apa...

Mamat tu: errr...sabtu..

AKU:ok,lusa sy bank in k...stg bagi r no akaun...by da way,awak ngan rumate sy tu ok ka?awak dh tak msg ngan dia ek?ke dah tak kawan ngan dia....hehehe(macam budak2 lak soalan aku ni)

Mamat tu:Eh takla...biasa ja...tak merajukla..

AKU:dia kata awak dh tak msg dia?msg r dia wei...tolong r...(kata aku separuh merayu,terasa macam org bodo tym tu,ye r...,merayu pada sesuatu yg sgt2 mengarut..

Mamat tu:(sambil ketawa)....nape,dier kata sy mrajuk ek...mana dala..

AKU:OK,lusa sy bank in,n sy harap awak ngan dia beebaik r semula....jgn lupa ya msg kawan sy tu...hehehe... pahit ja ketawa aku...melayang dwit aku....huhu..

Mamat tu: ok2...

hehehe....lega...biaq hilang dwit,jgn hilang kawan...itulah yg aku ingatkan bila mengenangkan persahabatan aku ngan rumateku...aku betui2 tak sengaja bg jatuh..aku harap dia paham...

malam tu,aku dpat msg dari rumate aku...mybe mamat tu dh msj dia...

dia mintak maaf atas kata2 dia tadi...dia pun tgh marah sbb tu terkeluaq benda2 kasaq yg sepatutnya tak keluaq...

Takpa,aku maafkan....bgiku takdak yg lebih penting melainkan hubungan persahabatan.. salah aku...

Yang anehnya.......mamat tu keesokkan harinya msj yg dia taknak aku bank in,tapi dia nak aku serahkan dwit tu secara face to face kat gombak....wuteva...


Sunday, April 19, 2009

Adakah aku menepati janji...


Sebenarnya...bagi aku,dalam nak mengharungi hidup ni....ada macam2 benda yg aku perlu consider untuk mencapai kejayaan..

Setiap tahun,aku akn snantiasa berazam untuk menjadi individu yg baru,supaya aku boleh menjalani transformasi diri aku senirik...Tapi aku rasa,semakin aku melangkah ke alam kedewasaan,semakin banyk prinsip dan pegangan yg telah terabai...

Mengenangkan kembali aku dan sejarah lalu adalah pengalaman yg sukar untuk aku tempuh..Sehingga seringkali aku merungut di hadapan Allah,mengapa aku dilahirkan dan kenapa aku di hantar ke dunia ni sedangkan aku akn banyak lagik menambahkan dosa aku hari demi hari...Aku tak punya apa2 kelebihan,aku rsa aku tak dapat nak membhagiakan ibu-bapaku...Jarang sekali aku dapat menunaikan janji2 aku dgn Allah...

Namun,Allah senantiasa memerhatikan aku..Tak pernah lari pemandangannya dari aku dan sentiasa bersama aku susah dan senang........Dialah jugak yg menunaikan segala permintaanku walaupun Dia tahu,aku jarang skali,menjaganya,sebagaimana Dia menjagaku...

Adakah aku seorang yg menepati janji....seringkali aku bertanyakan kepada diriku tatkala aku bgun pagi untuk solat subuh....Kdg2..aku berjanji yg aku akan bgun untuk bertahajud,tapi aku asyik melayan nafsu tidurku..kdg2,aku berjanji untuk semayang di awal waktu,tapi aku ralit melayan angan2ku...

Ya Allah.......kau ampunilah aku...aku telah banyak mempersia masa remajaku..Janganla Engkau berpaling Ya Allah...Janganla Engkau berpaling dariku..

Aku mahu berjaya dalam dunia yg Engkau ciptakan,tapi semestinya aku juga mahu berjaya di AKHIRAT NANTI..

Bantulah aku Ya Allah,aku tak mampu untuk bergerak lagi kiranya mizanku tidak cukup untuk aku mencium syurga-Mu...

3 BENDA YG AKU MAHU CAPAI TAHUN INI:

1)Merendah diri
2)Ringan tulang
3)Berbudi bahasa

Debaran...

Debaran semakin terasa...

International Islamic University Malaysia...Gombak....

Ntahla....meniti minggu2 terakhir aku di rumah ni,aku trasa sgt lain...

Nerves,takut,sedih n macam2...

Esok hari isnin,kiranya cam esok n lusala hari2 terakhir aku ngan student2 aku...

Hai....banyak pengalaman aku ajaq depa ni...Dgn depa aku tahu bahawa kepuasan menjadi guru apabila student dapat menguasai apa yg dia ajaq...

