Ratuku..
Ingin kuluahkan apa yang sudah lama ingin kuluahkan
Tentang kebimbanganku ini
Taktala melihat bunga-bunga berguguran
Dipetik tangan-tangan yang ganas lagi bernafsu serakah
Ratuku...
Kebimbanganku ini kian menebal
Apabila ku dengar dengungan kumbang perosak
Yang cuba menyedut madumu walau tanpa relamu
Ratuku..
Kebimbanganku bertambah lagi
Bila ku melihat bunga yang tak segan silu
Melampiaskan kecantikkannya ketika sedang mekar
Melupakan kuntuman yang sebelum ini melindunginya
Ratuku..
Aku masih terpinga-pinga
Masih wujudkah lagi ratu idaman kalbu
Kerana apa yang ku lihat hari ini
Semakin banyak bunga-bunga yang gugur
bagaikan tibanya musim luruh
Ratuku..
Bukanlah ku harap kau segigih Siti Hajar Yang berlari-lari antara Safa dan Marwah
Bukan juga sesetia Ainul Mardhiah Menanti kekasihnya di pintu syurga
Ratuku...
Akuilah hakikat yang tersurat
Engkau bukanlah Siti Khadijah mahupun Siti Fatimah
Engkau bukan Asiyah bukan juga Rabiatul Adawiyah Wanita suci lagi terpuji
Kerana aku tak layak berharap sedemikian rupa
Cukuplah sekadar kau cuba mencontohi bunga- bunga itu mekar mewangi
Sehingga harumnya melewati pintu-pintu syurga
Jangan kau risau ratuku,
Kadangkala musim berganti Sehingga kau tak dapat kembang mekar
Tapi itu hanya ujian buatmu
Esok musim bunga pasti akan tiba
Dan kau mampu berkembang lagi
Cuma yang ku harapkan ketika itu
Kau jagalah kelopakmu itu
Jangan sampai tangan-tangan kasar memetikmu lagi
Jangan goda kumbang-kumbang ganas menghisap madumu
Jangan biarkan gagak hitam itu merosakkan serimu
Kerana kau ratu idaman kalbu Ratuku,
Aku bukanlah memandang kecantikkanmu itu
Walaupun kadangkala aku tertarik memandangnya
Bukan itu yang ku harapkan
Aku yakin ratuku
Masih ada sinar harapan yang bisa membuat aku tersenyum lega
Kerana akan aku temui ratu yang benar-benar Ratu idaman kalbu
Bismillahirahmanirrahim.....
in the name of Allah,the most gracious,the most merciful...
Alhamdulillah,finally...after for a long time being in a silent mode,i wake up
from my dream and looking for something to share with all of you...
EHM..before that!!!
JUST FOR INFORMATION,This blog is not created to insult people or making some stupid provocation,THUS,for people out there especially,cipanians2 and all crapians who love to carik pasai and cari gadoh,this is not the right place k because i want to be a nice and good gurl here.......kahkahakahakaahakah:-)
UUPS,May Allah forgive me..huhu
Firstly,i dedicate this blog to mY oneness Lord,Allah Subhanahuwattala..for His Power and His Love in term of giving me the oppurtunity to live and gaining experince.I also want to share this blog with both of my beloved parents,HJ Othman and HJAH Bderiah..May Allah bless them and preserve them untill the end of the day,owh tak lupa jugak kepada my granma,Tok Yam..muehehehe..yg sangat cumil dan suka main ngan kusi roda dia..huhu... i love u tok..muah2!!hehe...and my...siblings yg sangat ramaaaai,kak effa,abg zuhairi,abg effie,kak eja,kak nor,abg firdaus and aqilah.........u r rock dude!!!!!!! hahaha
OK2...TALK about my blog,ehm...blog ni..is mostly about my Dream,my Ambition,my Story,my Failure,my Success,my Goal and my LIFE..
Maybe some of u, r wondering...kenapa saya pilih sajak ni sbgai merasmikan blog pertama saya ni...huhu..
sebenaqnya,THIS IS ONE OF THE POEM WHICH HAS BEEN CREATED BY SOMEBODY...When i read it at first...i feel something...something that very weird and strange..sesuatu yg sangat sukar diceritakan..sesuatu AMANAH seorang lelaki yg sangat berat untuk dipikul oleh wanita seperti saya pd zaman ini...
For me,this poem is about a question...a demand.. a worry ..a request...yea..mybe...a request from a worried man to all women...ehm....suatu kebimbangan yg ada logiknya..namun sebenarnya....saya jugak ada kebimbangan terhadap mereka which i will tell them one by one...Insya Allah...
No comments:
Post a Comment