Saturday, April 10, 2010

~Cerita sekeping hati dan sebilah pisau~

(Kisah hati dan pisau...Ilhamku di tepi sawah)




Dahulu...Terdapat sekeping Hati...Dia sangat baik dan lemah lembut...Suma orang suka berkawan dengannya kerana sikapnya yg suka membantu dan sayangkan hati2 lain disekelilingnya..Namun begitu,dalam banyak2 kawan, dia memilih pisau untuk dijadikan kawan baiknya..Hati sedar sekiranya dia tidak memilih untuk berkawan dengan pisau,maka tiada siapa yg mahu berkawan dengan pisau..Hal ini disebabkan pisau tidak mempunyai hati seperti yg lain.. sikap pisau yg gemar menyakiti dan mengguris hati2 lain tanpa sedar dan jugak dalam keadaan sedar menyebabkan ramai yg memilih untuk memulaukan pisau..

Hati kesian dengan pisau...dia tidak mahu pisau berseorangan..Dia tidak mahu pisau bersedih dan gagal dalam hidupnya...Jadik,dalam apa jua keadaan,Hati memilih untuk bersama-sama dengan pisau...Dalam hujan atau panas,Hati sentiasa mahu melindungi pisau...Dia tidak mahu satu karat pun menembusi pisau..Jadik terkadang,Hati yg rapuh itu...Terpaksa menahan kesejukkan dan kepanasan dengan permukaan badannya sendirik untuk pisau berteduh..Ketika pisau dalam keadaan tumpul,maka hatila yg menjadi batu pengasah untuk memberi kekuatan kepada pisau untuk berfungsi semula walaupun hati sendirik selalu calar balar akibat diasah dengan kuat oleh pisau...

Namun begitu...Disebabkan Pisau tidak mempunyai hati...Makanya,Pisau kurang mempunyai perasaan2 yg baik...Dia selalu menyakiti Hati...Rutin harian Pisau setiap hari adalah dengan meninggalkan gurisan demi gurisan luka pada Hati...Baginya,hidupnya bagaikan tidak lengkap sekiranya...Tiada garisan atau luka2 kecil yg di buatnya di atas Hati...Akan tetapi, pisau agak hairan kerana Hati tidak pernah marah ataupun mengaduh kesakitan bila pisau menoreh2 hati walaupun terkadangnya terdapat darah yg banyak keluar dari badan Hati...Hati hanya tersenyum dan menerima TOREHAN itu sebagai satu GURAUAN dari pisau dan cara pisau untuk bermesra dengannya...Pisau terus-terusan mengguris Hati..Sehinggala...Pada suatu hari..


Hati menghilangkan diri...Ramai yg mencari Hati termasukla Pisau...Pisau hairan kerana selalunya Hati akan menunggu dan menemaninya tak kira malam atau siang..Hati akan menjadi orang pertama yg akan memujuk dan mengasahnya kiranya dia telah tumpul dan sudah tidak berdaya lagik untuk berfungsi...Hati akan menyahut sekiranya dia memanggil Hati di tengah2 malam....Namun...ketika ini dimana hati?


Di satu sudut yg kecil....Dalam sebuah ruang yg gelap..

Terdengar suara esakkan tangisan,terkadang kuat terkadang sayup menahan sakit....Di sini...Hati terpaksa mengurungkan dirinya....Darah bercampur nanah yg keluar sudah tidak dapat di tampung lagi...Selama ini dia hanya menggunakan plaster2 kecil dan minyak untuk menyembunyikan lukanya dari Pisau...Dia takut sekiranya Pisau tahu yg dia terluka...Maka Pisau akan berjauhan darinya dan tidak mahu BERGURAU SENDA dengannya lagik...Terkadang dia hanya tersenyum menahan kesakitan ketika ditoreh Pisau semata-mata untuk menjaga Pisau..Namun begitu...Bangun pada pagi itu...Hati sudah tidak berdaya lagi..Terasa banyak cecair2 merah bercampur baur dengan nanah pada badannya...Badannya sangat lemah..Hati sudah rapuh dan hampir berderai...Hati hanya sempat memanggil perlahan..."Pisau...Pisau...Pisau...Aku sakit....".Dan....Ketika itu...Mata Hati terpejam rapat...


"Nampaknya Hati ini perlu dibedah,keadaannya sudah semakin parah.."kata Doktor slepas melihat laporan kesihatan Hati, sehari selepas Hati dijumpai oleh hati2 yg lain..

"Pisau,kami benar2 memerlukan khidmat anda,Hati parah,dia perlu dibedah"ujar Doktor pada petang itu jugak..

Pisau amat terkejut dan cemas...Tanpa disedari air matanya mengalir ketika melihat sekujur tubuh Hati terbaring lesu dengan wayar yg berselerakkan di permukaan badannya...Ketika itulah,baru Pisau menyedari yang...Dia sebenarnya juga mempunyai perasaan walaupun tiada hati..

Semasa proses pembedahan...Pisau amat terkejut dan terkedu melihat senirik betapa siksanya hati menanggung beban luka parahnya selama ini dan bagaimana teruknya luka2 besar dan parut2 yg telah ditinggalkannya kepada Hati..Beberapa kali Pisau meraup muka penuh penyesalan ketika melihat bagaimana Hati sanggup menyembunyikan segala luka,sedih,toreh dan tangisnya dari Pisau..Jika tiada niat untuk menyelamatkan Hati,maka tidak sanggup dia membuat pembedahan itu untuk Hati...

Namun segala-galanya sudah terlewat....Kuman luka2 itu sudah menyelaputi seluruh permukaan Hati...Hati sudah tidak dapat diselamatkan lagik kerana fungsiinya sudah rosak...Lalu.....Terbangla sekeping hati meninggalkan sahabatnya Pisau......Sekeping hati itu pergi mengadap Ilahi............Di mana ketika itu,Hati boleh tersenyum lagi....Terdengar tangisan dari sebilah Pisau...meratapi pemergiaan satu2nya sahabat yg mengasihinya..

Kisah yg berlaku di sekeliling kita....Terkadang kita rasa kita Hati..Tapi kadang2 kitala sebenarnya sebilah pisau itu....TAFFAKUR...


-TAMMAT-
(10.39 malam,April 2010)



No comments:

Post a Comment