Kdg2,mereka jugakla yg menguji kesabaran aku..."Ustazah,tgk kawan sy ni,dia kata sy keling!
Ustazah tgk dia ni ustazah,dia tiru!

Hai....ada yg nak kena ngan aku ni...Bila kening aku dah mula bersambung...senyapla budak2 tu..."Kamu ni umuq dah 10 tahun,awat yg prangai macam budak2 lagik!!'

Ha kamu ni,awat yg kata keling2 ni,kamu tau dak,menghina rupa paras kwan2 kamu,seumpama kamu menghina Allah!Kamu mintak maaf balik kat dia!..Garang bukan tak garang..

Aku menggunakan pendekatan soalan dan jawapan kat depa...Kdg2 dgn umuq budak2 ni,kita kena bgtau what do n don't...n consequences..Baru depa tau...

Apa yg aku belajaq dalam subjek linguistic tym kat uia,lecturer kata, budak2 ni dia cepat bulih kalau kita ajaq depa..tak macam org2 tua...sebab tu tym nila kena push2 depa...n tak heranla dalam umuq 10 tahun,depa dh khatam quran lebih dari 5 kali...hebatkan..ehm..

Tapi memang btui pun,aku ajaq doa skit ja depa dah boleh hapai...bguihlakan...budak2 ni otak dia elok lagik...masih bersih n suci...sebab tu cepat dapat...

Takpa anak muridku sekalian....esok kita blajaq hukum2 tajwid lak..hehehe...
Ustazah dh tak ajaq kamu dh pasni...Hopefully,at least kamu ada basic pun takpa..mad asli ka,mad arid lisukun ka....huhu...Sayang klu taktau benda ni...kita jumpa esok
ek...nite..

Saturday, April 18, 2009

Istimewanya hidup ini..


Kawan2 sesekalian....
Assalamualaikum w.b.t


Cerita kita pada harini ialah TENTANG penerokaan kelebihan diri.....Tapi sebelum tu mai kita bercerita tentang haiwan..ehm ..
Kita suma sedia maklum bahawa
kat dunia ni memang terdapat pelbagai jenih menatang..ada yg boleh dimakan dan ada yg hanya
boleh dibela saja tapi takboleh dimakan...Tak lupa juga
ada yg haram untuk di sentuh..


Harini saya nk mengulas mengenai haiwan yg haram disentuh dan dipegang oleh orang islam iaitu anjing....gambaq yg saya buh kat ataih ni kucing...saja r nak display,keh3...ehm
Anjing...
satu nama yg agak digeruni oleh budak2 pompuan uia nilai termasuklah sy senirik...huhu...
Sapa tak takut oooi,anjing kowt!mau kalau dia reqoh(gigit) kaki tu sapa yg nak ganti...
Ntahla,mybe dh stereotaip kutkan,bila nampak anjing ja misti rasa nak lari.....
Sebenaqnya salah tu..Anjing salunya dh dilatih untuk mengejaq orang yg lari...mybe sbb tuan dia habaaq kat dia,kalau ada org lari...ligan ja,tu misti jahat!ehm..memang boleh pakaikan alasan ni...tapi kalu anjing tu dh memang rupa gila talak ja bila kita lalu...takkan tak lari kowt?!!
Ntahla,kalau tanya sayalakan.....walaupun anjing tu tgh tidoq pun sy akan lari..i will never let myself to be a part of anjing food!huhu....
Tapikan kalau kita pikiaq2 balik...watpa Allah jadikan anjing ha kalau Dia tau benda tu haram,dahla nak sentuh haram,nak makn lagi r...misti ada sebabkan?ehm....
Ada tu.....Nanti sy reveal knowledgekan....huhu..
EHM...sebenaqnya...setiap yg Allah ciptakan ni...ada keistimewaannya masing2...waima ia diciptakan haram atau cacat....Pasti ada yg Allah hadiahkan kpd kita sesuatu keistimewaan yg kita senirik pun kdg2 tak perasan...
Seharusnya sebagai manusia,mengenali identiti diri adalah sesuatu benda yg seharusnya dipupuk oleh kita sebagai remaja sejak kecik lagi..mungkin kita leh try tanya kengkawan kita tentang kelebihan n kekurangan diri kita coz kdg2 kita senirik pun tak bopa perasankan...
Contohnyalakan...kataakanla satu hari kita terperasan yg sora kita sedap,apakata kalu kita asah bakat kita tu untuk menjadi qariaah ka ata masuk musabaqah2 alquranka kan...
Better gunakan ke arah kebaikan..btui tak?yg jadik salahnya...
bila dh ada sora sedap tu...just nak masuk af ja.....bukan nak kutuk af ka apa...kang kena sue lak,tp masyarakat kita ni terlalu amik jalan mudah nak capai sesuatu kejayaan...BILA DAH SENANG NAIK,SENANG JUGAK TURUNNYA....
Itula yg berlaku kat segelintir artis kita zaman skrang...huhu...
Namun apa2pun yg berlaku...hargailah kelebihan kita dgn cara yg terbaik dan mengikut acuan alquran serta as sunnahya....;-)

Friday, April 17, 2009

Aku..roomate dan gombak..





