Anta..
Bukan ana tidak mahu memandang wajah anta,
Tetapi ana sentiasa berdoa agar wajah itu menghiasi hari2 nanti..
Hari2 yang pasti..
Bukan ana tidak mahu melirik senyuman pd anta,
Tapi ana selalu tersenyum di dalam hati,
Agar senyuman ini 'mahal' dihari cincin di sarungkan di jari,
Bukan ana tidak mahu bertanyakan khabar pd anta,
Tetapi ana sering mendoakan agar satu hari nanti,
Ana tak perlu bertanyakanya dan ana sentiasa merasai..
Pada hari2 yang pasti...
Tapi ana ingin menghabiskan bicara2 ana,
Tika mana ana dan anta 'bukan' lg 'ana' dan 'anta'..
Pada hari2 yg pasti...
Bukan ana tidak mahu chatting dgn anta,
Tapi ana takut jari2 ini tidak diizinkan lg untuk bersalaman dengan anta,
Pada hari2 yang pasti..
Bukan ana tidak mahu bermesej dgn anta,
Tapi bimbang Allah menarik kenikmatan ini ...
Pada hari2 yg pasti...
Tika itu mungkin Allah menarik nikmat cinta duniawi yg dinikmati di waktu ini,
Bukan ana tidak ingin memandang wajah anta,
Tapi,ana bimbang wajah ini tidak akan lg memberikan senyuman di setiap pagi,
Pada hari2 yg pasti...
Bukan ana tidak ingin memandang senyuman anta,
Tapi ana bimbang senyuman ini pudar dan layu,
Pada hari2 yang pasti..
Bukan ana tidak ingin membelikan hadiah untuk harijadi anta,
Tapi bimbang ana hadiah itu adalah terakhir dari ana untuk anta..
Tidak lagi,
Pada hari2 yang pasti..
...............................
Anta yakinlah,
Percayalah...
Bukan ana tidak ingin mengatakan rindu pada anta,
Tetapi rindu tika ini tidak akan membawa kepada rindu ana pada ilahi..
Kerana ia bukan hari2 yang pasti...
Bukan ana tidak ingin mengatakan bahawa ana mencintai anta,
Tapi ana tahu cinta saat ini tidak juga membawa kepada cinta ana pada ilahi,
Kerana ia bukan hari2 yang pasti..
Kerana ia bukan dihari2 yang pasti,
Ana tidak mahu agar hati ana dan anta mati..
Lalu mematikan hubungan ana atau anta dengan ILAHI..
Anta...
Intailah sebentar hari2 yang pasti..tika itu,
andai ana jatuh,anta menghulurkan tgn untuk memberi ana harapan,
tika ana kesedihan anta bersedia untuk tersenyum disisi dn menggembirakan,
tika ana berseorangan antalah teman,
tika ana kelalaian antalah yang mengingatkan..
tika itu,ana dan anta..
Bukan lah 'ana dan anta 'lagi...
Kerana
Ia adalah hari2 yang pasti..
Berdoalah untuk hari2 yang pasti,
Hari2 yang pasti bagi mereka yang menyandarkan harapan pada jalan kebenaran..
Dan itulah jalan yang telah islam berikan...
selamat malam anta..
Moga kita dipermukan nanti,dihari2 yang pasti,seperti yang Allahu Rabbi telah janji..bagi mereka yang mana hati2nya tidak mati dihari2 yang tidak pasti..
Pasti!..yakinlah..Allah sangat2 baik !..moga kita semua dibukakan pintu hati..
untuk anta2 dan anti2 skalian yang sangat- sangat menghargainya.
Jazakallahukhairan kathira....
"Ya Allah, andai aku rindu, biarlah rinduku bersulam taqwa. Andai aku sayang, biarlah sayangku kerana Dakwah! Ameen"~ *Hanya Allah yang tahu*
-PUTERAKU SAYANG-
"Jadikanlah dirimu wahai puteraku,seperti lebah yg rela mengeluarkan sengat untuk melindungi permaisurinya dan ketahuila,apabila sang lebah mula mengeluarkan sengatnya, bermakna ajal pasti menemuinya..Bukanla seperti seekor kumbang yg rakus menghirup madu si mawar,dan lari berterbangan bila mawar itu sudah tak bermadu lagi..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment