Baru pulang dari berjumpa dengan Dr Mumtaz untuk pulangkan buku yang dipinjam, sempat mengadu dengan beliau berkenaan dengan kerisauan aku untuk menghadapi subjek "Methods of Da'wah" ni...Ustaz cakap,jangan terlalu risau..Cuma, fokuskan sahaja apa yang diajar dalam kelas serta kerja2 yang diberikan..Ustaz ada memberikan lagi beberapa pesanan yang membuatkan aku menarik nafas yang lega sedikit...hehehe..Nila untungnya kalau pi consultation..
Sampai di bangunan ICT, tiba2, aku ternampak makcik2 ni sedang mencakaq sampah...Taktahula apa yg menarik perhatian aku untuk pergi berhampiran dengan mereka..Mungkin sebab aku nampak ada iras2 nenek aku di wajah mereka..
" Makcik..Tak cuti ka?",aku saja nak beramah..Tercari-cari modal untuk bersembang..
"Mana ada cuti nak..," jawab makcik tu...
nampak agak kaget dengan kehadiran aku tiba2..
" Mak cik orang mana?" tanya lagik budak ni...
"Batu 8...anak?soal makcik tu plak..
" Saya orang Perlis...hehe," sambil terenyeh kat makcik tu..Suka sebab dia dah mula bagi respon kat aku..
" Ooo..Perlis tu dekatla dengan rumah Siti Nurhaliza la yer?" makcik tu tanya tiba2..
Uiks...Bila masa lak Siti Nurhaliza duk kat Perlis ni?Setahu aku suami dia pun duk Kedah..heran gak aku tiba2,tpi aku senyum ja..
" Takdala makcik...Saya duk kat Perlis,Siti Nurhaliza tu duk Pahang..Kat Kuala Lipis.. hehe"
"OOoo..Perlis dengan Pahang tu jauhla ya.." tanya makcik tu lagik..
"Jauh gila kot bro Perlis dengan Pahang, mau senak perut 2,3 kali jugak nak sampainya",ni aku cakap dalam hatila..hehe..Ok...
Aku suka sangat kenal2 dengan orang tua2 camni...Dorang banyak pengalaman,banyak cerita dan banyak kisah.........Bila kita kenal orang2 macamni kan, barula kita tahu, betapa bertuahnya kita..betapa bertuahnya kita dilahirkan dalam keadaan yang agak berkemampuan..Betapa ramainya masyarakat kita yang jauh lebih susah dan terpaksa mencari rezeki dengan cara yang sangat2 susah, bukan di pejabat, bukan jugak dalam air cond, tapi di tepi-tepi jalan...di tengah2 ramai yang lalu lalang...Tanpa malu dan segan serta niat untuk mencari rezeki yang halal, mereka teruskan jugak mengutip sampah2 serta memotong rumput2 disekeliling kawasan kampus aku... Cantikkan makcik2 ni...Ya,cantik dan kuat..
Jum kenal2 ngan makcik2 cantik dan kuat ni..
Ni Makcik Aminah ;-)
Rajin makcik ni kerja...
Ni kawan dia...Nama Makcik Latifah..
"Makcik...Senyum skit",request aku kat makcik tu...kehkehkeh...sajala aku suka gambaq2 yang buat aku rasa "hidup" kat dunia ni..
"Alaaa..Makcik dah tua lah..hehehe.."ujar makcik tu malu2 nk amik gambaq..tapi sambil2 tu dia pose jugak makcik ni...hehehe..
Bila aku tahu umur dorang........aku memang rasa teringat....dorang memang hampir sebaya ngan mak aku...Malah lebih tua......Dalam 55-60 la...Ehm.....
Makcik-makcik ni mungkin tidak bernasib baik suatu ketika dahulu..Mereka tidak mempunyai banyak wang dan peluang untuk melanjutkan pelajaran yang membolehkan mereka mengubah nasib mereka ke aras yang lebih baik..Tetapi bezanya dengan kita, kita ada wang, kita ada buku, malah kita ada komputer riba untuk belajar.Namun, sejauh mana kita mampu melonjakkan diri kita ke mercu kejayaan? Hanya kita yang tahu..Nasib kita,kita yang ubah...Kerana Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka yang mengubah nasib mereka sendiri..
Truskan usaha makcik..Keep on working
Kita senirik taktaukan nasib kita macam mana 30,40 tahun akan datang...
Aku tinggalkan mereka dengan suatu perasaan yang sukar digambarkan.......Tertanya-tanya bagaimanakah nasib aku kelak..Sama atau berbeza?Lebih atau Kurang? Wallahualam... Yang aku tahu sekarang,aku semakin bermotivasi untuk mencorakkan masa hadapan aku ke arah yang lebih baik!Gudluck Jane!!
ya..saya ada komputer riba utk belajar..pon ada blajar sesuatu di sini..TQ Dr.. :)
ReplyDeletesubhanallah..kadang2 kita lupa nikmat Allah bg
ReplyDeleterafi: Sama2
ReplyDeleteMunira: Yup,salu terlupa...leka sampai terlupa esok lusa ada exam..huhu