Harini....17 april...kiranya,lagi 11 hari lagi aku bakal menjadi pelajar tahun pertama di
uia gombak...Agak nerves jugak aku memikirkannya...memang sudah menjadi
kebiasaanku berperangai sebegini bila aku akan bertukar ke tempat yg baru..

Macam2 dalam fikiranku,bagaimana gombak?dapatka aku menyesuaikan diri kat
sana?dan yg paling merungsingkan aku,siapa bakal roomateku....huhu...
Sebenarnya,aku sgt bencikan perubahan...huhu..Kerana aku adalah org yg sgt stick
pada satu2 benda ja...

Inila kelemahanku yg aku sedari dari aku kecik lagi..Aku sedar sikap macamni tak boleh ada pada individu yg ingin berjaya tapi entahla...Aku sebolehnya mahu menempatkan semua rumate2 ku yg dahulu ke dalam Mahalahku iaitu Mahalah Aminah..Bencinya aku dengan keadaan baru ini...

Suatu pagi,aku mendapat msg daripada jijah,budak jurusan arab dan ex-rumateku yg sgt rapat dgnku semasa di Uia Nilai...Dijah mengajak aku untuk menjadi roomatenya di Gombak yg kebetulan dia mendapat Mahalah yg sama dgnku...Bagi aku,pelawaan dijah amat2la dinanti2kan kerana aku pun takdak partner lagik.....huhu..Biasala,Dijah adalah sahabat baikku selepas ketiadaan Syarnissa,huhu....Tapi untuk mengajak dia menjadi roomate adalah sesuatu yg mustahil kerana aku tahu,pasti diapun ada pilihan dia yg tersenirik...huhu...Jannah2...pasai benda kecik pun nak kecoh..

Sebenarnya untuk short sem ni,pelajar2 baru diberi keistimewaan untuk memilih 3 orang roomate untuk tinggal bersamaku,kebetulan sebenarnya aku sudah mempunyai dua bakal roomate iaitu Aqida dan Che A yg kebetulan adalah budak ben yg mengambil short sem,kiranya aku kekurangan seorang lagi roomate..Dan jikalau dia sudi menjadi roomateku,kiranya dialah partnerku nanti...huhu..

Oleh kerana dijah menghadapi penyakit saraf dikaki,aku pun mencadangkan kat dia supaya dia buat surat untuk mendapatkan bilik ground floor,hehehe...mudah2han aku jugak boleh menumpang tuahnya dapat bilik bawah...amik kesempatanla katakan.........kahkahkah...susahla dapat tingkat atas2 ni..huhu..Kebetulan dijah nk wat surat untuk memaklumkan kpd pihak uia tentang pyakit dia, aku pun memberi segala butir2 diriku and dua rakanku yg lain dgn hepi2 sambil tak putus2 bersyukur ke hadrat ilahi sbb memberikan dijah sbgai pelengkap roomateku..Bagi aku dijah adalah sekeping puzzle yg melengkapkan keseluruhan puzzleku...huhu..

Namun sudah suratan Ilahi,keesokkan harinya,dijah msg aku,dia meminta maaf kerana tidak dapat menjadi roomateku..katanya,uia hanya benarkan dia duk di ground floor asalkan dia memilih teman sekelas dan satu kos untuk memudahkan dia ke kelas...huhu...Jadik dia telah decide untuk amik partner dari kelas dia senirik..huhu...............

Bak kata syarnissa...SEDIH HANGAK!!!!!!itulah perasaanku bila dapt msg dia sehinggakan aku macam kurang bersemangat untuk bgun kesokkan harinya itu...huhu....Itula aku,kerana benda kecil pun.....aku dah down...huhu...


ISK ISK....Aku tahu...sebenarnya,jika jijah tak mengisi kekosngan bilikku ini,MAKANYAAAA,kekosongan ini bakal diisi oleh seseorang,ya seseorang,tapi..eh tak, mybe dua org...dua orang yg nampak gayanya...bUKAN cik A ATAU AQIDA tapi dua org lain yg mahu duduk dgan aku....yg mana ...
AKU TAKNAK NGAN DEPAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!SEBAB AKU TAHU SIAPA MEREKA...OWH ALLAH JAUHKANLA AKU DGN DEPA....Aku tahu setiap benda yg aku taknak ni,misti ituuula yg akan aku dapat...Tapi Ya Allah,perkenankanla doaku ini..hanya Engkau yg tahu apa yg terbaik dan yg aku mampu.. Berikanla yg terbaik untukku Ya
Allah,semoga bila aku bersamanya,hatiku akan turut sama mengingati-MU....

CIRI2 ROOMATE YG AKU HARAPKAN...

*Tak tinggai semayang sesuka hati
*Tak cerewet
*Tak pengotoq(tak berbau)
*Tak gedik
*Bersederhana dan tak melampaui batas dalam pergaulan
*Sangat lucu dan suka bergurau
*Suka study dan bermotivasi tinggi
*Tidak suka memandang rendah kat orang
*Tidak iri hati...kiranya bukan jenih yg suka dengki2 r
*Tak tikam kawan dari belakang(aku tak suka org jenih yg camni)
*Bukan jenis yg suka raih simpati
*Tak amik kesempatan
*Tak mencuri
*Tak sensitif
*Tak merokok
*Bukan kaki clubbing
*Suka tolong kawan
*Sentiasa bersama susah n senang

KESIMPULANNYA...KEPADA BAKAL ROOMATEKU,AKU AKAN BERUSAHA UNTUK MENJADIKAN AKU MEMPUNYAI CIRI2 DI ATAS,CUMA AKU AMAT2 PERLUKAN KAMU UNTUK MEMBANTU AKU KERANA ONCE AKU DILETAKKAN BERSAMAMU-KIRANYA AKU AKAN MELETAKKAN KAMU MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA KEHIDUPANKU...DAN SEMOGA KITA BERSAMA2 MENEMPUH DUGAAN DEMI DUGAAN DENGAN TENANGNYA SEMATA2 MENCARI KEREDHAAN ALLAH..

Wednesday, April 15, 2009

Hari2 terakhir syarnissa di gombak...


Harini....merupakan hari terakhir sahabat baikku,syarnissa exam final di gombak..

hui...pejam celik pejam celik,kiranya sudah lengkap satu sem dia ke gombak seorang diri tanpa aku...kawanku itu orangnya tabah...

Walaupun kerap kali dia menangis mengenangkan benda2 malang yg salu berlaku dalam hidupnya ,tapi jarang skali aku lihat dia gagal dalam peperiksaannya....Bagi dia,walau apa pun yg berlaku,hidup perlu dinikmati dan dihargai.

kekurangan yg dimiliki oleh syarnissa tidak langsung mematahkan semangat dia untuk belajar...jadik tidak hairanla jikalau dia salu menjadi rebutan byk syarikat untuk diberikan scholarship...huhu...

Perkenalan aku dgnnya bermula ketika aku sedang mencari2 arah gimnasium dlm mahalahku(hostel) di uia,ketika itu,aku yg baru saja tiba di uia,sajala nk explore2 kawasan tersebut....

Dgn menaiki lif,aku pun sampaila ke tingkat 8 di mna gim brada...sampai2 shja di muka pintu,aku terserempak dgn seseorang penghuni tingkat tersebut,dia kelihatan agak tergesa2 dan resah...aku pun bertanyakan arah gim,dan diapun menunjukkan yg sebenarnya gim berada di depan mata aku sahaja...huhu...buta perut rupanya aku ni,depan mata pun tak nampak lagi...huh

Walaubagaimanapun,ntah kenapa,pandanganku tertacap kpd sepasang mata dia yg aku rasa agak lain dari yg lain,oleh kerana ingin tahu,aku pun mengajaknya berbual di ruang tamu mahalahku,kebetulan ketika itu,dia sedang menunggu kawannya untuk ke kelas...Aku pun memulakan perkenalan dgn bertanyakan namanya,dan asal dari mana,dan kos apa....rupa2nya,nama dia Syarnissa ahmad dahuri,datang dari kos yg sama ngan aku dan berasal daripada kelantan...

Aku agak terkejut bila tahu yg dia ni org kelantan kerana melihat dari gaya percakapan dan rupanya langsung tidak mirip kelantanese,kemudian,sbagai bukti, aku pun menyuruh dia bertutur beberapa patah dlm bahasa kelantan,kemudian dia pun dgn mudahnya....heheh"awok nok sy kecek lagu mano?"

perghh,pekat giler kowt.....aku ketawa terbahak2...Jarang sekali aku dapat berbual mesra dgn org yg baru aku kenali dgn hanya beberapa minit...Bagi aku dia memang istimewa...Kemudian aku pun mula bertanyakan tentang matanya...

Rupa2nya dalam keceriaan yg dimiliki olehnya,dia menyimpan seribu satu kisah yg amat menyedihkan...sedari kecil,dia telah menghidap penyakit glaukoma..dimana penyakit ini mengakibatkan buta sebelah matanya..dan memberi kesan kepada seluruh kehidupannya selama ini..Banyak kisah sedih yg berlaku selepas dia disahkan buta dan biarla kisah ini menjadi rahsia kami berdua...

Selepas mengetahui kisah sebenar,aku pun menawarkan diri untuk membantunya jikalau dia memerlukan sebarang pertolongan..

SYARNISSA adalah sumber inspirasi saya untuk belajar,ketabahannya mengingatkan saya untuk senantiasa bersyukur dgn nikmat mata yg Allah berikan ini..

Pernah suatu hari semasa berehat2 dlm bilik,sy dan dia berbual2 mengenai hidup dan impian,smbil merakam perbualan kami menggunakan video henponnya,sy pun berlagak seperti seorang wartawan dan bertanya,apakah yg dia igin buat sekiranya,dia diberikan peluang untuk diberikn sepasang mata yg lengkap dan sihat,dia lalu menjawab..."sy harap kalau sy dapat lihat dgn kdua2 belah mata ni...sy akan bljar dgn bersungguh2 lagi,n sy harap,sy dapat membahagiakan kedua2 org tua saya la,sy nk balas semua jasa2 mak ngan ayah saya,diorgkan jannah dh banyak berkorban dmi saya...saya nak blajar,saya nak blajar...Kdg2 sy nampak,org yg ada mata yg lengkap ni,takmau blajar bersungguh2...tapi saya nak belajar jannah..


Kata2nya itu membuatkan aku berasa amat sebak...tapi sudah menjadi kebiasaanku,aku tidak akan menangis di hadapan kawan2ku..

TO SyarnissA,

Sy senantiasa doakan awak sembuh...saya pasti,Allah selalu menguji awak kerana dia tahu awak mampu sya...Awak org yg terpilih..Saya yakin sya yg awak pasti dapat melihat dgn kedua2 belah mata awak satu hari nanti...

Syarnissa,xlama lagi,sy kaya sya....dan tym tu,kita akan sama2 pi mengubati penyakit awak kat mana pun yg boleh..mungkin amerika syarikat ataupun jepun..Dunia perubatan skrang semakin maju...Awak percayalah ngan kata2 sy ni..

Cuma pesanan sy,awak jgnla selalu bersedih ya sya..Ramai org perlukan awak..u have inspired many people to live..Sy tak brjanji yg saya mampu jadik kawan yg terbaik tapi ingatla yg sy sentiasa berada di hati awak,dan di sisi awak bila takdak siapa bersama awak..Ketabahan awak adalah kekuatan saya...dan ia mungkin kekal smpai bila2.......

Akhir sekali,tahniah kpada awak kerana berjaya mengharungi satu sem ini tanpa sapa2 bersama awak....you did it sya!!!!!!!i'm proud of u...hehehe..

TUNGGU AKU DI PINTU UNIVERSITI..


Monday, April 13, 2009

Alhamdulillah....Gembiranya harini..



Bersyukur ke hadrat Allah Subhanahuwataala kerana memberikan harini,sebagai

hari yg agak menggembirakan bgiku...ehm..

Pada harini,aku memulakan hari dgn membaca msg daripada kawanku Farah,dia

meminta aku berdoa agar dia dipermudahkan untuk menjalani

peperiksaan...Aku memeriksa waktu farah menghantar msg kpadku,dan

ternyata sahabatku ini aku assume yg dia mungkin stay up atau bgun awal pg untuk

study.. sehingga pkul 3.48..Besalah pompuan..memang nerves sket bab2 exam

ni...hehehe..Aku memblas msgnya dgn mengatakan yg insya allah,aku

senantiasa mndoakan dia...apa2 pun,aku tahu yg kawanku ini memang bijak

orgnya...Kemudian,lpas selesai solat subuh, aku tidur

semula,hehehe.......biasala,bila dh dpt cuti panjang ni,memangla tidur ja manjang( jgn tiru sikap ni,tak elok,ish ish ish)

Pukul 11.30.........ehm,macam biasa,aku akan tercongok kat depan tv 1,tgk drama yg

dilakonkan oleh ayu raudah n syed aiman,tajuk dia,Dari Mata Arisa......best gak citer

ni,hahaha........cuma cite ni mybe agak membosankan aku kengkadang sebab aku dh

tahu jalan crita ni...sebab apa?sebab crita ni, diadaptasi dari novel Bikash Nur

Idris,Kau Sayangku,huhu....Sebijik kowt..hehehe..cakap kowt2 ni tringat kawan2ku

kat uia yg suka cakap kowt walaupun bnda ni memang dh jelas2, jadik lepas hbeh

cerita tu,aku tgk lak cite impostora,citer filipina..........citer ni pun aku dh tahu apa

ending dia sebab aku dh tgk kat youtube...hahaha...boringkan life aku?Salunya aku

akan tahu satu benda ni awal dari org len.......Alhamdulllilah,keistimewaan yg Allah

kasik kat aku.......huhu...Then aku pun pi bersiap2 nak mngajaq...Tiba2 aku

mendapat panggilan dari kawanku yg mengatakan keputusan pemilihan untuk

pemohon medsi dah keluar,terkocoh-kocoh aku online...malangnya,line tgh

busy..huhu.........tapi takpa,satg aku try tgk lagi......sajala aku cuba menyedapkan hati


Then aku pun kluaq mngajaq,ha.....sambil termenung melihat student2ku yg tak

bopa ramai tu,aku diberitahu oleh student2ku yg mereka perlu pulang awal untuk

latihan choral speaking... Dalam hati aku,aku tersenyum........hehehe...nk balik awai

lagi bgus..........hahaha,selepas mengajar dan memberi latihan kpada mereka,aku pun

meminta mereka untuk memberi sedikit persembahan choral speaking di

depanku,mungkin kerana aku juga pernah menjadi juara choral speaking peringkat

negeri perlis suatu ketika dulu,jadik perasaan ingin melihat perkara yg sama berlaku

kpd anak didikku semakin menebal...hehehe..........bila saja mendengar...aku dpt

merasakan yg mereka sukar untuk menang kerana tak memberi sepenuh

penghayatan ketika membuat persembahan...huhu.......sori dik2,nila kritikan

ustazah...Then after kelas aku trus ke Pekan simpang 4 untuk membeli bihun sup

kpada nenekku,tok2...........asyik bihun2....

Balik tu,aku trus check lagi medsi punya web,manala tahu kot2 ada nama aku

ka...........ada takpa,takdak pun takpa........lagi bagus adala.......huhu...

Alhamdulillah,dgn kesabaran yg aku miliki,namaku terpampang di laman web majlis

peperiksaan malaysia.....huhu.........aku terpilih jua......Keputusan ini aku hadiahkan

kpd seseorang.......seseorang yg aku sematkan kpd jiwaku,seseorang yg menangis

ketika aku kluar dari maktab perguruan dan melangkah ke uia,seseorang yg sering

menggalakkan aku untuk menjadi guru..Beliau ialah bapaku.......

TiMA KASIH ABAH ATAS PENGORBANANMU YG TAK TERKATA.......Aku berjanji yg air mata yg tumpah suatu ketika dulu,bukanla AIR MATA YG SIA2...TAPI SANGAT BERHARGA....

Monday, April 6, 2009

Pada hari2 yg pasti...

Anta..

Bukan ana tidak mahu memandang wajah anta,

Tetapi ana sentiasa berdoa agar wajah itu menghiasi hari2 nanti..

Hari2 yang pasti..

Bukan ana tidak mahu melirik senyuman pd anta,

Tapi ana selalu tersenyum di dalam hati,

Agar senyuman ini 'mahal' dihari cincin di sarungkan di jari,

Bukan ana tidak mahu bertanyakan khabar pd anta,


Tetapi ana sering mendoakan agar satu hari nanti,

Ana tak perlu bertanyakanya dan ana sentiasa merasai..

Pada hari2 yang pasti...

Tapi ana ingin menghabiskan bicara2 ana,

Tika mana ana dan anta 'bukan' lg 'ana' dan 'anta'..

Pada hari2 yg pasti...



Bukan ana tidak mahu chatting dgn anta,

Tapi ana takut jari2 ini tidak diizinkan lg untuk bersalaman dengan anta,

Pada hari2 yang pasti..

Bukan ana tidak mahu bermesej dgn anta,
Tapi bimbang Allah menarik kenikmatan ini ...


Pada hari2 yg pasti...

Tika itu mungkin Allah menarik nikmat cinta duniawi yg dinikmati di waktu ini,

Bukan ana tidak ingin memandang wajah anta,
Tapi,ana bimbang wajah ini tidak akan lg memberikan senyuman di setiap pagi,

Pada hari2 yg pasti...

Bukan ana tidak ingin memandang senyuman anta,

Tapi ana bimbang senyuman ini pudar dan layu,

Pada hari2 yang pasti..


Bukan ana tidak ingin membelikan hadiah untuk harijadi anta,
Tapi bimbang ana hadiah itu adalah terakhir dari ana untuk anta..
Tidak lagi,

Pada hari2 yang pasti..


...............................
Anta yakinlah,
Percayalah...

Bukan ana tidak ingin mengatakan rindu pada anta,

Tetapi rindu tika ini tidak akan membawa kepada rindu ana pada ilahi..
Kerana ia bukan hari2 yang pasti...


Bukan ana tidak ingin mengatakan bahawa ana mencintai anta,
Tapi ana tahu cinta saat ini tidak juga membawa kepada cinta ana pada ilahi,


Kerana ia bukan hari2 yang pasti..
Kerana ia bukan dihari2 yang pasti,

Ana tidak mahu agar hati ana dan anta mati..

Lalu mematikan hubungan ana atau anta dengan ILAHI..

Anta...

Intailah sebentar hari2 yang pasti..tika itu,
andai ana jatuh,anta menghulurkan tgn untuk memberi ana harapan,
tika ana kesedihan anta bersedia untuk tersenyum disisi dn menggembirakan,
tika ana berseorangan antalah teman,
tika ana kelalaian antalah yang mengingatkan..
tika itu,ana dan anta..

Bukan lah 'ana dan anta 'lagi...

Kerana


Ia adalah hari2 yang pasti..
Berdoalah untuk hari2 yang pasti,
Hari2 yang pasti bagi mereka yang menyandarkan harapan pada jalan kebenaran..

Dan itulah jalan yang telah islam berikan...

selamat malam anta..

Moga kita dipermukan nanti,dihari2 yang pasti,seperti yang Allahu Rabbi telah janji..bagi mereka yang mana hati2nya tidak mati dihari2 yang tidak pasti..


Pasti!..yakinlah..Allah sangat2 baik !..moga kita semua dibukakan pintu hati..

untuk anta2 dan anti2 skalian yang sangat- sangat menghargainya.


Jazakallahukhairan kathira....

"Ya Allah, andai aku rindu, biarlah rinduku bersulam taqwa. Andai aku sayang, biarlah sayangku kerana Dakwah! Ameen"~ *Hanya Allah yang tahu*

-PUTERAKU SAYANG-

"Jadikanlah dirimu wahai puteraku,seperti lebah yg rela mengeluarkan sengat untuk melindungi permaisurinya dan ketahuila,apabila sang lebah mula mengeluarkan sengatnya, bermakna ajal pasti menemuinya..Bukanla seperti seekor kumbang yg rakus menghirup madu si mawar,dan lari berterbangan bila mawar itu sudah tak bermadu lagi..

Saturday, April 4, 2009

jika engkau pergi..

Jika engkau pergi...

Bermulanya semua hanya dengan rasa
ada saja yang tak kena
Rupanya kau berkasih
Menyingkir setia
Sandiwara penuh dusta


Prechorus 1
Kini ku beri satu amaran
Jangan nanti jadi cabaran
Aku ingin kau memadam kenangan
Menjadi mimpi berterbangan


Chorus
Jika engkau pergi,
bulan dan bintang tetap masih di langit
Jika engkau pergi,
air mengalir takkan berhenti
Jangan khuatir tentang diri ku
Ku janji takkan merindui mu


Verse 2
Bermusim resah hadir membelai
Menyentuh hati kecewa
Janji sehidup semati
Tinggal tiada lagi
Impian hancur depan mata


Prechorus 2
Semakin terungkap kepastian
Biarlah ku rela melepaskan
Pada mu cinta cuma lah mainan
Sekadar untuk senda bersama


Chorus
Bridge
Puas sudah ku berikan engkau segalanya
Jalan cerita pun nyata akan berubah

a new song from imran ajmain entitled "jika engkau pergi",which i got it from the ost of yusuff's drama...Lagu ni agak best dan mempunyai makna yg agak tersirat...bg saya...kekuatan lagu ini terletak pd tajuknya sendiri"jika engkau pergi"

ehm...jika engkau pergi...there's nothing can change if u go..itulah sebaik2 pendirian..As a strong ummah,or the best creation,why we have to bertangis2.. n mengenangkan sesuatu yg tak berkesudahan.....WAKE UP PEOPLE!!!

when i see people outside, falling in love and after that breaking with her/his crappy couple...their world look like end up easily....wow3!!Some of them,end up that situation by committing suicide...ish2..very easy rite?Ehm..sometym i always asked myself,why we as a muslim always take or use a short term thinking.. -to be continue

UNTUKMU RATUKU...


Ratuku..

Ingin kuluahkan apa yang sudah lama ingin kuluahkan

Tentang kebimbanganku ini

Taktala melihat bunga-bunga berguguran

Dipetik tangan-tangan yang ganas lagi bernafsu serakah


Ratuku...

Kebimbanganku ini kian menebal

Apabila ku dengar dengungan kumbang perosak

Yang cuba menyedut madumu walau tanpa relamu


Ratuku..

Kebimbanganku bertambah lagi

Bila ku melihat bunga yang tak segan silu

Melampiaskan kecantikkannya ketika sedang mekar

Melupakan kuntuman yang sebelum ini melindunginya


Ratuku..

Aku masih terpinga-pinga

Masih wujudkah lagi ratu idaman kalbu

Kerana apa yang ku lihat hari ini

Semakin banyak bunga-bunga yang gugur

bagaikan tibanya musim luruh


Ratuku..


Bukanlah ku harap kau segigih Siti Hajar Yang berlari-lari antara Safa dan Marwah

Bukan juga sesetia Ainul Mardhiah Menanti kekasihnya di pintu syurga



Ratuku...


Akuilah hakikat yang tersurat

Engkau bukanlah Siti Khadijah mahupun Siti Fatimah

Engkau bukan Asiyah bukan juga Rabiatul Adawiyah Wanita suci lagi terpuji

Kerana aku tak layak berharap sedemikian rupa

Cukuplah sekadar kau cuba mencontohi bunga- bunga itu mekar mewangi

Sehingga harumnya melewati pintu-pintu syurga

Jangan kau risau ratuku,

Kadangkala musim berganti Sehingga kau tak dapat kembang mekar

Tapi itu hanya ujian buatmu

Esok musim bunga pasti akan tiba

Dan kau mampu berkembang lagi

Cuma yang ku harapkan ketika itu

Kau jagalah kelopakmu itu

Jangan sampai tangan-tangan kasar memetikmu lagi

Jangan goda kumbang-kumbang ganas menghisap madumu

Jangan biarkan gagak hitam itu merosakkan serimu

Kerana kau ratu idaman kalbu Ratuku,

Aku bukanlah memandang kecantikkanmu itu

Walaupun kadangkala aku tertarik memandangnya

Bukan itu yang ku harapkan

Aku yakin ratuku

Masih ada sinar harapan yang bisa membuat aku tersenyum lega

Kerana akan aku temui ratu yang benar-benar Ratu idaman kalbu

Bismillahirahmanirrahim.....

in the name of Allah,the most gracious,the most merciful...

Alhamdulillah,finally...after for a long time being in a silent mode,i wake up

from my dream and looking for something to share with all of you...

EHM..before that!!!

JUST FOR INFORMATION,This blog is not created to insult people or making some stupid provocation,THUS,for people out there especially,cipanians2 and all crapians who love to carik pasai and cari gadoh,this is not the right place k because i want to be a nice and good gurl here.......kahkahakahakaahakah:-)

UUPS,May Allah forgive me..huhu

Firstly,i dedicate this blog to mY oneness Lord,Allah Subhanahuwattala..for His Power and His Love in term of giving me the oppurtunity to live and gaining experince.I also want to share this blog with both of my beloved parents,HJ Othman and HJAH Bderiah..May Allah bless them and preserve them untill the end of the day,owh tak lupa jugak kepada my granma,Tok Yam..muehehehe..yg sangat cumil dan suka main ngan kusi roda dia..huhu... i love u tok..muah2!!hehe...and my...siblings yg sangat ramaaaai,kak effa,abg zuhairi,abg effie,kak eja,kak nor,abg firdaus and aqilah.........u r rock dude!!!!!!! hahaha

OK2...TALK about my blog,ehm...blog ni..is mostly about my Dream,my Ambition,my Story,my Failure,my Success,my Goal and my LIFE..

Maybe some of u, r wondering...kenapa saya pilih sajak ni sbgai merasmikan blog pertama saya ni...huhu..

sebenaqnya,THIS IS ONE OF THE POEM WHICH HAS BEEN CREATED BY SOMEBODY...When i read it at first...i feel something...something that very weird and strange..sesuatu yg sangat sukar diceritakan..sesuatu AMANAH seorang lelaki yg sangat berat untuk dipikul oleh wanita seperti saya pd zaman ini...

For me,this poem is about a question...a demand.. a worry ..a request...yea..mybe...a request from a worried man to all women...ehm....suatu kebimbangan yg ada logiknya..namun sebenarnya....saya jugak ada kebimbangan terhadap mereka which i will tell them one by one...Insya Allah...